Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mulai 7 September, pelitup muka hanya wajib dipakai dalam tiga situasi ini

    Mulai 7 September, pelitup muka hanya wajib dipakai dalam tiga situasi ini

    By September 7, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan kelonggaran baharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa hari ini selepas menilai situasi semasa jangkitan Covid-19 dalam negara.

    Kelonggaran tersebut termasuk semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan yang kini diumumkan sebagai atas pilihan pemilik premis.

    Menurut kementerian tersebut, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

    “(Namun) orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bagaimanapun, melihat kepada keperluan semasa, Kementerian Kesihatan masih mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam tiga situasi berikut:

    • Untuk kes positif Covid-19
    • Ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah
    • Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya

    Orang ramai juga amat digalakkan untuk memakai pelitup muka dalam empat situasi berikut:

    • Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah-rumah ibadah
    • Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
    • Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung
    • Ketika melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak

    Bermula 1 Mei lalu, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.

    Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka pula tidak diwajibkan bermula 1 Mei lalu dan arahan itu kekal sehingga kini.

    Menurut Kementerian Kesihatan, dengan kelonggaran yang diberikan, orang ramai perlu memikul tanggungjawab individu yang lebih besar  untuk melindungi bukan sahaja diri sendiri tetapi seluruh komuniti.

    Kementerian itu percaya orang ramai masih akan terus mengamalkan kawalan kendiri yang terbaik, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.