Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pegaga rahsia awet muda, ini kata pakar tentang khasiat ulam-ulaman yang cukup menakjubkan

    Pegaga rahsia awet muda, ini kata pakar tentang khasiat ulam-ulaman yang cukup menakjubkan

    By Zubaidah IbrahimJune 17, 2022Updated:June 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SUDAH menjadi tradisi datuk nenek moyang kita akan menjadikan ulam-ulaman sebagai pelengkap dalam hidangan makanan mereka, apatah lagi ia menjadi penambah selera bersama nasi dan lauk-pauk sederhana.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, jika dikaji secara mendalam, pemakanan tradisional kita adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja lengkap, tetapi juga seimbang dan bersederhana.

    “Ulam-ulaman itu termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman. Ia boleh dimakan mentah (segar) ataupun dicelur dan direbus.

    “Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam apabila dimakan begitu sahaja,” terang beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Jelas Zubaidi, kebanyakan ulam yang kita makan tumbuh dalam persekitaran semula jadi tanpa menggunakan racun serangga. Ulam selalunya digandingkan dengan pencicah seperti cencaluk, budu, sambal belacan dan tempoyak. Semua itu dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik (bakteria baik) yang membantu sistem penghadaman.

    Tambahnya, dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat. Di Malaysia, lebih 150 jenis tumbuhan yang boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.

    Berikut beliau kongsikan lapan ulaman-ulaman yang popular di Malaysia dan juga khasiatnya.

    1. Ulam raja

    Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat. Ia juga dapat melindungi dari osteoporosis terutamanya bagi wanita menopaus.

    2. Sambung nyawa

    Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan menggalakkan kesuburan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan.

    3. Daun selom

    Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica bertindak sebagai antidiabetik, antioksidan dan antiradang. Ia juga melindungi hati dan memori. Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering.

    4. Cekur

    Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai khasiat antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi.

    5. Pegaga

    Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda. Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa ulam-ulaman ini mempunyai khasiat yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen yang sangat penting untuk penyembuhan luka.

    6. Daun kaduk

    Daun kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum, bentuknya agak menyerupai daun sireh, tetapi tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat sebaliknya tumbuh di atas tanah.

    Ulam kaduk yang mempunyai rasa agak payau dan sedikit pahit ini dikatakan mempunyai manfaat untuk masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.

    7. Petai

    Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah.

     8. Jering

     Jering mempunyai kandungan asid amino yang unik iaitu asid djenkolic yang mempunyai kesan antidiabetes. Kajian ke atas haiwan mendapati kesan positif pada kandungan gula dalam darah, selera makan dan berat badan haiwan yang diabetes kembali normal.

    Terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang popular seperti rebung buluh, pucuk betik, kacang botol dan peria katak. Semuanya mempunyai pelbagai rasa yang berbeza untuk anda terokai. – RELEVAN

    Previous Article2,033 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam
    Next Article SPM bukan kayu ukur kejayaan, pakar kongsikan bidang kerja yang subur di zaman milenia

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.