Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 22, 2026Updated:January 22, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    SEBELUM membuat permohonan Unit Pusat Universiti atau UPU, perancangan awal amat penting supaya setiap pilihan selari dengan kelayakan serta minat. Persediaan rapi juga dapat mengelakkan kesilapan semasa mengisi permohonan. Berikut beberapa tip persediaan yang wajar diberi perhatian sebelum memohon tempat di universiti awam menerusi UPU.

    Kenal pasti minat sendiri

    Memilih program yang sesuai dengan minat sendiri adalah penting kerana anda bukan sahaja perlu mempelajari subjek-subjek berkaitan dalam tempoh dua hingga enam tahun, malah berkemungkinan memperoleh kerjaya dalam bidang sama seumur hidup.

    Dapatkan nasihat rakan-rakan, guru dan kaunselor serta keluarga tentang pilihan anda.  Lakukan sedikit kajian untuk mengetahui subjek-subjek yang akan dipelajari dalam program tersebut, kos peralatan yang diperlukan dan peluang kerjaya yang ada.

    Lihat syarat am dan syarat khas

    Setiap program pengajian menetapkan syarat am dan syarat khas kelayakan. Untuk syarat am, ia berbeza mengikut peringkat pengajian yang ingin dimohon. Contohnya, demi sambung pengajian ke peringkat asasi dan matrikulasi, calon perlu memperoleh lima kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus untuk subjek Sejarah. Peringkat diploma pula perlu mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.

    Syarat khas pula akan berbeza mengikut program dan institut pengajian tinggi (IPT) yang dipilih. Calon digalakkan untuk melayari laman web IPT pilihan untuk melihat sendiri syarat khas yang ditetapkan. Aplikasi UPU Poket juga menyediakan e-Panduan yang menyenaraikan secara lengkap setiap program dan syarat khasnya.

    Buat kiraan merit

    Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyediakan kalkulator merit di laman web dan aplikasi UPU Poket. Anda hanya perlu masukkan keputusan anda mengikut subjek dan markah merit akan dikira secara automatik.

    Markah merit anda dipecahkan kepada tiga komponen Akademik (90 peratus) dan merit kokurikulum (10 peratus). Tiga komponen akademik tersebut ialah mata pelajaran universal (MPU) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang merangkumi 40 peratus markah, mata pelajaran pakej (30 peratus) dan mata pelajaran terbaik.

    Markah merit anda akan memberi gambaran kelayakan anda untuk memohon satu-satu program. Dalam e-Panduan, setiap program disertakan dengan purata markah merit. Pastikan markah merit anda melebihi purata program untuk peluang yang lebih besar.

    Jika markah merit anda lebih rendah berbanding purata program yang diminati, disyorkan agar program tersebut diletakkan dalam pilihan bawah antara 12 pilihan program dalam permohonan UPU.

    Susunan pilihan program juga penting

    Penyusunan program memainkan peranan sangat penting kerana ia bakal menentukan arah hidup anda. Penyusunan program perlulah mengikut minat pelajar. Ini kerana jika pelajar sudah ditawarkan program diplih tetapi berubah fikiran, pelajar tidak akan berpeluang membuat rayuan. Rayuan hanya terbuka kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana tawaran dari 12 pilihan program yang dipilih. Pelajar juga tidak akan ditawarkan program selain dari pilihan yang diisi. 

    Segala panduan, syarat kemasukan dan maklumat penting boleh diakses melalui pautan berikut:

    https://upu.mohe.gov.my/ – RELEVAN

    Previous Article5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Next Article Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.