KU SYAFIQ KU FOZI

KEKELIRUAN penggunaan istilah yang tepat, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sudah berlangsung lama. Bermula dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, istilah bahasa Malaysia mula muncul dan sering bertukar ganti dengan penggunaan bahasa Melayu. Istilah bahasa Malaysia diperkenalkan untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Istilah ini diguna pakai sejak penubuhan Malaysia sehingga 1986, apabila istilah tersebut digantikan semula dengan bahasa Melayu, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, pada 2007, keputusan itu sekali lagi dibalikkan apabila kerajaan mengarahkan supaya istilah bahasa Malaysia menggantikan bahasa Melayu.  Kekeliruan ini berterusan sehingga pernah terjadi, buku teks bahasa Melayu…

Read More

SETIAP tahun, Oxford Languages akan memilih satu perkataan atau ungkapan yang mempunyai pengaruh serta menarik perhatian ramai dalam tahun tersebut. Sejak 2004, perkataan yang dipilih kamus popular ini dijadikan panduan untuk mengimbau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dunia pada tahun tersebut. Menurut Oxford Languages, setiap tahun perkataan-perkataan yang mencerminkan semangat (ethos), suasana (mood) atau perhatian pada tahun tersebut akan dibahaskan oleh panel lantikan mereka. Satu lagi ciri penting untuk pemilihan Perkataan Tahun Ini (Word of the Year) oleh Oxford ialah potensinya untuk kekal sebagai perkataan yang membawa kepentingan budaya. Perkataan tersebut dipilih melalui pengumpulan data yang ekstensif oleh pasukan Oxford…

Read More

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) kali ketiga berturut-turut pada 8 September lalu boleh melonjakkan tahap hutang isi rumah negara yang ketika ini berada pada paras 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, pihaknya kecewa dengan kenaikan tersebut dan menyangkal hujah-hujah yang mengatakan ia baik untuk rakyat. Kata beliau, justifikasi yang diberikan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan adalah dangkal dan bersifat ikut-ikutan. “Kami mempersoalkan fungsi wakil luar lantikan Menteri Kewangan dalam Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC). “Wakil yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat seolah-olah tidak mempedulikan keadaan rakyat yang sedang…

Read More

RATU Elizabeth II mangkat awal pagi hari ini selepas berada dalam pemantauan doktor sejak semalam. Baginda merupakan pemegang takhta paling lama dalam sejarah monarki Britain, iaitu selama lebih 70 tahun. Keluarga diraja Britain mempunyai sejarah yang sangat panjang. Ia boleh dijejak dari kerajaan Anglo-Saxon England dan zaman pertengahan Scotland pada abad ke-10.  Sejarah monarki pada zaman ini agak rumit kerana melibatkan banyak keluarga diraja, seperti House of Wessex, House of Normandy, House of Denmark dan sebagainya. Untuk mengikuti sejarah keluarga diraja Britain terkini, lebih mudah untuk memahami jalur takhta yang bermula dari Raja George V, yang mana semua turutan pewaris…

Read More

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.50 peratus. Ia merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut sejak Mei lalu selepas kekal pada kadar 1.75 peratus selama hampir dua tahun. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus. Kata bank pusat negara itu, ekonomi global ketika ini terus berkembang, meskipun pada kadar sederhana, disebabkan oleh tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China. Walau…

Read More

INI bukan masalah yang baharu. Sejak berpuluh, malah mungkin beratus tahun, teori konspirasi tentang rancangan-rancangan jahat manusia elit sangat mudah menangkap perhatian ramai. Lebih ramai yang percayakan khabar tanpa bukti berbanding fakta-fakta sahih. Teori konspirasi yang popular di Malaysia termasuk agenda Aturan Dunia Baharu (New World Order) yang dikaitkan dengan keluarga jutawan, Rothschild dan pertubuhan Illuminati serta beberapa individu kaya dunia seperti Bill Gates dan artis-artis popular. Banyak juga teori konspirasi yang dikaitkan dengan pencapaian sains seperti pendaratan manusia di bulan, teori bumi rata dan teknologi seperti Program Penyelidikan Aurora Aktif Berfrekuensi Tinggi (HAARP) serta Pelanggar Hadron Besar (LHC). Teori…

Read More

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan kelonggaran baharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa hari ini selepas menilai situasi semasa jangkitan Covid-19 dalam negara. Kelonggaran tersebut termasuk semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan yang kini diumumkan sebagai atas pilihan pemilik premis. Menurut kementerian tersebut, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. “(Namun) orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, melihat kepada keperluan semasa, Kementerian Kesihatan masih mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam tiga situasi berikut: Untuk kes…

Read More

UMUR sekadar nombor, kata orang. Namun, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Umur memang nombor tetapi ia nombor yang signifikan dalam kehidupan. Kita mengukur perjalanan kehidupan melalui umur dan ada umur tertentu yang ramai jadikan sebagai batu tanda. Contohnya, umur 18 ialah petanda kedewasaan dan kebebasan. Anda memulakan pengajian tinggi, mungkin ada yang mula bekerja. Anda dikelilingi isu remaja seperti percintaan dan persahabatan. Memasuki 27 tahun, isu-isu lebih berat mula mengambil alih. Dari percintaan, anda berfikir lebih banyak tentang perkahwinan pula. Berbanding rakan, anda lebih banyak fikir tentang wang. Umur 40 signifikan dalam cara yang berbeza buat lelaki dan wanita.…

Read More

BAHASA Melayu merupakan antara tonggak kenegaraan Malaysia, itu kata Ketua 1 Gabungan Penulis-Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan. Ia menggambarkan tingginya kedudukan bahasa Melayu dalam negara ini. Melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa ini memegang peranan sebagai penyatu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.  Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Segala urusan rasmi kerajaan turut wajib menggunakan bahasa Melayu. Dalam perlembagaan dan undang-undang, kedudukan bahasa Melayu kukuh pada tempatnya, walaupun masih ada kelonggaran yang mengizinkan eksploitasi. Namun, sudahkah bahasa…

Read More

INFLASI negara pada Julai meningkat 4.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, seiring dengan fenomena global yang dialami banyak negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fenomena tersebut disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api. Walau bagaimanapun, kata beliau, kadar inflasi di Malaysia masih antara yang terendah di dunia. “Kadar pada Julai adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Republik Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mustapa, kadar inflasi Julai…

Read More