Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tanda-tanda anda menghidap imposter syndrome

    Tanda-tanda anda menghidap imposter syndrome

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 8, 2023Updated:June 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IMPOSTER syndrome adalah keadaan anda merasakan diri tak layak walaupun hakikatnya anda berkebolehan dan berkemahiran. - GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO (Pexels)

    KITA semua suka pekerja yang rendah diri. Walaupun mempunyai banyak pencapaian dan kualiti kerjanya mantap, masih menunduk seperti resminya padi. Namun, jika terlalu merendah diri, boleh jadi masalah juga.

    Pekerja yang sentiasa merendahkan dirinya dan berasa tidak layak atas apa-apa ganjaran atau kenaikan jawatan sukar untuk mencapai potensi penuhnya sebagai pekerja. Dia akan dihantui kemurungan dan selalu terlebih mencuba apabila menyelesaikan tugasan sehingga mempengaruhi kesihatannya.

    Gejala ini dikenali sebagai sindrom penyamar atau imposter syndrome. Dengan rujukan daripada majalah Forbes, Relevan kongsikan 9 tanda anda menghidapi sindrom ini. 

    • Kerja terlalu keras

    Kerana sukar untuk berpuas hati dengan hasil tugasan sendiri, anda cenderung untuk bekerja lebih keras. Banyak masa rehat dihabiskan untuk menyempurnakan tugasan sedangkan kesempurnaan tidak akan pernah dicapai.

    • Memandang rendah diri sendiri

    Anda ada pengetahuan, kemampuan dan kemahiran tersendiri tetapi ia sentiasa tidak cukup. Jadi anda berusaha untuk dapatkan sijil dan pengiktirafan sebanyak mungkin bagi membuktikan kelayakan anda. Semua ini dibuat untuk membuktikan nilai diri anda kepada orang lain.

    • Dilihat perfectionist

    Setiap perincian tugasan disemak berkali-kali untuk mendapat kesempurnaan tetapi kesempurnaan tidak akan dapat dicapai. Orang lihat kita sebagai perfectionist tetapi hakikatnya, kita meletakkan tekanan kepada diri dalam setiap tugasan kerana dalam hati, kita rasa diri tak layak. Kerendahan diri itu cuba dipampas dengan kerja keras yang berlebihan.

    • Mencari validasi

    Demi mendapatkan rasa cukup dan menenangkan hati, kita berterusan meminta maklum balas dan validasi daripada rakan-rakan dan majikan. Validasi luaran dicari sebagai ganti validasi dalaman yang tidak muncul.

    ILUSTRASI OLEH RELEVAN
    • Bandingkan diri

    Kita bersaing dengan rakan-rakan yang ada jawatan, gaji dan kelayakan yang lebih tinggi demi membuktikan kelayakan diri. Mereka dengan sindrom penyamar tidak bersaing dengan diri sendiri kerana di mata mereka, diri mereka terlalu lemah dan tidak layak.

    • Kurang keyakinan

    Anda segan nak pamerkan kejayaan sendiri. Apabila diminta bercakap atau memberikan sumbangan, anda tidak yakin. Dalam kepala anda, apa sahaja yang keluar dari mulut atau hasil kerja anda adalah bodoh dan tidak berkualiti.

    • Bergelut dengan tekanan

    Setiap hari apabila melangkah ke tempat kerja, ada tekanan yang mendampingi. Ini membuatkan anda gagal berfungsi dengan baik dalam situasi ekstrem.

    • Berfikiran binari

    Hanya ada dua hasil: yang terburuk dan yang terbaik. Anda berusaha menjadi yang terbaik setiap dan jika gagal, walaupun hanya sedikit, anda rasa diri adalah yang terburuk dalam pasukan. Hanya ada hitam dan putih, tiada ruang kelabu.

    • Pemuas hati

    Disebabkan kurang keyakinan, anda berusaha memuaskan hati semua pihak. Orang putih sebut, people pleaser. Anda mengejar validasi orang lain sehingga terlupa tentang diri sendiri. – RELEVAN

    Previous Article8 biasiswa untuk lepasan SPM (kemas kini 2023)
    Next Article Tidak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara memohon semak semula

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.