Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh, duduki tempat ke-22 dunia

    Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh, duduki tempat ke-22 dunia

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KUALA Lumpur tersenarai sebagai antara destinasi kerja jarak jauh terbaik dunia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KERJA jarak jauh kini semakin menjadi kebiasaan, terutamanya selepas pandemik Covid-19. Sebab pandemik membuktikan yang kerja boleh berjalan tanpa pekerja masuk pejabat.

    Ini membolehkan pekerjaan nomad digital menjadi antara trend baharu yang popular, terutamanya di luar negara. Dengan menjadi nomad, pekerja boleh mengembara tanpa meninggalkan tanggungjawab kerja.

    Trend seperti itu juga membuka peluang untuk negara-negara mempromosikan pelancongan berasaskan pekerjaan di negara masing-masing.

    Untuk itu, platform sumber manusia global, Remote menerbitkan laporan komprehensif tentang negara-negara yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh terbaik.

    Komponen dan kedudukan

    Remote mengambil kira lapan komponen penting bagi menentukan negara atau bandar yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh terbaik, iaitu:

    • Infrastruktur internet
    • Daya tarikan
    • Keterbukaan
    • Kualiti hidup
    • Insentif untuk pekerja jarak jauh
    • Kos sara hidup
    • Keselamatan
    • Inflasi

    Melalui penilaian tersebut, 10 bandar menjadi destinasi terbaik, iaitu:

    1. Madrid, Sepanyol
    2. Madeira, Portugal
    3. Toronto, Kanada
    4. Auckland, New Zealand
    5. Tokyo, Jepun
    6. Paris, Perancis
    7. Portland, Maine
    8. Taipei, Taiwan
    9. Stockholm, Sweden
    10. Reykjavik, Iceland

    Kuala Lumpur berada di tangga ke-22, meningkat 62 anak tangga daripada kedudukan ke-84 pada 2022.

    Malah, Kuala Lumpur juga menjadi antara negara terbaik dari segi destinasi yang menawarkan insentif kepada pekerja jarak jauh, iaitu tempat keempat daripada kesemua negara dunia.

    Selain ranking utama dan komponen penilaian, berikut merupakan dapatan-dapatan penting lain dalam laporan tersebut.

    Fakta menarik 10 terbaik

    • Dua tempat tertinggi Destinasi Terbaik untuk Kerja Jarak Jauh dihuni oleh negara yang berjiran, iaitu Sepanyol dan Portugal. Dua bandar yang terpilih ialah Madrid dan Madeira. 
    • Hanya satu bandar dalam Amerika Syarikat (AS) berjaya menduduki tempat 10 teratas, iaitu Portland, yang terletak dalam negeri Maine. 
    • Toronto, Kanada yang menduduki tempat pertama pada laporan sebelumnya jatuh ke tangga ke-3.
    • Dalam laporan sebelumnya, Taipei merupakan destinasi Asia dengan kedudukan tertinggi pada tempat ke-22. Kali ini, Tokyo mengambil alih di tempat ke-5. Malah, Tokyo juga mengambil alih kedudukan bandar terbaik Jepun yang sebelum ini dimiliki Mishima.
    • Daripada 25 destinasi terbaik, terdapat 12 bandar di Eropah, enam di Amerika Utara dan empat di Asia.

    Kos sara hidup terendah

    Kos sara hidup sesebuah destinasi diambil kira berdasarkan tahap harga barangan dan perkhidmatan, terutamanya kos perumahan.

    Dalam laporan Remote, tiga destinasi menduduki tempat tertinggi untuk komponen ini, iaitu Bangkok, Thailand; Taipei, Taiwan dan Madeira, Portugal.

    Kualiti hidup terbaik

    Kualiti hidup diukur dengan pelbagai tahap kegembiraan penduduk. Namun, kerana ukuran tersebut subjektif, faktor objektif lain turut diambil kira, seperti tahap pencemaran udara.

    Tiga destinasi terbaik yang mendapat tempat tertinggi ialah Victoria, Kepulauan Seychelles; Bridgetown, Barbados dan Helsinki, Finland.

    Destinasi paling terbuka

    Satu-satu destinasi dianggap terbuka jika masyarakatnya bersedia menerima perbezaan, manakala tahap ketelusan kerajaannya tinggi.

    Untuk komponen ini, Bern yang terletak di Switzerland, Auckland di New Zealand dan Copenhagen di Denmark adalah yang paling cemerlang.

    Destinasi inflasi terendah

    Inflasi merupakan komponen terbaharu yang dimasukkan dalam laporan Remote. Ia diukur berdasarkan kadar inflasi terkini dan trend masa hadapan yang memberi gambaran kepada kestabilan ekonomi destinasi tersebut.

    Tiga destinasi dengan kedudukan terbaik ialah Tokyo, Jepun; Panama City, Panama dan Quito, Ecuador.

    Tempat paling menarik untuk didiami

    Komponen ini melihat daya tarikan yang ditawarkan sesebuah destinasi, termasuk tarikan alam semula jadi, bandar, budaya dan sebagainya.

    Miami, Florida; Honolulu, Hawaii dan Madrid, Sepanyol merupakan tiga destinasi terbaik untuk komponen ini.

    Insentif pekerja jarak jauh

    Insentif yang ditawarkan pekerja jarak jauh di sesebuah destinasi juga diambil kira dalam penilaian Remote. Insentif tersebut termasuk visa istimewa, insentif kewangan, insentif cukai dan kelebihan lain yang ditawarkan sesebuah bandar atau negara.

    Lima destinasi terbaik yang menawarkan insentif jarak jauh ialah Madrid, Sepanyol; Madeira, Portugal; Bangkok, Thailand; Kuala Lumpur, Malaysia dan Bridgetown, Barbados. – RELEVAN

    Previous ArticlePokai di hujung bulan, apa yang boleh dibuat?
    Next Article Penyelidik rungkai deria rasa pahit, hasilkan ubat obesiti dan diabetes

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.