Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu trauma di tempat kerja dan cara mengatasinya

    Apa itu trauma di tempat kerja dan cara mengatasinya

    By Umi FatehahOctober 21, 2022Updated:October 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa itu trauma di tempat kerja dan cara mengatasinya. - Gambar Hiasan Ahmad Gunnaivi/Unsplash

    TRAUMA di tempat kerja merujuk kepada sebarang peristiwa traumatik yang berlaku dalam waktu dan suasana bekerja. 

    Peristiwa traumatik pula seperti sama ada kemalangan di tempat kerja, gangguan seksual mahupun persekitaran kerja yang toksik dan menyebabkan tekanan melampau.

    Dalam sebuah artikel yang dikongsi oleh BBC, Pakar Psikiatri dan Profesional dalam Kesihatan Mental di London, Dr. Chi-Chi Obuaya memberitahu, beliau sedikit teragak-agak untuk mengaitkan trauma di tempat kerja dengan definisi klinikal Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD). 

    Walau bagaimanapun, Obuaya mengesahkan bahawa trauma ini wujud, meskipun terdapat kemungkinan bahawa trauma yang pekerja alami mungkin tercetus daripada beberapa faktor lain seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety) dan sebagainya. 

    Sungguhpun topik ini jarang dijadikan perbualan, tetapi masyarakat semakin cakna tentang isu trauma di tempat kerja. 

    Hal ini kerana generasi muda terutamanya semakin lantang memperjuangkan isu kesihatan mental masing-masing. 

    Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, tidak dapat dinafikan bahawa tempat kerja toksik berpotensi untuk memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan mental ramai pekerja. 

    Justeru, orang ramai sering merujuk topik ini sebagai PTSD di tempat kerja.

    Tanda-tanda anda mengalami PTSD di tempat kerja

    Tanda-tanda anda mengalami PTSD di tempat kerja. – Infografik oleh Annur Filus

    Merujuk kepada Entrepreneur, gejala anda mungkin mengalami PTSD di tempat kerja boleh dilihat dalam pelbagai aspek sama ada mental, fizikal atau emosi. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    Beberapa tanda yang paling biasa berlaku adalah seperti mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, kebimbangan, serangan panik dan kemurungan serta masalah emosi yang tidak stabil.

    Lama kelamaan, gejala-gejala ini dikatakan boleh membawa kepada halusinasi serta masalah kesihatan yang lebih serius. 

    Beberapa penyakit fizikal yang mungkin seseorang itu tidak pernah ada juga akan mula menunjukkan simptom. Sebagai contoh, masalah penghadaman seperti sindrom iritasi usus besar (IBS).

    ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini

    Bagaimanakah caranya untuk pulih daripada PTSD di tempat kerja?

    Mungkin untuk pulih daripada PTSD ini memakan masa yang lama, tetapi tidak salah untuk mencuba dan konsisten sedaya upaya untuk menghilangkan atau mengurangkan trauma.

    • Utamakan diri sendiri

    Walaupun tugasan yang diberikan itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan, pastikan anda meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berehat. 

    Sesibuk mana sekalipun jangan bekerja dengan perut kosong. Badan manusia memerlukan makanan yang cukup untuk membekalkan tenaga.

    Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting agar badan dan minda dapat bekerja secara optimum. Sekiranya tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia akan membuatkan anda sukar untuk fokus ketika bekerja dan boleh menyebabkan stres.

    • Atasi punca yang menyebabkan trauma

    Selepas anda sudah mengenal pasti punca yang menyebabkan trauma, fikirkan jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk dilakukan. 

    Bagi isu gangguan seksual, laporkan kepada pihak atasan agar tindakan yang sewajarnya diambil ke atas pelaku. 

    Dalam sesetengah kes, pelaku akan diberhentikan kerja. Mungkin dengan ketiadaan pelaku di pejabat, anda akan berasa lebih selamat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadi toksik, ini langkah bina hubungan sihat di tempat kerja

    • Tetapkan sempadan kerja

    Meskipun anda seorang yang bertanggungjawab dan juga seorang yang gila kerja (workaholic), jangan terlalu paksa diri sehinggakan waktu berehat di rumah juga diisi dengan hal-hal kerja. 

    Anda juga dinasihatkan untuk rehatkan diri daripada terus menatap skrin telefon atau komputer. 

    Jika terlalu lama meluangkan masa dengan melihat skrin, ia bukan sahaja tidak memberi peluang kepada badan untuk berehat, malah mata dan otak juga akan tertekan.

    Kini semakin ramai orang mengetahui bagaimana persekitaran pekerjaan yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan fizikal serta tekanan emosi seperti kebimbangan atau serangan panik. 

    Kadangkala pilihan yang terbaik ialah dengan mengambil cuti. Pertimbangkan untuk mengambil cuti sakit atau cuti tahunan. Sekiranya mampu, luangkan masa untuk bercuti bersama insan tersayang bagi melepaskan tekanan. – RELEVAN

    featured kerja kerjaya tekanan toksik
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.