NAKBA 1948 menjadi titik mula penderitaan Palestin apabila ratusan ribu rakyat negara itu dibunuh dan diusir keluar, menjadi pelarian di negara-negara jiran. Menurut Pusat Sumber untuk Hak Kependudukan dan Pelarian Palestin (BADIL), seramai 852,491 rakyat Palestin menjadi pelarian di Jordan, Lubnan, Syria dan wilayah dalam Palestin sendiri, iaitu Gaza dan Tebing Barat. Selepas peristiwa Nakba, Israel menguasai 78 peratus wilayah Palestin manakala 22 peratus lagi ditadbir Mesir (Gaza) dan Jordan (Tebing Barat). Selepas 1948, ribuan pelarian Palestin cuba melintasi sempadan untuk kembali ke rumah masing-masing atau pulang bertemu keluarga. Malangnya, antara 1949 hingga 1956, dianggarkan 2,000 hingga 5,000 pelarian ditembak…
KU SYAFIQ KU FOZI
SEBANYAK 76.5 peratus isi rumah di Malaysia memiliki rumah pada 2022, menurut Laporan Survei Kemudahan Asas 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 31 Oktober. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pemilikan rumah di kawasan bandar mencatatkan peratusan yang lebih rendah, iaitu 73.3 peratus berbanding 87.6 peratus di kawan luar bandar. Kata beliau, hampir 98 peratus isi rumah Malaysia juga tinggal berdekatan institusi kesihatan awam dengan jarak kurang daripada lima kilometer. “Peratusan akses isi rumah kepada rendah dan sekolah menengah dengan jarak kurang daripada lima kilometer masing-masing pada 98.5 peratus dan 95.3 peratus. “Peratusan akses isi rumah kepada…
SEBANYAK 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia pada 2022 adalah disebabkan penyakit jantung iskemia. Itu merupakan sebahagian daripada dapatan dalam Perangkaan Sebab Kematian Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 30 Oktober. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penyakit jantung iskemia kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia sejak lebih dua dekad, dengan pengecualian pada 2021 apabila Covid-19 menjadi punca kematian utama. Penyakit jantung iskemia juga merupakan punca kematian utama untuk lelaki (13,817 kes, 18.2 peratus) manakala pneumonia menjadi punca kematian utama untuk perempuan (7,201 kes, 14.3 peratus). “Penyakit jantung…
KITA biasa dengar kes kaki patah disebabkan kemalangan atau kecederaan sukan tetapi tahukah anda, banyak kes kaki patah disebabkan tulang yang lemah, yang biasa dialami golongan warga emas? Tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dikaitkan dengan osteoporosis, penyakit yang ramai gelar sebagai ‘penyakit senyap’. Menurut Perikatan Kesihatan Tulang Malaysia (BHAM), ancaman osteoporosis dijangka akan meningkatkan kes kaki patah di Malaysia sebanyak 3.5 kali ganda dalam tempoh 2018 sehingga 2050. Peningkatan drastik yang merupakan tertinggi di Asia itu juga akan melibatkan kos perkhidmatan kesihatan melebihi RM530 juta menjelang 2050. Sehubungan itu, BHAM mempergiat usahanya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang…
KATAKANLAH, selepas merangka belanjawan bulanan, anda dapati ada lebihan RM100 yang tak tahu nak dibuat apa. Jumlahnya mungkin sedikit, terutamanya dalam ekonomi semasa. Namun, ada beberapa pilihan yang boleh dipertimbang. Sama ada untuk disimpan, dilabur atau dibelanja, berikut merupakan pilihan yang boleh anda ambil. Simpan dalam tabung kecemasan Jika anda belum ada tabung kecemasan, buat tabung dengan RM100 itu. Jika anda sudah ada tabung kecemasan, tambah simpanan dengan RM100 itu. Nampak macam tak banyak tapi kalau anda konsisten menyimpan (atau tambah simpanan) RM100 sebulan, lama-lama jadi bukit juga. Pakar mencadangkan tabung kecemasan dengan nilai tiga hingga enam bulan perbelanjaan. Kalau…
PERANG Dunia Kedua meninggalkan kesan dalam kepada dunia. Puluhan juta nyawa melayang, termasuk enam juta Yahudi yang dibunuh dalam peristiwa Holocaust. Tahun-tahun selanjutnya, dunia dalam suasana memulih dengan penuh harapan. Negara-negara berganti merdeka, menyambut kebebasan dari penjajahan. Di tanah ini juga, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948. Ia antara langkah awal sebelum negara merdeka sepenuhnya. Namun, jauh di barat laut dari tanah ini, ada derita panjang yang lahir. Tahunnya 1948, bencana – atau nakba – bermula. Perjanjian penjajah penipu Sedikit sorotan sejarah. Pada 16 Mei 1916, dua diplomat, masing-masing mewakili Britain dan Perancis, duduk merenung peta. Mata mereka tertancap pada…
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan, serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya kerana penindasan berpuluh tahun Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau berkata demikian dalam taklimatnya kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berkenaan keadaan terkini konflik Israel-Palestin di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Oktober. Jelas beliau, rakyat Palestin telah menderita selama 56 tahun (bermula Perang Enam Hari dan Naksa) apabila tanah mereka dirampas, berhadapan keganasan, kegawatan ekonomi, pengusiran serta kemusnahan tempat tinggal. “Walau bagaimanapun, kesengsaraan rakyat Palestin tidak boleh menjustifikasikan serangan dahsyat oleh Hamas, dan serangan dahsyat oleh Hamas tidak…
PERJALANAN kerjaya akan menjadi berganda mudah apabila persekitaran pejabat cukup selesa dan menyenangkan, termasuk dari segi hubungan dengan rakan sekerja. Ada masa, hubungan kerja menjadi kekok dan tegang, sebahagiannya kerana perselisihan generasi. Pekerja senior ada ego, pekerja junior ada degilnya sendiri. Jika hubungannya damai, banyak kelebihan boleh diperoleh daripada dinamik pekerja senior dan junior. Yang senior boleh jadi mentor dan yang junior membantu pekerja lain menghadapi peredaran zaman. Sehubungan itu, Relevan ingin membantu anda membaja hubungan damai antara senior-junior di pejabat. Kami kongsikan 15 bentuk sokongan yang boleh diberikan seorang senior kepada junior, menurut 15 ahli Majlis Jurulatih Forbes. Fahami nilai…
ADA orang kata betik ialah buah kebangsaan untuk Malaysia. Pengesahannya tiada tetapi yang pasti, betik bukan buah yang asing untuk rakyat Malaysia. Di kampung-kampung, pokok betik banyak ditanam di halaman rumah. Nak tanam senang, nak jaga pun senang. Malah, ia sangat praktikal untuk kehidupan di kampung. Buahnya kalau ranum boleh dimakan terus, kalau muda boleh digulai. Pucuknya boleh dibuat ulam. Selain itu, buahnya juga banyak khasiat. Waktu kecil dulu, kalau sembelit, memang mak ayah cari betik dulu. Kembara nyahtinja jadi lancar dan nyaman selepas makan betik. Di sini Relevan ingin kongsikan lapan khasiat betik untuk kesihatan menurut sains. Fakta ini…
SAYA buka anekdot ini dengan suapan data dan nombor buat anda. 2024 akan menjadi tahun ke-26 negara membentang belanjawan defisit. Pada 2022, defisit kita tinggi: 5.6 peratus. Pastilah puncanya Covid-19, kita sedang berusaha untuk pulih. Belanjawan 2023 pula menyasarkan defisit 5.0 peratus. Dalam Belanjawan 2024, sasaran defisit terus berkurang kepada 4.6 peratus. Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran sukar, untuk mencapai defisit 3.2 peratus menjelang 2025. Nombor seterusnya: hutang dan liabiliti negara melepasi paras RM1.5 trilion, bersamaan 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hutang tinggi, terutamanya dalam mata wang tempatan tidak begitu bermasalah tetapi,…