KU SYAFIQ KU FOZI

KITA semua suka pekerja yang rendah diri. Walaupun mempunyai banyak pencapaian dan kualiti kerjanya mantap, masih menunduk seperti resminya padi. Namun, jika terlalu merendah diri, boleh jadi masalah juga. Pekerja yang sentiasa merendahkan dirinya dan berasa tidak layak atas apa-apa ganjaran atau kenaikan jawatan sukar untuk mencapai potensi penuhnya sebagai pekerja. Dia akan dihantui kemurungan dan selalu terlebih mencuba apabila menyelesaikan tugasan sehingga mempengaruhi kesihatannya. Gejala ini dikenali sebagai sindrom penyamar atau imposter syndrome. Dengan rujukan daripada majalah Forbes, Relevan kongsikan 9 tanda anda menghidapi sindrom ini.  Kerja terlalu keras Kerana sukar untuk berpuas hati dengan hasil tugasan sendiri, anda…

Read More

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada 8 Jun  menggembirakan banyak pihak. Para pelajar cemerlang dirai dan yang kurang cemerlang juga menerima banyak sokongan motivasi.  Tidak kira cemerlang atau tidak, segala usaha para pelajar perlu dihargai kerana bukan mudah untuk menghadapi tekanan peperiksaan awam terbesar itu. Tahniah buat semua. Pelbagai pandangan dan perkongsian juga muncul dalam media sosial. Ada yang memberikan tip menyambung pelajaran dan ada yang memberi peringatan tentang cabaran dunia selepas persekolahan. Berkongsi tip tentang pelajaran ini memang sudah menjadi kerja Relevan, jadi mari kita lihat perkongsian seterusnya tentang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk diketahui…

Read More

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan memperolehi keputusan masing-masing pada 8 Jun ini. Pada tahun tersebut, seramai 403,637 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik. Calon SPM 2022 merupakan kohort kedua yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).  Kurikulum tersebut memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif serta pemikiran dan kreatif, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menjelang pengumuman keputusan SPM, pasti ramai yang tertunggu-tunggu angka-angka utama yang akan diumumkan, seperti jumlah calon yang memperoleh semua A,…

Read More

DEBARNYA akan berakhir. Pada 8 Jun ini, seramai 403,637 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan mengetahui keputusan masing-masing. Pasti ramai yang teruja menanti keputusan tersebut, baik calon sendiri mahupun ibu bapa dan keluarga.  Walaupun bukan penentu tunggal, keputusan SPM yang baik boleh membuka banyak peluang berharga. Keputusan yang baik memberikan markah merit yang tinggi kepada calon, seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk berjaya dalam permohonan Unit Pusat Universiti (UPU). ARTIKEL BERKAITAN: Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU Sebelum berkira-kira jangkaan keputusan yang akan diperolehi, pastikan anda tahu terlebih dahulu cara untuk menyemak keputusan SPM. Berikut Relevan senaraikan…

Read More

BAYANGKAN kalau anda boleh menerima wang percuma sehingga hampir RM3,000 setiap bulan, tanpa perlu berbuat apa-apa. Adakah anda akan terus bekerja atau menikmati hidup dengan wang percuma itu? Itu antara persoalan yang cuba dirungkai penyelidik dari kumpulan pemikir, Autonomy melalui program rintis pendapatan asas sejagat (universal basic income – UBI) di England. Dalam program tersebut, 30 peserta akan diberikan pendapatan 1,600 pound sterling (RM9,152.60) sebulan selama dua tahun tanpa apa-apa syarat. Peserta itu akan berada dalam pemerhatian Autonomy selama dua tahun bagi memahami kesan program tersebut terhadap kehidupan mereka.  Program itu bertujuan memahami dan menguji keberkesanan UBI dalam meningkatkan keterjaminan…

Read More

KALAU sebut tentang makan, Malaysia memang istimewa. Menu sarapan saja sudah cukup pelbagai, boleh buat kita rambang mata. Sepinggan roti canai, nasi lemak dan kopi panas itu sudah biasa. Kalau anda mahu pagi yang lebih sempurna, cari ‘port’ sarapan yang istimewa. Khas buat warga Selangor atau mereka yang datang bercuti di negeri ini, Relevan kongsikan 10 tempat sarapan menarik di Selangor, menurut cadangan Tourism Selangor. Sedap, istimewa dan nostalgik: ini tiga pengalaman yang anda boleh dapat kalau berkunjung ke kedai-kedai ini untuk menikmati sarapan. Kopitiam 143, Ampang Jaya Terletak di Flat Taman Keramat, Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional…

Read More

SAYA datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ini dengan mentaliti yang lebih luwes dan fleksibel. Tidak ada senarai buku yang mahu dibeli mahupun belanjawan khusus. Sikap ini tidak patut dicontohi tetapi sekali-sekala, saya juga mahu rasa sedikit perasaan berbelanja tanpa pedoman seperti orang kaya walaupun hakikatnya saya tak banyak duit. Ada 10 buku yang saya beli tahun ini dalam kunjungan pertama pada 30 Mei. Kalau ada kunjungan kedua atau seterusnya, jumlahnya mungkin bertambah. Kita tengok nanti macam mana. Jika tahun lepas saya berkongsi reruai pilihan Relevan, tahun ini saya cuma mahu berkongsi buku-buku yang saya beli. Mana…

Read More

ADA satu eksperimen yang sangat popular dalam dunia psikologi, iaitu Stanford Marshmallow Test. Dalam eksperimen ini, sekumpulan kanak-kanak diberikan pilihan sama ada mahu makan seketul marshmallow atau tunggu selama 15 minit untuk dapat seketul lagi marshmallow. Setiap kanak-kanak itu dijejak perkembangan hidupnya dan pencapaian mereka diukur, baik dari segi pendidikan, kesihatan, kerjaya dan kemahiran sosial. Hasil eksperimen ini mendapati, kanak-kanak yang sanggup menunggu untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar lebih berjaya dalam hidup mereka. Eksperimen ini popular kerana ia menjelaskan manfaat kepuasan tertangguh (delayed gratification). Jika anda sanggup bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, anda mempunyai prospek kejayaan yang…

Read More

HARI ini tidur pukul 10 malam, bangun 6 pagi. Esok pula tidur 3 pagi, bangun 12 tengah hari.  Kitaran tidur tidak tentu sebegini mungkin dianggap normal, terutamanya untuk orang muda yang banyak aktiviti setiap hari. Namun, jangan dipandang ringan risiko kesihatannya. Dalam sebuah kajian, kitaran tidur tak tentu dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam tempoh tujuh tahun. Kajian oleh Matthew Pase dari Universiti Monash di Melbourne, Australia itu mendapati, waktu masuk dan bangun tidur yang tidak menentu menyebabkan proses fisiologi tubuh hilang kesegerakan (sync). Melalui rekod dalam pangkalan data UK Biobank, tabiat tidur 88,975 orang berumur antara 40…

Read More

ANTARA asas pengurusan kewangan peribadi yang sering diulang-ulang ialah membina simpanan namun ia bukan mudah. Baik faktor disiplin diri atau paras gaji yang rendah, ramai yang bergelut untuk membina simpanan yang kukuh. Akhirnya, ramai yang hanya bergantung kepada simpanan wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di usia tua. Membina simpanan itu sukar kerana tidak ramai yang menguasai teknik menguruskan kewangan peribadi melalui bajet. Dengan bajet yang berkesan dan tepat, pengurusan kewangan anda lebih lancar dan cekap. Namun, persoalannya, bagaimana mahu disiplinkan diri mengikut bajet yang telah dibuat? Relevan kongsikan enam helah kewangan untuk anda lebih berdisiplin dan dapat menyimpan dengan…

Read More