Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 14 hantu Malaysia yang disebut dalam Atlas Obscura

    14 hantu Malaysia yang disebut dalam Atlas Obscura

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 29, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PONTIANAK dan toyol antara hantu Malaysia yang disebut dalam portal Atlas Obscura. - ILUSTRASI UTUSAN

    ORANG kata bulan puasa tak ada hantu, jadi eloklah saya tulis artikel ini sekarang. Supaya anda semua tak takut sangat nak baca.

    Kita semua kenal bagaimana rupa hantu Malaysia. Dari yang berpunjut, yang mengilai, yang mendedahkan organ dalaman sampai ke budak kecil kaki copet. Kita kenal nama mereka dan kita tahu segala latar belakang hidup mereka.

    Tapi bagaimana rupa hantu Malaysia di mata orang luar? Orang putih yang hantunya pakai sut tebal dan tinggal dalam rumah agam, kenalkah mereka dengan hantu yang bergelandangan seperti pocong, langsuir dan hantu galah?

    Bolehkah mereka faham amaran “jangan tegur” apabila bau kemboja mula menusuk hidung atau ketika kita nampak bebola api bergentayangan di udara?

    Relevan mahu bawa anda melihat hantu-hantu Malaysia dari kaca mata seorang mat saleh bernama Dan Nosowitz.

    Dan menulis tentang hantu-hantu dan “budaya semangat” Malaysia dalam majalah pelancongan dalam talian,  Atlas Obscura. Dalam artikel tersebut, Dan banyak mengambil pandangan seorang pengkaji budaya yang lahir dan membesar di Malaysia, Cheryl Nicholas.

    Sebagai penjelasan

    Antara yang ditulis oleh Dan dalam artikel tersebut, hantu sering digunakan sebagai untuk menjelaskan peristiwa aneh yang berlaku di Malaysia. 

    Ambil contoh peristiwa kehilangan pesawat MH370 suatu masa dahulu. Bukan sedikit orang yang percaya bahawa ia perbuatan makhluk halus, sehingga seorang bomoh mendapat liputan antarabangsa atas usahanya untuk mengembalikan pesawat itu dari disorok orang bunian.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

    “Orang kampung menggunakannya untuk menjelaskan kecurian kecil-kecilan,” kata Cheryl ketika memberi penerangan tentang toyol.

    Begitu juga jika ada kanak-kanak yang hilang kemudian dijumpai di tempat yang pelik-pelik. Pasti akan ada yang mendakwa kanak-kanak itu diculik bunian atau hantu tetek. 

    Kisah-kisah hantu di negara ini, dalam kebanyakan hal, merupakan jalan singkat yang diambil untuk menjelaskan sesuatu yang misteri. 

    Selain itu, Dan turut menyebut beberapa jenis hantu Malaysia yang diketahuinya. Ada sebahagiannya yang Relevan sendiri tak pernah dengar. Berikut 12 jenis hantu yang disebut Dan dan penjelasan berkenaannya.

    • Pontianak

    Menurut Dan, pontianak ialah hantu perempuan yang meninggal dunia sewaktu mengandung atau melahirkan anak. Wajahnya kesetanan, boleh terbang dan selalu cari darah anak kecil untuk diminum. Ada juga yang kata pontianak sukakan mangsa lelaki.

    • Hantu tetek/kopek

    Namanya lucah tapi begitulah yang disebut orang. Payu daranya labuh dan berayun. Hantu tetek suka menculik kanak-kanak untuk bermain dengan mereka buat seketika. Ini antara hantu yang baik nampaknya. Ia tidak membunuh, tak bawa penyakit dan kalau dia culik anak orang pun, dia pulangkan semula.

    Tapi ada juga versi cerita yang hantu tetek ini jahat. Payu dara labuh dijadikan senjata untuk menyerang mangsanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 fakta langka tentang P. Ramlee

    • Toyol

    Ia kelihatan seperti bayi bogel, tulis Dan. Dia meletakkan toyol sebagai hantu Malaysia kegemarannya kerana hantu ini ada satu ciri yang tak ada pada hantu Barat, iaitu boleh dibeli. Toyol disifatkan sebagai keanak-anakan: ia nakal, kelam-kabut, mengada-ada dan mudah hilang tumpuan. Kerjanya mencuri untuk tuannya.

    • Hantu polong

    Dalam artikel Dan, hantu polong hanya dijelaskan sebagai hantu yang digunakan untuk mendatangkan bahaya (kepada sesiapa yang disasarkan tuannya) dan perlu diberi makan darah dari jari manusia. 

    • Hantu buta

    Tidak ada banyak penjelasan tentang hantu buta. Apa yang ditulis oleh Dan termasuk hasil carian saya yang lain hanya menggambarkan hantu ini sebagai hantu yang menyebabkan orang buta.

    • Hantu cika/chika

    Sama seperti hantu buta, hantu ini kerjanya bawa penyakit pada orang juga. Sesiapa yang terserempak dengan hantu cika, terutamanya kanak-kanak, akan diserang sakit kembung perut. Sebab itu hantu cika juga dikenali sebagai hantu kembung.

    • Hantu apu

    Hantu apu ialah sejenis hantu yang mesra dan ekstrovert. Ia sejenis hantu yang boleh bertukar bentuk (shapeshifter) dan suka datang ke majlis keramaian dengan menyamar menjadi tikar. Ia tak akan kacau orang tapi jika kehadirannya dikesan, ia akan segera hilang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman

    • Hantu jamuan

    Dan menyifatkan hantu jamuan sebagai hantu pesta. Kerjanya mengganggu pesta keramaian dan kenduri besar-besaran jika tidak dijemput datang. Ada yang kata, hantu jamuan perlu ‘dijinakkan’ dengan sajian terlebih dahulu sebelum mengadakan apa-apa majlis, supaya ia tidak datang mengganggu.

    Hantu jamuan juga dikatakan sebagai pembantu kepada pawang. Orang yang dilindungi hantu jamuan dikenali sebagai orang akuan.

    • Hantu lembong

    Hantu lembong dikatakan sebagai semangat yang mendiami bonjol pada pokok. Ada yang kata, ia khusus kepada pokok tualang. Tidak diketahui bagaimana rupa atau apa bahayanya, namun pantang utama berkenaan hantu lembong: jangan kencing pada bonjol pokok. Kalau tak sengaja, segera mohon maaf.

    • Hantu jembalang

    Hantu jembalang juga disebut sebagai hantu tanah. Kerjanya menjaga tanah. Kalau tanah mahu dirosakkan atau diusik, perlu jamu jembalang dahulu supaya dia tidak mengamuk (bukankah ini rasuah?). 

    • Orang bunian

    Mungkin hantu atau makhluk paling popular di Malaysia. Dan menyentuh tentang orang bunian ketika mengulas liputan meluas berkenaan seorang bomoh yang mahu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

    Nama orang bunian akan sering timbul apabila ada kes orang hilang. Ia dianggap sebagai satu komuniti makhluk halus yang tinggal dalam dimensi yang berbeza dengan manusia. Ada masa, orang bunian akan menculik manusia masuk ke dimensi mereka.

    Selalunya, penampilan orang bunian digambarkan sebagai suci, bersih dan berpakaian putih. Dalam filem hantu Kak Limah, ketua orang bunian dijelmakan sebagai Mus May.

    • Hantu galah

    Dan tidak memetik nama hantu galah secara terus tetapi ada menyebut tentang “hantu gergasi yang semakin besar apabila anda semakin dekat”. Kalau hantu yang besar dan semakin membesar, itu ciri yang dekat dengan hantu galah.

    Hantu galah dikatakan sering berada di kawasan hutan dan mempunyai ketinggian yang luar biasa. Ada yang kata ia semakin membesar apabila kita dekat, ada juga yang kata ia semakin tinggi apabila kita cuba untuk lihat kepalanya.

    • Hantu langut

    “Ada hantu berkepala anjing,” tulis Dan. Dengan sedikit carian, baru saya tahu hantu itu namanya hantu langut. Hantu ini bertubuh manusia dan berkepala anjing. Ada yang kata hantu ini sentiasa melangutkan kepalanya, sebab itu dipanggil hantu langut. 

    • Hantu songkei

    Dalam kalangan hantu juga ada pencinta haiwan. Sama ada mereka ada tubuh persatuan atau tak, tidak dapat dipastikan tetapi hantu ini akan melepaskan binatang-binatang dari jerat pemburu. Sering juga ia menjelma menjadi binatang buruan dan mengusik para pemburu. Sebab itu ramai pemburu kalau nak masuk hutan mereka meminta izin dahulu. – RELEVAN

    budaya featured hantu pendidikan
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.