Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba – PBB

    Serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba – PBB

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEADAAN bandar Ashkelon di Israel selepas serangan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023. - GAMBAR AFP

    SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan, serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya kerana penindasan berpuluh tahun Israel terhadap rakyat Palestin.

    Beliau berkata demikian dalam taklimatnya kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berkenaan keadaan terkini konflik Israel-Palestin di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Oktober.

    Jelas beliau, rakyat Palestin telah menderita selama 56 tahun (bermula Perang Enam Hari dan Naksa) apabila tanah mereka dirampas, berhadapan keganasan, kegawatan ekonomi, pengusiran serta kemusnahan tempat tinggal.

    “Walau bagaimanapun, kesengsaraan rakyat Palestin tidak boleh menjustifikasikan serangan dahsyat oleh Hamas, dan serangan dahsyat oleh Hamas tidak boleh menjustifikasikan hukuman kolektif (oleh Israel) terhadap rakyat Palestin,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perang Israel-Gaza di mata anak Palestin

    Guterres turut mengecam tindakan Israel yang secara jelas melanggar undang-undang kemanusiaan dengan mengebom Gaza secara berterusan, mengorbankan nyawa orang awam dan memusnahkan tempat tinggal.

    Pihaknya menegaskan supaya semua pihak terlibat mengambil langkah berjaga-jaga dalam operasi ketenteraan agar tidak mencederakan orang awam serta menghormati dan melindungi hospital selain fasiliti PBB.

    Kata beliau, setakat ini, sekurang-kurangnya 35 anggota PBB yang bekerja untuk Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) telah terbunuh akibat pengeboman di Gaza.

    “Perlindungan terhadap orang awam adalah yang paling utama dalam mana-mana konflik bersenjata. Melindungi orang awam tidak pernah bermakna menggunakan mereka sebagai perisai manusia.

    “Melindungi orang awam tidak bermakna mengarahkan lebih sejuta orang untuk berpindah ke selatan, ke tempat yang tiada tempat berlindung, tiada makanan, tiada air, tiada perubatan dan tiada bahan bakar, kemudian mengebom kawasan itu,” katanya.

    Bekalan bantuan

    Satu lagi kebimbangan yang disuarakan Guterres ialah bekalan bahan api oleh PBB yang semakin kehabisan di Gaza.

    Kata beliau, tanpa bahan api, bantuan tidak dapat dihantar, hospital tiada kuasa dan air minuman tidak dapat dibersihkan atau dipam.

    Walaupun bantuan kemanusiaan sudah dapat memasuki Gaza, jelas beliau, ia hanya “setitik bantuan dalam selautan keperluan”.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kekejaman Israel terhadap Palestin

    Untuk rekod, Israel telah menghentikan bekalan elektrik, makanan, air dan bahan api ke Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

    “Rakyat Gaza memerlukan penghantaran bantuan berterusan pada tahap yang sejajar dengan keperluan yang sangat besar. Bantuan perlu dihantar tanpa sebarang larangan.

    “Saya menyanjung rakan sekerja dari PBB dan rakan kongsi kemanusiaan di Gaza yang bekerja dalam keadaan bahaya serta merisikokan nyawa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mereka adalah inspirasi.

    “Bagi mengurangkan kesengsaraan, jadikan penghantaran lebih mudah dan selamat serta memudahkan pelepasan tebusan. Saya mengulangi rayuan untuk gencatan senjata kemanusiaan segera,” katanya.

    Penyelesaian dua negara

    Menurut Guterres, hanya terdapat satu penyelesaian realistik untuk konflik Israel dengan Palestin, iaitu penyelesaian dua negara (two-State solution).

    Bagi beliau, rakyat Israel mesti dapat melihat keperluan sah mereka untuk keselamatan direalisasi dan rakyat Palestin mesti dapat mencapai hasrat mereka untuk negara yang merdeka, selari dengan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian terdahulu.

    “Akhirnya, kita mesti jelas dengan prinsip mengangkat maruah manusia. Polarisasi dan ketidakperikemanusiaan dipacu tsunami maklumat palsu.

    “Kita harus bangkit menentang antisemitisme, antiketaksuban Muslim dan semua bentuk kebencian,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleSarang burung paling ‘gila’, bukti kepintaran gagak dan murai
    Next Article 8 kerjaya dengan permintaan tinggi pada 2024

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.