Facebook Twitter
    Trending
    • Rahsia turun berat badan dengan brisk walk
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

      November 10, 2025

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung

    9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung

    By September 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR yang tidak berkualiti boleh menyebabkan risiko penyakit jantung dan strok.- Foto oleh Pexels/Pixabay

    MENURUT penyelidikan dibentangkan di ESC Congress 2022, sembilan daripada 10 orang tidak dapat tidur malam yang nyenyak. Kajian itu mendapati bahawa tidur suboptimum dikaitkan dengan kemungkinan penyakit jantung dan strok yang lebih tinggi.

    Dr. Aboubakari Nambiema dari Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan Paris, Perancis (INSERM) menganggarkan tujuh daripada 10 kes kardiovaskular boleh dicegah jika semua orang mengamalkan tidur dengan baik.

    “Kehidupan sibuk 24/7 menyebabkan ramai orang sukar mendapatkan tidur yang baik.

    “Kepentingan kualiti dan kuantiti tidur untuk kesihatan jantung perlu diterap sejak kecil,” katanya.

    Tambah beliau, meminimumkan bunyi pada waktu malam dan tekanan di tempat kerja dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.

    Kajian terdahulu mengenai tidur dan penyakit jantung secara amnya tertumpu kepada satu tabiat tidur seperti tempoh tidur atau apnea tidur. Ia menilai tidur pada peringkat awal sahaja.

    Berbeza dengan kajian dilakukan oleh penyelidik INSERM yang menggunakan skor tidur sihat dengan menggabungkan lima tabiat tidur.

    PENGKAJI menemui potensi tidur dengan lena dapat memelihara kesihatan jantung dan mencegah strok.- Gambar hiasan oleh Benzoix/Freepik

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidur nyenyak bantu pulihkan badan, kuatkan sistem imun

    Para penyelidik menyiasat kaitan antara skor tidur asas dan perubahan dari semasa ke semasa dalam skor tidur serta kejadian penyakit kardiovaskular.

    Kajian terbaharu ini melibatkan 7,200 peserta terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 50 hingga 75 tahun yang bebas daripada penyakit kardiovaskular. 

    Peserta menjalani pemeriksaan fizikal, melengkapkan soal selidik mengenai gaya hidup, sejarah perubatan peribadi dan keluarga serta keadaan kesihatan.

    Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai lima tabiat tidur pada peringkat awal. Setiap faktor diberi satu mata.

    Perkiraan skor tidur bermula kosong hingga lima. Mereka yang mempunyai skor mata optimum mempunyai durasi tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.

    Selain itu, peserta yang tidur optimum tidak pernah atau jarang mengalami insomnia, tidak mengantuk berlebihan siang hari dan menjadi orang yang bangun pagi. 

    PENYELIDIK menganggarkan penyakit strok dan jantung koronori dapat dicegah dengan tidur yang lebih sihat.- Foto oleh Pressfoto/Freepik

    Para penyelidik menganalisis perkaitan antara skor tidur dan kejadian kardiovaskular selepas menyesuaikan diri dengan umur, jantina, penggunaan alkohol, pekerjaan, merokok, indeks jisim badan, aktiviti fizikal, tahap kolesterol, diabetes dan sejarah keluarga serangan jantung, strok atau kematian mengejut.

    Mereka yang mempunyai skor lima mata mempunyai risiko penyakit jantung atau strok sebanyak 75 peratus (%) lebih rendah.

    Menerusi dapatan kajian itu, penyelidik menganggarkan penyakit strok dan jantung koronori dapat dicegah dengan tidur yang lebih sihat.

    Mereka mendapati bahawa jika semua peserta mempunyai skor tidur yang optimum, 72% daripada kes baharu penyakit jantung koronari dan strok mungkin dapat dielakkan setiap tahun.

    “Kajian kami menggambarkan potensi tidur dengan lena dapat memelihara kesihatan jantung dan mencadangkan bahawa memperbaiki tidur dikaitkan dengan risiko penyakit jantung koronari dan strok yang lebih rendah.

    “Kami juga mendapati bahawa sebahagian besar orang mengalami masalah tidur.

    “Perkara ini harus dipandang serius memandangkan penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di seluruh dunia maka, kesedaran yang lebih tinggi diperlukan tentang kepentingan tidur yang baik untuk mengekalkan jantung yang sihat.” ujar Nambiema. – RELEVAN

    featured jantung Malaysia strok

    Artikel berkaitan

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.