PULMONARI hipertensi merupakan salah satu masalah darah tinggi yang berpunca daripada salur darah atau arteri di bahagian paru-paru dan juga bahagian kanan jantung. Antara punca terjadinya masalah itu adalah pembuluh darah semakin sempit, salur darah tersumbat atau kerosakan salur darah di bahagian paru-paru. Ketiga-tiga penyebab itu membuatkan pengaliran darah di paru-paru menjadi perlahan dan tekanan darah di bahagian arteri tersebut meningkat. Oleh itu, jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memastikan perjalanan darah adalah optimum. Apabila jantung bekerja secara maksimum, lama-kelamaan ia akan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan optimum. Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara…
Zubaidah Ibrahim
RAMADAN merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah semaksimum mungkin dan salah satunya ialah berpuasa selama 30 hari. Pun begitu, berpuasa agak mencabar bagi pesakit diabetes yang mana berdepan risiko kesihatan seperti dehidrasi atau hipoglisemia semasa waktu berpuasa dan hiperglisemia selepas berbuka puasa. Justeru, Pengarah Perubatan di Abbott Nutrition, Dr. Nina Mazera berkongsi empat tip untuk membantu pesakit diabetes bersedia berpuasa dengan selamat di bulan Ramadan. 1. Dapatkan nasihat doktor ketika menjalankan percubaan puasa sebelum Ramadan Dinasihatkan anda berjumpa doktor dan pakar pemakanan dalam tempoh enam hingga lapan minggu sebelum Ramadan untuk mendapatkan pandangan…
PSORIASIS adalah penyakit autoimun yang mempunyai ciri-ciri seperti kegatalan, kemerahan atau tompok merah pada kulit yang diseliputi sisik putih. Penyakit tersebut bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan secara fizikal, tetapi boleh mengganggu emosi dan keyakinan pesakit. Nasib baik kita hidup di zaman yang mempunyai pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit psoriasis dan ia juga sangat berkesan. Namun, adalah penting untuk pesakit memahami keadaan mereka dan rawatannya untuk mendapatkan hasil terbaik. Pakar Dermatologi dari Amerika Syarikat, Dr. Francisco Tausk berkata, memahami beberapa isu berkaitan penyakit itu akan membolehkan pesakit menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik. Justeru itu, beliau berkongsi empat tip untuk membantu pesakit…
PADA bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa selama sebulan, pastinya ia agak mencabar bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam ketiga itu. Sehubungan itu, Pegawai Dietetik Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Ooi Jee Cheng mencadangkan makanan untuk menambah tenaga bagi pesakit Covid-19 yang baru sembuh bagi menjalani ibadah puasa ketika Ramadan nanti. “Pastikan anda mengamalkan konsep pinggan sihat iaitu suku-suku-separuh (suku bahagian protein, suku karbohidrat dan sayuran bukan berkanji dalam kuantiti separuh). “Untuk menambahkan tenaga, anda disarankan untuk mengamalkan makanan lebih sihat seperti buah-buahan, segenggam kacang, yogurt atau susu,” katanya. Tambahnya, walaupun pengambilan makanan mencukupi bagi pesakit…
GAJI merupakan motivasi terbesar kepada para pekerja untuk terus bertungkus-lumus menjayakan sesebuah pekerjaan itu. Jika anda merasakan gaji tersebut tidak setimpal dengan usaha keras itu, cuba berunding dengan majikan agar membuat kenaikan gaji. Usah khuatir untuk meminta kenaikan gaji dan tidak salah menyuarakan hasrat tersebut. Relevan kongsikan lima tip yang dicadangkan di laman web money.usnews.com untuk anda cuba. 1. Tentukan jumlah kenaikan yang ingin diminta Sebagai langkah pertama, anda perlu melengkapkan diri dengan data gaji yang kukuh berkaitan industri, jawatan, lokasi dan pengalaman anda untuk meyakinkan majikan bahawa perlu membayar gaji lebih daripada yang diterima sekarang. Mulakan proses dengan mendapatkan…
MENIKMATI sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari merupakan satu kemestian bagi pencinta kopi sebelum memulakan aktiviti seharian. Menurut pakar perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi dan kafein, mereka akan rasa mengantuk serta tidak bersemangat. Namun, persoalannya apa yang akan berlaku jika terlebih minum kopi? Atau dengan kata lain pengambilan kafein berlebihan dos. “Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 miligram adalah selamat. “Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.…
KITA sering mendengar iklan tentang kebaikan multivitamin seperti dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit jantung, kanser dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif. Persoalannya, adalah kita benar-benar perlu mengambil multivitamin untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mencegah pelbagai penyakit? Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran, tidak semua orang memerlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik kepada badan kita. Dalam hal ini, pelbagai kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan multivitamin, antaranya kajian melibatkan 450,000 orang mendapati, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau…
DALAM dunia saham, pelabur runcit boleh dikategorikan kepada dua iaitu pedagang saham (trader) dan pelabur yang mana masing-masing memainkan peranan dan menggunakan kaedah atau konsep berbeza. Secara ringkasnya, trader ialah mereka yang menjalankan kegiatan beli dan jual saham dalam masa singkat iaitu bawah setahun. Pedagang saham ini juga akan menggunakan analisa teknikal yang berpandukan kepada carta. Pelabur pula membuat pelaburan dalam jangka yang agak panjang iaitu sekitar lima atau 10 tahun dengan mencari syarikat-syarikat berpotensi besar dan kukuh. Selain itu, pelabur akan melihat kepada analisis fundamental seperti penyata pendapatan, tahap kewangan dan kunci kira-kira. Terdapat pelbagai jenis pelabur iaitu pelabur…
SERING kita dengar orang berkata, “hidup zaman sekarang tidak cukup jika melakukan satu pekerjaan”. Ia berikutan kos hidup yang sangat tinggi dan juga pada masa sama memenuhi tuntutan kemahuan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, mahu atau tidak, kita perlu mencari satu atau lebih pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan dan menjalani hidup lebih selesa. Berikut tujuh tip yang dikongsikan oleh laman web carian kerja terkenal, Indeed.com untuk mengimbangi hidup sekiranya melakukan pekerjaan sambilan. 1. Fleksibiliti maksimum Jika anda mempunyai pekerjaan sambilan pertama dan sedang memburu pekerjaan sambilan kedua. Cuba cari yang menawarkan fleksibiliti sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda lebih peluang…
SEBANYAK 24,466 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam berbanding kelmarin 27,299 kes. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,419,636 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 105 kes atau 0.43 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 24,361 kes atau 99.57 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 15,657 atau 63.99 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 8,704 kes atau 35.58 peratus dan kategori 3 sebanyak 51 kes atau 0.21 peratus. “Bagi kes kategori 4 pula…