Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MIACES 2022, peluang keemasan buat pemain industri pertanian dan perladangan

    MIACES 2022, peluang keemasan buat pemain industri pertanian dan perladangan

    By July 20, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BUAT julung kalinya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) mengajurkan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    MIACES mengalu-alukan penyertaan peserta industri agrikomoditi dari seluruh dunia yang dijangka akan menjana lebih USD 68 bilion nilai eksport bagi sektor itu di acara pasaran global tersebut dengan penyertaan 39 negara.

    Dengan mengetengahkan tema Memajukan Sektor Agrikomoditi dalam Ekosistem Lestari, MIACES tahun ini turut memberi penekanan kepada sektor minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf yang merupakan antara pemacu utama ekonomi negara Malaysia sebagai tuan rumah persidangan ini.

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, baru-baru ini kita telah melihat desakan oleh Pertubuhan Makanan dan Perladangan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) untuk mempercepatkan pendigitalan dalam masyarakat luar bandar di Asia-Pasifik.

    “Selari dengan itu, MIACES tiba tepat pada masanya untuk merealisasikan visi ini bagi menghubungkan pemain industri dengan penyelesaian yang inovatif sekali gus, menyumbang ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya ketika dunia menghadapi perubahan iklim.

    “MIACES menampilkan produk komoditi permintaan ramai, perkhidmatan berkaitan dan teknologi perladangan terbaharu di bawah bumbung yang sama,” katanya.

     

    Acara selama tiga hari ini juga menyediakan pelbagai aktiviti dan program menarik seperti:

    • Persidangan
    • Perbincangan meja bulat
    • Mesyuarat B2B
    • Malam anugerah berprestij sebagai pengiktirafan buat mereka yang membawa perubahan dalam sektor ini
    • Demonstrasi masakan
    • Pameran
    • Hari Petani

    MIACES bantu pengusaha agrikomoditi tembusi pasaran baharu

    Pemain industri dan pengunjung di MIACES berpeluang mempamerkan perniagaan mereka, mengembangkan potensi pelaburan dan memaksimumkan keuntungan produk mereka dengan menembusi pasaran global yang dianggarkan berjumlah kira-kira AS$756 bilion (RM3.19 trillion).

    “Persaingan kini berada pada tahap paling sengit, dengan permintaan yang semakin meningkat untuk barangan makanan tatkala dunia menghadapi perubahan iklim dan jurang dalam bekalan makanan.

    “Apabila melangkah ke pasaran global, pemain industri haruslah menyesuaikan diri dengan pantas dalam memanfaatkan inovasi teknologi yang mampan di samping memastikan ekosistem mereka di tahap optimum dan boleh diharap.

    “Perkara ini sangat penting, agar kelak tidak timbul isu tentang kualiti malah, rakan niaga boleh meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain kita,” tambah Zuraida.

    Acara MIACES ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memenuhi bekalan dan permintaan dalam ekosistem tempatan dan global yang merangkumi pelbagai lapisan rantaian industri iaitu:

    •       Pengeluar
    •       Penginovasi
    •       Pengeksport dan pengimport perdagangan
    •       Pelabur
    •       Penggubal dasar
    •       Penyelidik dan ahli akademik.

    Jom lawati MIACES untuk meneroka peluang, berdagang dan menjalin kerjasama yang bermakna!

    MIACES akan membuka pintunya kepada pelabur, pengimport, pengilang, peladang, penanam, pembekal, pengedar, ahli akademik dan penyelidik serta pihak berkepentingan utama dari seluruh dunia.

    Berita baik kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai rakan strategik atau pempamer, peluang tersebut masih dibuka untuk pemain industri global yang ingin menyertai acara yang julung-julung kali diadakan ini.

    Tidak kira skala atau jenis organisasi mahupun syarikat baharu, perusahaan kecil atau sederhana (PKS) dan syarikat antarabangsa sehinggalah institut penyelidikan dan badan kerajaan.

    Inilah masanya untuk menyerlah! Apa jua bidang sama ada jentera, teknologi pertanian, teknologi dron atau logistik, MIACES ialah tempatnya untuk melangkah lebih jauh ke arah potensi yang sebenar.

    MIACES 2022 dianjurkan oleh MPIC dengan sokongan barisan majlis di bawah bidang kuasanya seperti:

    •   Majlis Getah Malaysia (MRC)
    •   Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
    •   Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)

    Acara Agrikomoditi global itu turut disokong oleh sembilan agensi dan majlis lain iaitu:

    •   Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
    •   Lembaga Getah Malaysia (LGM)
    •   Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
    •   Lembaga Koko Malaysia (MCB)
    •   Lembaga Lada Malaysia (MPB)
    •   Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (NKTB)
    •   Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC)
    •   Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC)
    •   Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

    Sebarang pertanyaan lanjut atau sekiranya berminat untuk menjadi penaja atau pempamer, sila hubungi Sekretariat MIACES di [email protected].

    Sebagai alternatif, anda juga boleh mengimbas Kod QR untuk mendaftar.

     

    ekspo featured Malaysia perladangan pertanian
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.