Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran Februari kekal 3.3%, bilangan penganggur terus berkurang

    Kadar pengangguran Februari kekal 3.3%, bilangan penganggur terus berkurang

    By April 8, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus sementara bilangan penganggur terus mencatatkan penurunan kepada kira-kira 567,000 orang. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KADAR pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus sementara bilangan penganggur terus mencatatkan penurunan kepada kira-kira 567,000 orang.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan tersebut merekodkan peningkatan bulan ke bulan, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus kepada 17.07 juta orang.

    Kata beliau, kadar penyertaan tenaga buruh pada Februari juga kekal pada 70.2 peratus seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

    “Daripada jumlah penduduk bekerja pada Februari, 75.2 peratus berada dalam kategori pekerja yang merekodkan sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.41 juta orang.

    “Begitu juga, kategori penduduk bekerja sendiri berada pada trend meningkat, naik sebanyak 0.3 peratus kepada 3.02 juta orang,” katanya dalam kenyataan pada 8 April.

    Sementara itu, dari segi sektor ekonomi, sektor perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

    Kata Mohd Uzir, sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja pada Februari.

    “Penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 79.8 peratus daripada jumlah penganggur.

    “Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.6 peratus manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah sebanyak 6.7 peratus.

    “Pada masa sama, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif berkurang sebanyak 0.1 peratus kepada kira-kira 114,600 orang,” terangnya.

    Seterusnya, kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun pada bulan tersebut kekal tidak berubah, iaitu pada 10.6 peratus dengan kira-kira 306,600 penganggur belia.

    Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun pula, menurut Mohd. Uzir, adalah sebanyak 6.6 peratus dengan kira-kira 434,800 orang.

    “Mengenai kumpulan tidak aktif, terdapat sedikit penurunan, iaitu sebanyak 0.01 peratus yang direkodkan dalam bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada Februari berbanding bulan sebelumnya, dengan jumlah seramai 7.23 juta orang.

    “Sebab utama penduduk berada di luar tenaga buruh adalah berikutan kerja rumah atau tanggungjawab keluarga, merangkumi 42.5 peratus.

    “Ini diikuti sebab bersekolah atau latihan sebanyak 41 peratus,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured kadar pengangguran kerjaya
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.