Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyakit jantung iskemia punca kematian utama untuk lelaki, pneumonia untuk perempuan

    Penyakit jantung iskemia punca kematian utama untuk lelaki, pneumonia untuk perempuan

    By October 30, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBANYAK 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia pada 2022 adalah disebabkan penyakit jantung iskemia.

    Itu merupakan sebahagian daripada dapatan dalam Perangkaan Sebab Kematian Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 30 Oktober.

    Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penyakit jantung iskemia kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia sejak lebih dua dekad, dengan pengecualian pada 2021 apabila Covid-19 menjadi punca kematian utama.

    Penyakit jantung iskemia juga merupakan punca kematian utama untuk lelaki (13,817 kes, 18.2 peratus) manakala pneumonia menjadi punca kematian utama untuk perempuan (7,201 kes, 14.3 peratus).

    “Penyakit jantung iskemia merupakan sebab utama kematian bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia dengan 17.3 peratus untuk Melayu, 14.7 peratus untuk Cina dan 21.1 peratus untuk India.

    “Kecuali (untuk) bumiputera lain yang merekodkan pneumonia (11.5 peratus) sebagai sebab kematian utama,” katanya.

    Kata Mohd. Uzir, selain daripada empat sebab kematian utama yang biasa berlaku di Malaysia, iaitu penyakit jantung iskemia, pneumonia, penyakit serebrovaskular dan kemalangan pengangkutan, terdapat juga sebab kematian unik yang lebih sinonim dengan kumpulan etnik tertentu.

    Contohnya, diabetes melitus lebih sinonim dengan kematian dalam kalangan etnik Melayu dan India manakala kanser lebih sinonim dengan etnik Cina.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 sebab utama kematian di Malaysia pada 2021

    Sebanyak 206,525 kematian direkodkan pada 2022 yang mana 126,268 atau 61.1 peratus adalah sebab kematian yang disahkan secara perubatan dan 80,257 atau 38.9 peratus adalah sebab kematian yang tidak disahkan secara perubatan.

    Penyakit jantung iskemia merujuk kepada keadaan jantung yang melemah akibat tidak mendapat aliran darah yang mencukupi.

    Jelas Mohd. Uzir, malan gaya hidup dan pengambilan makanan yang tidak sihat adalah antara penyumbang kepada kematian disebab penyakit jantung iskemik.

    “Ini disokong oleh kenyataan Kementerian Kesihatan, iaitu penyakit jantung iskemik berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan plak kolesterol.

    “Faktor utama penyakit ini termasuk merokok, paras kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan faktor usia,” jelasnya.

    Kemalangan punca kematian belia

    Mengikut kumpulan umur, penyakit jantung iskemia menjadi sebab kematian utama untuk penduduk berumur 41 hingga 59 tahun dan 60 tahun ke atas, masing-masing pada 20 dan 16.7 peratus.

    19.2 peratus penduduk belia berumur antara 15 hingga 40 tahun pula meninggal dunia disebabkan kemalangan pengangkutan, menjadikannya sebab kematian utama untuk kumpulan umur tersebut.

    Pneumonia pula menjadi punca kematian utama bagi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun.

    Sementara itu, semua negeri di Malaysia mencatatkan penyakit jantung iskemia sebagai sebab kematian utama pada 2022, kecuali Sabah dan Sarawak.

    Di Sabah dan Sarawak, pneumonia menjadi sebab kematian utama.

    “Kelantan merekodkan peratusan tertinggi bagi penyakit jantung iskemia, iaitu 23.3 peratus diikuti Perlis sebanyak 23.1 peratus dan Melaka sebanyak 20.0 peratus,” kata Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.