Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa boleh dibuat dengan lebihan RM100 setiap bulan?

    Apa boleh dibuat dengan lebihan RM100 setiap bulan?

    By October 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KATAKANLAH, selepas merangka belanjawan bulanan, anda dapati ada lebihan RM100 yang tak tahu nak dibuat apa.

    Jumlahnya mungkin sedikit, terutamanya dalam ekonomi semasa. Namun, ada beberapa pilihan yang boleh dipertimbang.

    Sama ada untuk disimpan, dilabur atau dibelanja, berikut merupakan pilihan yang boleh anda ambil.

    • Simpan dalam tabung kecemasan

    Jika anda belum ada tabung kecemasan, buat tabung dengan RM100 itu. Jika anda sudah ada tabung kecemasan, tambah simpanan dengan RM100 itu.

    Nampak macam tak banyak tapi kalau anda konsisten menyimpan (atau tambah simpanan) RM100 sebulan, lama-lama jadi bukit juga.

    Pakar mencadangkan tabung kecemasan dengan nilai tiga hingga enam bulan perbelanjaan. Kalau belum mampu menyimpan sebanyak itu, tak apa. Yang penting anda berusaha menyimpan. Pelan-pelan asal non-stop, kata Jason Ranti.

    Kalau mahu pulangan, boleh juga pilih akaun simpanan dengan kadar faedah yang tinggi. Sekurang-kurangnya, faedah yang ada boleh diguna untuk melawan inflasi.

    • Bayar hutang

    Lebihan RM100 setiap bulan boleh bantu anda menyelesaikan hutang dengan lebih cepat, sekali gus boleh jimatkan bayaran faedah.

    Sama ada hutang kad kredit, pendidikan atau aset, tambah RM100 dalam bayaran bulanan anda. 

    Utamakan hutang dengan kadar faedah paling tinggi sebab hutang itu yang paling menekan kewangan anda. Kalau dapat selesaikan awal, lebih banyak lebihan wang dapat digunakan nanti.

    • Mulakan pelaburan

    Tak semua orang sukakan pelaburan kerana bagi sesetengah orang, ia rumit. Tapi sudah ada banyak pilihan pelaburan sekarang, termasuk dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

    Ada banyak pilihan pelaburan yang ada tetapi yang terbaik untuk pemula pastinya pelaburan yang rendah kos dan rendah risiko, seperti dana dagangan bursa (ETF).

    Gunakan aplikasi robo-advisor jika anda belum cukup yakin mahu melabur sendiri. Lebih baik lagi, dalam proses itu, sertai kelas pelaburan yang dipercayai supaya kemahiran anda bertambah seiring dengan pendapatan.

    • Melabur dalam diri sendiri

    Wang lebihan itu juga boleh digunakan untuk menambah kemahiran dan pengetahuan sendiri.

    Gunakannya untuk menyertai kelas atau kursus kemahiran. Menjahit, memasak, kemahiran teknikal, penulisan atau pengajian al-Quran, pilih sahaja ilmu apa yang anda mahu tambah.

    Kemahiran dan pengetahuan itu pastinya bermanfaat malah boleh membantu anda untuk menambah pendapatan. Ini maknanya melabur dalam diri sendiri. – RELEVAN

    featured kewangan kewangan peribadi tip kewangan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.