Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa impak yang besar dalam pelbagai sektor termasuk pekerjaan. Pekerjaan yang terancam akibat kemunculan perisian kecerdasan buatan seperti ChatGPT adalah yang melibatkan kerja rutin dan berulang. Menurut laporan media antarabangsa, pekerjaan seperti penyeliaan stesen kawalan pengeluaran, penyelenggaraan sistem dan pengelolaan data serta kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan dapat digantikan oleh perisian AI yang cekap. Satu laporan daripada World Economic Forum (WEF) mengenal pasti 10 jenis pekerjaan yang paling terancam akibat kemunculan teknologi AI dan automasi, termasuk jurutera elektrik dan elektronik, jurutera perisian, pegawai perakaunan dan pengurus kewangan. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa kerja-kerja…
KU SYAFIQ KU FOZI
ORANG kata bulan puasa tak ada hantu, jadi eloklah saya tulis artikel ini sekarang. Supaya anda semua tak takut sangat nak baca. Kita semua kenal bagaimana rupa hantu Malaysia. Dari yang berpunjut, yang mengilai, yang mendedahkan organ dalaman sampai ke budak kecil kaki copet. Kita kenal nama mereka dan kita tahu segala latar belakang hidup mereka. Tapi bagaimana rupa hantu Malaysia di mata orang luar? Orang putih yang hantunya pakai sut tebal dan tinggal dalam rumah agam, kenalkah mereka dengan hantu yang bergelandangan seperti pocong, langsuir dan hantu galah? Bolehkah mereka faham amaran “jangan tegur” apabila bau kemboja mula menusuk…
BERAPA pendapatan yang mencukupi untuk seseorang individu atau satu isi rumah hidup dengan selesa di Lembah Kelang? Pastilah keadaannya berbeza untuk setiap individu dan isi rumah namun anggaran yang selamat tetap boleh dibuat. Itu yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Melalui kajian Belanjawanku yang didanai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SWRC membuat anggaran pendapatan yang selesa untuk beberapa kategori individu bujang dan isi rumah.Penyelidikan tersebut bukan sahaja tertakluk di Lembah Kelang, malah 11 bandar lain di seluruh negara. Berikut Relevan senaraikan untuk anda 7 statistik penting yang diperoleh daripada kajian tersebut. Ini termasuk asas metodologi dan…
ADA satu cabang ilmu linguistik yang tidak begitu mendapat perhatian tetapi sangat menarik untuk diteroka, iaitu etimologi. Etimologi merupakan ilmu atau kajian tentang asal usul perkataan dan sejarah perkembangannya. Maknanya, mereka yang meneroka ilmu etimologi akan menyelidik asal-usul sesuatu perkataan sehingga ke akar pembentukannya. Kita pasti pernah tertanya, dari mana datangnya perkataan kerusi, atau meja, atau nama negara Malaysia sendiri? Melalui ilmu etimologi, susur galur perkataan itu dapat dijejak dan jika maklumat berkenaannya lengkap, kita boleh sampai pada awal pembentukan kata tersebut yang bersifat arbitrari menurut ramai pakar bahasa. Kali ini, Relevan mahu huraikan asal-usul tiga perkataan, iaitu bajet, minda dan…
RAMADAN tiba lagi tahun ini. Selain mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran fizikal sepanjang sebulan berpuasa, kita juga digalakkan untuk menambah pengetahuan agama. Sehubungan itu, Relevan sekali lagi tampil dengan siri 5 Soalan Ramadan. Dalam siri ini, Relevan akan mengumpulkan soalan-soalan bersama jawapan yang dikemukakan dalam Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam edisi keempat ini, Relevan akan kongsikan jawapan untuk persoalan-persoalan berkaitan iftar atau berbuka puasa. Hukum menjemput orang bukan Islam berbuka puasa Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-87, amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi berapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah…
SENIMAN agung negara, Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 sebagai Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh di Pulau Pinang. Jika beliau masih hidup, usianya sudah mencecah 94 tahun hari ini. Pelbagai cerita telah dilipur, setiap penjuru hidup P. Ramlee telah diteroka namun mungkin ada beberapa perkara yang kurang mendapat perhatian ramai. Dalam satu temu bual, isteri terakhir beliau, Puan Sri Saloma menyifatkan P. Ramlee sebagai ganjil. Ada kelakuannya yang tidak seperti orang lain, contohnya suka berlama-lama dalam bilik mandi. “Kadang-kadang dalam bilik mandi, dia duduk berjam-jam. Dia berfikir-berfikir sampai saya pun naik takut. “Rupanya dia karang lagulah, buat…
SEJAK 1999, Hari Puisi Sedunia disambut pada 21 Mac bagi sebagai penghargaan untuk kesenian yang mekar hidup di seluruh pelusuk dunia, iaitu puisi. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Hari Puisi Sedunia mula disambut pada 21 Mac ketika Persidangan Umumnya yang ke-30 di Paris, Perancis pada 1999. Tujuannya untuk menyokong kepelbagaian linguistik melalui ekspresi puitis dan meningkatkan peluang untuk bahasa-bahasa yang hampir pupus didengari. “Hari Puisi Sedunia adalah keraian untuk memberi penghormatan kepada para penyajak; menghidupkan semula tradisi lisan deklamasi puisi; menggalakkan pembacaan, penulisan dan pengajaran puisi; memupuk penyatuan puisi dengan cabang seni lain seperti teater,…
BERBORAK tentang lagu Hasrat, kalau disebut nama Fai, mungkin ramai yang keliru. Siapa Fai? Apa kaitannya dengan lagu itu? Nama penuhnya Faizul Hakim Kamis dan dia merupakan penyusun, penerbit serta jurutera adunan (mixing) dan adunan rapi (mastering) lagu Hasrat. Penglibatannya dalam lagu tular itu tersorok di belakang tabir tetapi peranannya sangat penting. Air tangan Fai yang membentuk lagu tersebut menjadi seperti yang kita dengar sekarang. Artikel ini mungkin agak teknikal tetapi bermanfaat buat anda yang berminat untuk ambil tahu tentang proses penerbitan sesebuah lagu. Fai berkongsi dengan Relevan apa yang terjadi sepanjang proses menghasilkan Hasrat. Relevan: Apa situasi waktu mula menerima…
BUKAN selalu ada lagu tempatan yang mendapat perhatian meluas di negara ini. Apatah lagi lagu yang tidak mengikut formula tular lazim. Sejak dilancarkan bersekali dengan filem Imaginur, Hasrat oleh Amir Jahari diperkatakan di seluruh ruang media sosial. Ada juga terpalit kontroversi namun ia tidak sedikit pun menafikan fakta bahawa lagu ini sememangnya berkualiti dan digemari ramai secara organik. Relevan sentiasa mahu mengetengahkan karya seni seperti muzik sebagai medium pendidikan yang bermanfaat. Oleh itu, kami bawakan Amir Jahari sendiri untuk mengupas kisah di sebalik penciptaan lagu ini. Ikuti temu bual eksklusif ini supaya kita boleh sama-sama menggali manfaat dari lagu Hasrat.…
SELAIN resume, surat pengiring (cover letter) juga merupakan elemen penting dalam permohonan kerja. Surat pengiring merupakan dokumen bertulis yang biasa dihantar bersama dengan permohonan kerja atau resume. Dokumen ini ditulis dengan ringkas, ditujukan kepada pegawai yang terlibat dengan pengambilan kerja dan menggariskan kelebihan pemohon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Walaupun surat pengiring ditulis dengan ringkas dan padat, ia boleh menjadi faktor penentu kejayaan permohonan kerja seseorang. Surat pengiring yang baik memberikan tanggapan pertama yang baik untuk pemohon, sekali gus membuka peluang yang lebih besar untuk dipanggil ke peringkat temu duga. Begitu juga dengan surat pengiring yang lemah, peluang pemohon…