Facebook Twitter
    Trending
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    • Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya
    • Kedekut atau berjimat cermat?
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026
    • Kewangan

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026
    • Pendidikan

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa orang percaya pada teori konspirasi?

    Mengapa orang percaya pada teori konspirasi?

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 7, 2022Updated:September 7, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEPERCAYAAN terhadap teori konspirasi telah berakar lama di dunia. - GAMBAR HIASAN

    INI bukan masalah yang baharu. Sejak berpuluh, malah mungkin beratus tahun, teori konspirasi tentang rancangan-rancangan jahat manusia elit sangat mudah menangkap perhatian ramai. Lebih ramai yang percayakan khabar tanpa bukti berbanding fakta-fakta sahih.

    Teori konspirasi yang popular di Malaysia termasuk agenda Aturan Dunia Baharu (New World Order) yang dikaitkan dengan keluarga jutawan, Rothschild dan pertubuhan Illuminati serta beberapa individu kaya dunia seperti Bill Gates dan artis-artis popular.

    Banyak juga teori konspirasi yang dikaitkan dengan pencapaian sains seperti pendaratan manusia di bulan, teori bumi rata dan teknologi seperti Program Penyelidikan Aurora Aktif Berfrekuensi Tinggi (HAARP) serta Pelanggar Hadron Besar (LHC).

    Teori konspirasi juga mekar ketika krisis, seperti pelbagai teori berkenaan vaksin ketika pandemik Covid-19 dan yang baru muncul semula, teori konspirasi berkenaan tragedi kehilangan pesawat MH370.

    Kepercayaan ramai terhadap teori konspirasi juga menjadi topik kajian beberapa pakar, terutamanya dalam bidang psikologi. Walaupun tidak semua persoalan berkenaan minda ‘penganut’ teori konspirasi dapat dihuraikan dengan tuntas, ada dapatan yang mencukupi untuk kita memahami apa yang berada dalam fikiran mereka.

    Apa itu teori konspirasi?

    KAREN DOUGLAS

    Dalam temu bual bersama Persatuan Psikologikal Amerika (APA), profesor psikologi sosial Universiti Kent, Dr. Karen Douglas mendefinisikan teori konspirasi sebagai teori berkenaan rancangan yang dijalankan secara rahsia, kebiasaannya oleh kumpulan manusia berkuasa yang dikatakan mempunyai matlamat jahat.

    Mereka yang percaya pada teori konspirasi melihat dunia seperti sebuah filem rekaan: apa saja yang berlaku ada tangan ghaib yang merancang dan perancang itu dilihat sebagai musuh utama mereka. 

    Sebab itu anda boleh jumpa orang Islam yang percaya kejadian-kejadian besar di dunia adalah sebahagian komplot penganut agama lain untuk menghapuskan Islam dan anda juga boleh jumpa orang bukan Islam percaya komplot sama dijalankan oleh penganut agama Islam untuk menghapuskan agama mereka.

    Penganut teori konspirasi juga akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku dengan kepercayaan mereka terhadap konspirasi yang berlaku. Dari sekecil-kecil perhiasan lantai konsert atau asap yang keluar dari pesawat, ia akan disesuaikan dengan agenda mereka bahawa ada perancangan tahap tinggi sedang berlaku di dunia yang mengancam diri atau komuniti mereka.

    Pemikiran falasi ini dikenali sebagai bias pengesahan (confirmation bias), yang mana seseorang cenderung melihat apa sahaja perkara sebagai bukti kepada teori atau kepercayaan yang sedia ada dipegang. Ia falasi kerana sepatutnya kita jumpa bukti dahulu lalu membawa kepada kesimpulan, bukan buat kesimpulan dahulu baru cari bukti.

    Tiga motif

    “Hujah kami, orang tertarik dengan teori konspirasi untuk memuaskan atau cuba memuaskan tiga motif psikologi. Motif pertama ialah epistemik (berkaitan ilmu pengetahuan). Saya fikir, secara ringkasnya, motif epistemik merujuk kepada keperluan untuk pengetahuan dan kepastian; kemahuan untuk mendapatkan maklumat.

    “Apabila sesuatu yang besar atau peristiwa penting berlaku, orang mahu tahu mengapa ia terjadi. Mereka mahukan penjelasan dan kebenaran. Namun, mereka juga mahu rasa pasti dengan kebenaran itu.

    “Beberapa bukti psikologi menunjukkan yang orang tertarik dengan teori konspirasi apabila mereka tidak dapat kepastian, sama ada dalam situasi yang spesifik atau lebih umum,” kata Douglas.

    Menurut beliau, orang yang berpendidikan rendah lebih cenderung untuk mempercayai teori konspirasi tetapi ia bukan kerana mereka kurang bijak. Cuma mereka tidak mendapat akses secukupnya kepada ilmu pengetahuan, menyebabkan mereka sukar membezakan antara sumber yang baik dengan yang buruk, atau sumber yang boleh dipercayai dengan tidak.

    “Mereka mencari pengetahuan dan kepastian tetapi bukan di tempat yang betul,” katanya.

    WALAUPUN telah dibuktikan secara saintifik, masih ramai yang percaya bumi berbentuk rata, bukan sfera.

    Menurut Douglas, motif kedua pula merupakan kewujudan. Ia merujuk kepada keperluan manusia untuk berasa wujud dan selamat dalam dunia yang didiaminya. Motif ini juga merujuk kepada perasaan mahu mempunyai semacam kuasa atau autonomi untuk menentukan apa yang berlaku kepada mereka.

    “Sekali lagi, apabila sesuatu berlaku, orang tak suka perasaan tidak mempunyai kuasa. Mereka tak suka perasaan tidak mampu mengawal (apa yang berlaku di sekeliling mereka). 

    “Dengan mempercayai teori konspirasi, mungkin sekurang-kurangnya membolehkan mereka berasa mereka mempunyai maklumat yang menjelaskan mengapa mereka tidak boleh mengawal situasi tersebut.

    “Ada kajian yang menunjukkan mereka yang rasa tidak berkuasa dan hampa lebih cenderung mempercayai teori konspirasi,” jelasnya.

    Mahu jadi paling hebat

    Sementara itu, motif ketiga merupakan motif sosial. Ia merujuk kepada keinginan manusia untuk rasa hebat sebagai individu dan juga berasa hebat dalam kumpulan mereka.

    Manusia mahu mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahu rasa dirinya hebat dan menurut Douglas, antara caranya adalah dengan mencari maklumat yang tidak dimiliki orang lain.

    Maklumat-maklumat yang kononnya langka (rare) seperti maklumat rahsia kerajaan Amerika Syarikat (AS), konspirasi terancang syarikat farmaseutikal besar dan klu-klu penyembahan syaitan dalam persembahan artis membuatkan orang rasa mereka bijak dan hebat. 

    Analisis Kesan Dunning-Kruger juga menjelaskan bagaimana mereka yang kurang pengetahuan cenderung fikir diri mereka bijak. Dengan sedikit maklumat yang kononnya dapat menjelaskan seluruh peristiwa penting dunia, seseorang dengan mudah mendapat lonjakan keyakinan yang tinggi.

    “Ini alat retorik yang biasa mereka gunakan dalam teori konspirasi, bahawa orang lain (bodoh) bagaikan biri-biri tetapi mereka yang percaya teori konspirasi ini, tahu perkara yang sebenar. Mereka (kononnya) memegang kebenaran.

    “Dan mempunyai kepercayaan sebegitu – perasaan memiliki maklumat yang orang lain tidak ada – boleh memberikan anda perasaan lebih hebat daripada orang lain. Dan kami juga jumpa (dalam kajian) serta kajian lain juga menunjukkan bahawa keperluan untuk menjadi unik dan menjadi lebih hebat daripada orang lain mempunyai kaitan dengan kepercayaan terhadap teori konspirasi,” jelas Douglas. – RELEVAN

    Previous ArticleKumbang paling cantik di bumi dengan kilauan memukau
    Next Article 2,673 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026

    Kedekut atau berjimat cermat?

    May 11, 2026
    Artikel Terkini

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.