Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Daging tiruan bakal menjadi sumber makanan masa hadapan? Ini penjelasan pakar

    Daging tiruan bakal menjadi sumber makanan masa hadapan? Ini penjelasan pakar

    By Zubaidah IbrahimJuly 22, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DAGING kultur bakal menjadi sumber makanan masa hadapan.-Foto oleh u_rt5bpvly/Pixabay

    KEKURANGAN bahan asas jagung dalam pembuatan makanan haiwan ternakan telah memberi impak kepada kenaikan harga ayam dan daging pada ketika ini yang mana perkara itu dirasai seluruh dunia.

    Walaupun begitu, pengeluaran beras dan kacang soya dunia dijangka meningkat sebanyak 0.6 peratus (%) dan 3.5% berbanding tahun 2021 hingga 2022. Berbeza dengan pengeluaran jagung yang dijangka menurun sehingga menyebabkan kenaikan harga di luar jangkaan secara global.

    Menurut Prof. Madya Dr. Nik Mohd. Afizan Nik Abd. Rahman dari Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia, disebabkan krisis daging dan ayam, daging tiruan akan menjadi sumber makanan pada masa hadapan yang mendorong industri daging tiruan lebih serius.

    “Perdebatan mengenai etika yang terlibat dalam penyembelihan haiwan dan banyak isu alam sekitar berkaitan dengannya termasuklah pencemaran alam sekitar serta kegunaan sumber asli yang banyak telah menjadikan daging kultur sebagai alternatif bagi menggantikan daging untuk melengkapkan diet protein dalam pemakanan manusia.

    “Penghasilan daging secara kultur telah menjadi trend terkini sebagai contoh, sebuah kilang pertama bagi menghasilkan daging kultur telah dibina oleh sebuah startup Israel iaitu Future Meat pada tahun 2021.

    “Kilang ini mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 500 kilogran produk berasaskan daging setiap hari, disamping dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekitar 80 %, penggunaan tanah 99% dan penggunaan air 96%,” katanya.

    Tambah beliau, melalui teknologi terkini juga, kebimbangan utama dalam industri ini iaitu kos dapat dikurangkan sebanyak 1000 kali ganda berbanding tiga tahun sebelumnya.

    Selain itu, terdapat banyak syarikat lain sedang membangunkan teknologi dan mendapat kelulusan untuk menghasilkan dan mengkomersialkan daging kultur di seluruh dunia antaranya, MosaMeat (Belanda), SuperMeat (Israel), Avant Meat (China), Appleton Meats (Kanada), Higher Steaks (UK), Integriculture Inc. (Jepun) dan Shiok Meat (Singapura).

    Terang beliau, penghasilan daging secara kultur menerusi syarikat-syarikat tersebut membuktikan tahap penerimaan dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap daging kultur.

    “Daging kultur juga dilihat mempunyai potensi besar untuk menggantikan rantaian pengeluaran daging haiwan secara konvensional serta memberi kelebihan dan kebaikan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

    “Kerajaan boleh membuat polisi dan dasar berkaitan yang menjurus ke arah mempromosikan kelebihan daging kultur bagi memudahkan ekosistem keusahawanan yang positif untuk inovasi ini berkembang dengan selamat dan berfaedah kepada masyarakat,” ujarnya. – RELEVAN

    Previous ArticleInflasi Malaysia meningkat 3.4% pada Jun, purata harga ayam RM10.02 sekilogram
    Next Article Kes baharu kembali ke angka 3,000

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.