Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SPM bukan kayu ukur kejayaan, pakar kongsikan bidang kerja yang subur di zaman milenia

    SPM bukan kayu ukur kejayaan, pakar kongsikan bidang kerja yang subur di zaman milenia

    By June 17, 2022Updated:June 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: www.freepik.com

    ADA yang menerima berita baik dengan catatan kecemerlangan A di atas sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak kurang juga menerima khabar duka.

    Walau apapun keputusannya, ia tidak seharusnya memadamkan impian dan harapan untuk berjaya pada masa akan datang.

    Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, kayu ukur kejayaan masa hadapan tidak harus dilihat secara sempit.

    KARTINI

    “Anak-anak yang kurang cemerlang dalam akademik mungkin mempunyai kelebihan dalam bidang lain seperti berniaga, berinovasi kreatif, mereka cipta, kulinari, muzik, drama dan sebagainya.

    “Masing-masing boleh berjaya dalam pilihan bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang semakin diperlukan dalam dunia milenia ini. Apa yang penting adalah menjadi insan yang mentaati Allah SWT dan Rasul, sentiasa mahu berbuat baik sesama manusia, prihatin dan berperikemanusiaan.

    “Nilai akhlak dan peribadi yang mulia adalah pengukuran kejayaan kehidupan. Apalah ertinya jika bergelar jutawan, tetapi tidak berakhlak serta zalim sesama manusia, ia tidak membawa manfaat dan keberuntungan,” katanya kepada RELEVAN.

    Tambah beliau, peperiksaan SPM adalah salah satu pengukuran yang menilai sejauh mana kefahaman kognitif pelajar hasil menimba ilmu sepanjang bersekolah dari tingkatan 4 dan 5.

    Tidak semua pelajar mempunyai kelebihan kepekaan kognitif. Ada ramai pelajar di luar yang memiliki kemahiran unik tersendiri yang saling melengkapkan fungsi kehidupan bermasyarakat.

    Foto: www.freepik.com

    “Kini terdapat pelbagai institusi pendidikan yang menawarkan program kemahiran teknikal dan vokasional sebagai laluan kerjaya buat pelajar-pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza. Asalkan rajin dan berazam untuk berjaya, mereka pasti boleh mencapai cita-cita yang diidamkan.

    “Kerjaya di zaman milenia dengan teknologi artificial intelligence (AI), ramai pengkaji meramalkan bidang profesional seperti arkitek, jurutera dan peguam akan berhadapan dengan persaingan kerana reka bentuk, teknologi ketepatan (precision technology) menjadikan kerjaya profesional ini diambang cabaran,” ujarnya.

    Ulas Kartini lagi, kerjaya yang akan subur dan diperlukan ialah perkhidmatan yang menggunakan kemahiran manusia seperti psikologi, psikiatri, kiropraktik, pendandan rambut dan sebagainya.

    Tambahan pula, kerjaya dalam ekonomi gig yang memerlukan kreativiti bicara, penampilan dan ketrampilan kini semakin popular seperti influencer dan youtuber yang boleh menjana pendapatan tanpa perlu memiliki sijil atau pencapaian akademik yang tinggi.

    Kartini turut berkongsi tujuh tip untuk berjaya dalam hidup seperti berikut:

    • Berfikiran positif, yakin kepada kebolehan dan kemahiran diri yang berbeza.
    • Belajar daripada perjalanan hidup dan perbaharui ketekunan diri dalam mengusahakan sesuatu yang diminati.
    • Berlaku jujur pada diri dan melihat kekuatan diri untuk diperkukuhkan.
    • Komited dengan apa yang dilakukan, ibarat menggenggam api biar jadi bara.
    • Ketepikan segala bentuk gangguan yang tidak berfaedah dan merugikan diri.
    • Lakukan anjakan paradigma bahawa hidup harus diteruskan dengan keazaman dan bukan berputus asa.
    • Yakin pada diri dan tawakal kepada Allah Yang Maha Esa.- RELEVAN
    featured kerjaya milenia
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.