KU SYAFIQ KU FOZI

ADA lebih 700 juta manusia di seluruh dunia hidup dengan pendapatan kurang RM10 sehari. Letak diri anda dalam kasut mereka. Kalau sehari hanya mampu buat RM10 (maknanya sebulan hanya RM300), apa strategi anda untuk terus hidup? Mahu tinggal mana? Mahu makan apa? Nak ke sana-sini naik apa? Begitulah situasi manusia yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar. Mereka tidak mampu hidup normal macam kita – hidupnya bergantung pada ihsan dan pemberian orang. Kerajaan-kerajaan dunia sudah melabur bertrilion dolar untuk menghapuskan kemiskinan tegar tapi sehingga sekarang, hasilnya belum kelihatan. Kenapa? Seekor kambing, sebuah radio Seperti juga kemiskinan, punca ia gagal dihapuskan…

Read More

Bermula Ogos hingga Januari lalu, sebuah segmen unik mengisi ruang frekuensi stesen radio Rakita. Namanya RabakLit FM, isinya perbincangan tentang buku alternatif. Untuk musim pertama, sebanyak 13 episod sudah ke udara. Pelbagai isu dibahas, tokoh buku dijemput dan berpuluh buku dibedah.  Selepas tiga bulan sepi, RabakLit FM kini kembali dengan acara yang menjadi penutup kegemilangan musim pertama siarannya – RabakLit FM: The Aftermath. Bermula 2 hingga 7 petang, ia akan diadakan di Spacerubix, Taman Perindustrian Puchong pada 27 April ini. Penutup ini juga unik – atau lebih tepat, alternatif – kerana berbeza dengan keraian lain, ia tidak menawarkan pesta meriah…

Read More

IDEA menjadi manusia sering dikaitkan dengan pertumbuhan. Dari bayi menuju dewasa, fizikal kita menumbuh dan membesar. Tapi, jika umur panjang, tubuh kita akan berhenti menumbuh. Malah, bakal menyusut. Betulkah manusia hidup hanya untuk tumbuh? Dalam wacana kewangan peribadi juga kita akan didesak untuk tumbuh. Jika hari ini pendapatan RM2,000, usahakan untuk ia berganda. Cari kerja tambahan, lompatkan kerjaya untuk gaji lebih tinggi dan belajar melabur; wang dianggap seperti benih pokok yang sepatutnya semakin membesar dan meninggi. Tapi pokok juga akan mati. Sampai bila? Artikel ini ditulis untuk mengajak anda berfikir semula tentang makna kehidupan dan kekayaan.  Sukar untuk kita lari…

Read More

“ORANG lesu (burnout) di tempat kerja bukan sebab kerjanya susah tapi sebab mereka tak ada kawan,” kata penulis dan futuris, Erwin Raphael McManus. Petikan kata-katanya dalam podsiar bersama The Minimalist itu bersunyi dalam kebingitan nasihat supaya orang tidak buat kawan di tempat kerja – bagi sesetengah orang, kerja hanya platform untuk kita terima gaji, maka jangan campurkan kehidupan peribadi dalam pekerjaan. Namun, McManus membawa nasihat yang berbeza. Baginya, kawan di tempat kerja yang menjadikan sesebuah kerja mudah, malah menyeronokkan. “Saya tahu bahawa kerja yang susah boleh jadi menyeronokkan jika kita ada kawan dan kerja yang mudah boleh jadi sukar jika kita…

Read More

KERJA jarak jauh kini semakin menjadi kebiasaan, terutamanya selepas pandemik Covid-19. Sebab pandemik membuktikan yang kerja boleh berjalan tanpa pekerja masuk pejabat. Ini membolehkan pekerjaan nomad digital menjadi antara trend baharu yang popular, terutamanya di luar negara. Dengan menjadi nomad, pekerja boleh mengembara tanpa meninggalkan tanggungjawab kerja. Trend seperti itu juga membuka peluang untuk negara-negara mempromosikan pelancongan berasaskan pekerjaan di negara masing-masing. Untuk itu, platform sumber manusia global, Remote menerbitkan laporan komprehensif tentang negara-negara yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh terbaik. Komponen dan kedudukan Remote mengambil kira lapan komponen penting bagi menentukan negara atau bandar yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh…

Read More

ADA masa kita tak perasan, tiba-tiba saja wang di bank tinggal dua angka. Gaji lagi 10 hari, duit makan pun dah tak cukup. Apa nak buat? Ini bukan masalah kecelikan kewangan semata-mata. Ada orang dah buat belanjawan, dah cuba kawal perbelanjaan dan buat tabungan kecemasan tetapi banyak faktor boleh jadi sebab kita pokai pada hujung bulan. Belanja mengejut datang tak berbau. Kereta rosak, pinjaman keluarga atau masalah kesihatan – semua ini sukar dijangka dan tak semua orang punya pendapatan cukup untuk membina perisai kewangan yang utuh. Lebih-lebih lagi selepas perayaan, tanpa dirancang kita perlu keluar belanja beli mi kuning, kordial…

Read More

TAHUN ini, peminat muzik Malaysia dihadiahkan dengan banyak lagu raya baharu. Yang alamak alamak ada, ketipak ketipung ada, yang healing, redup dan teduh pun ada. Tapi ada dua lagu yang memilih jalan berbeza: tidak banyak formula lagu raya lazim yang diguna pakai, liriknya pula meneroka perasaan yang tidak banyak dibincang dalam lagu raya nostalgia lain.  Disebabkan dua lagu ini membawa perbezaan, kisahnya yang paling menarik untuk ditulis. Maka, mari Relevan bawa anda mendalami dua lagu raya yang berani menyalakan lampu isyarat lalu masuk ke simpang yang akan memisahkan mereka dengan lagu raya popular lain. Eid Mudarat oleh The Fridays https://open.spotify.com/track/2aov7E7mHDVh1ECDMHudmm?si=24643650d45c4bec Kita pernah ada lagu…

Read More

KADAR pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus sementara bilangan penganggur terus mencatatkan penurunan kepada kira-kira 567,000 orang. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan tersebut merekodkan peningkatan bulan ke bulan, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus kepada 17.07 juta orang. Kata beliau, kadar penyertaan tenaga buruh pada Februari juga kekal pada 70.2 peratus seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya. “Daripada jumlah penduduk bekerja pada Februari, 75.2 peratus berada dalam kategori pekerja yang merekodkan sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.41 juta orang. “Begitu juga, kategori penduduk bekerja sendiri berada pada trend meningkat, naik…

Read More

PUASA 27 Ramadan saya dibuka dengan artikel “5 evergreen Aidilfitri songs chosen by Malaysian artistes” yang ditulis oleh Terence Toh di portal Free Malaysia Today. Dalam artikel tersebut, Terence mendapatkan pandangan lima seniwan, iaitu Leaism, Fuad Alhabshi  (Kyoto Protocol), Jack Malik (penyajak), Bihzhu dan Azmyl Yunor tentang lagu raya kegemaran mereka. Kelima-lima seniwan itu kegemaran saya tetapi yang lebih penting, idea mengorek pandangan tentang produk seni oleh seniwan sendiri itu baik dan patut digalakkan. Oleh itu, dengan sisipan maaf buat Terence, saya mahu lanjutkan idea itu dalam artikel ini. Cuma saya memilih kelompok yang lebih spesifik, iaitu penyanyi wanita baharu dan…

Read More

PADA usia 31 tahun, dahi Naim sudah jelas menunjukkan huruf M. Ubun-ubunnya juga semakin melapang. Waktu berseorang dalam bilik air, di hadapan cermin, Naim cuba suntik keyakinan. “Ini garis rambut gaya Bezita,” gumamnya dalam hati tapi keyakinan Naim akan berkecai semula sepulangnya dia ke kampung untuk menyambut Aidilfitri nanti. Pak Long – yang sah-sah tak kenal siapa itu Bezita – akan menyindir, kata otak Naim terlalu besar sebab itu dahinya semakin tahun semakin hilang rambut. Kemudian perut Naim ditepuk-tepuk. “Entah-entah otak besar dia dah jatuh sikit ke perut, sebab tu besar macam orang kena busung!” Pak Long bergurau dan guraunya…

Read More