AMAL HAYATI FAUZI

TELEFON pintar ibarat teman karib dan menjadi sebahagian daripada kehidupan. Manusia hari ini tidak boleh lagi hidup tanpa alat elektronik ini. Malah ada yang menyatakan, telefon pintar dan capaian Internet adalah ciptaan yang merevolusikan dunia seperti kereta dan kapal terbang. Bagaimanapun masalah dengan alat ini,  jangka hayatnya tidak panjang  jika tidak dijaga dengan betul. berikut ialah punca yang diam-diam makan bateri telefon. Mod getaran untuk notifikasi Telefon juga ‘letih’ seperti manusia. Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan di EverydayPhone, David Steele, notifikasi bergetar sentiasa membuat telefon bekerja lebih keras. Seperti manusia telefon juga perlu berehat untuk mengelakkan ‘burnout’. Anda mempunyai aplikasi ini…

Read More

KUBIS goreng sering menjadi hidangan sampingan popular dalam sajian ayam gepuk. Gabungan rasa lemak dan rangup menjadikannya kegemaran ramai. Bagaimanapun, di sebalik keenakan tersebut timbul satu persoalan, adakah pengambilan kubis goreng boleh meningkatkan risiko kanser? Kubis merupakan sayuran berkhasiat Secara semula jadi, kubis ialah sayuran yang kaya dengan serat, vitamin C serta antioksidan yang berperanan menyokong kesihatan tubuh. Ia bukanlah makanan yang berbahaya apabila diambil dalam keadaan segar. Isu kesihatan hanya mula timbul apabila kubis dimasak melalui proses menggoreng pada suhu yang terlalu tinggi, terutamanya sehingga garing sehingga warna bertukar kehitaman. Pembentukan “acrylamide” akibat suhu tinggi Apabila makanan yang mengandungi…

Read More

WANITA selalunya menjadi individu yang paling banyak memberi. Kita menjaga keluarga, urusan kerja, penuhi tanggungjawab sosial dan dalam masa sama cuba memenuhi jangkaan orang lain.  Namun dalam kesibukan itu, ada satu perkara yang sering tercicir – diri sendiri. Apabila bercakap tentang penjagaan diri, ramai membayangkan rawatan seperti facial, urutan badan, manicure dan pedicure atau mandian spa yang menenangkan. Namun, kebiasaannya setiap rawatan ini memerlukan kita berkunjung ke lokasi yang berasingan.  Bagi wanita muslimah, ada pula pertimbangan tambahan yang sering menjadi persoalan – adakah ruangnya tertutup? Adakah perawatnya semua wanita? Adakah privasi benar-benar terjaga? Ini adalah kebimbangan biasa yang jarang disebut…

Read More

FENOMENA alam dan astronomi yang jarang terjadi dalam satu bulan menjadikan Februari 2026 begitu istimewa. Sepanjang bulan ini, beberapa perubahan fasa bulan dan cerapan hilal ramadan dijangka berlaku. Berikut ialah senarai tarikh penting berdasarkan maklumat rasmi daripada Agensi Angkasa Malaysia (MySA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim): 2 Februari : Bulan purnama Bulan mencapai fasa purnama sepenuhnya pada pukul 6.09 pagi. Fenomena ini turut menyebabkan pasang besar yang biasa berlaku ketika bulan penuh atau tiba bulan baharu. 9 Februari : Bulan sukuan akhir (ketiga) Bulan memasuki fasa sukuan akhir pada pukul 8:43 malam, menandakan separuh akhir kitaran lunar sebelum beralih…

Read More

SETIAP kita pasti pernah membandingkan diri dengan kehidupan atau pencapaian orang lain. Menurut Talent Labs, tekanan daripada budaya produktiviti dan keperluan untuk sentiasa sibuk boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.  Berikut merupakan beberapa situasi dan realiti yang kerap dialami apabila kita merasakan diri seolah-olah ketinggalan di belakang: Perbandingan boleh memakan diri Semakin meningkat dewasa, anda mula melihat orang lain memulakan kehidupan dengan pelbagai kejayaan seperti naik pangkat, membina bisnes sampingan dan menambah kemahiran baharu.  Walhal, anda pula masih berusaha mengurus tenaga sendiri dan menyesuaikan hidup mengikut kemampuan peribadi. Kadang kala, rasa mahu mempercepatkan masa agar sampai ke titik hidup…

Read More

PENGGUNAAN “aluminium foil” atau kerajang aluminium sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Ia sering digunakan untuk membungkus lebihan makanan dan memanggang ikan, ayam atau daging. Ramai menganggap kerajang aluminium selamat digunakan tanpa sebarang keraguan kerana ia praktikal dan harganya yang murah. Bagaimanapun, ada risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian. Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan kerajang aluminium yang tidak betul boleh berisiko disebabkan kandungan logamnya yang meresap ke dalam makanan.  Bagaimana aluminium boleh meresap ke dalam makanan? Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Bioscience pada Disember 2024 mendapati bahawa ikan yang dipanggang menggunakan kerajang aluminium pada suhu tinggi menunjukkan tahap…

Read More

ADA hari-hari tertentu terasa malas untuk melangkah keluar dari rumah. Cuaca tidak menentu atau keletihan selepas seharian bekerja menjadi alasan untuk melakukan “brisk walk. Sebenarnya ada alternatif mudah – menggunakan tangga di rumah sendiri. Jika dimanfaatkan sebaiknya, menaiki tangga mampu menjadi jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Senaman mudah tanpa perlu keluar rumah Setiap langkah menaiki tangga dapat meningkatkan kadar denyutan jantung sama ada berjalan secara pantas atau berlari. Inilah yang menjadikan naik tangga satu bentuk senaman ringan walaupun dilakukan dalam tempoh singkat. Menerusi laporan oleh British Broadcasting Corporation (BBC), satu kajian mendapati peningkatan kecergasan aerobik melalui aktiviti naik turun…

Read More

PERNAHKAH anda merasa kulit kepala terlalu gatal atau rambut mudah gugur secara mendadak? ini petanda awal yang perlu diberi perhatian kerana tidak mustahil kesihatan dalaman sedang bergelut dengan penyakit secara senyap. Berikut beberapa punca utama rambut rosak serta langkah pencegahannya. Punca rambut rosak Kekurangan zat besi dan anemia Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (darah) yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila tahap zat besi rendah, folikel rambut (akar rambut) mengalami kekurangan oksigen. Oleh sebab itu, pertumbuhan rambut menjadi lemah. Akibatnya, rambut gugur secara menyeluruh dan menjadi semakin nipis. Gangguan tiroid Kelenjar tiroid memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme dan…

Read More

APABILA mula bekerja, dua nama organisasi ini akan dicatatkan pada slip gaji – KWSP dan Perkeso. Walaupun sering disebut bersama, kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza. Berikut merupakan perkara asas yang wajib anda tahu mengenai dua organisasi yang mempunyai kesan besar terhadap kehidupan kerja anda. Apa Itu KWSP? KWSP ialah singkatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Employees Provident Fund (EPF). Ia skim simpanan persaraan wajib bagi pekerja di Malaysia dengan tujuan membantu pekerja mempunyai simpanan kewangan apabila bersara kelak. Siapa yang menyumbang? Pekerja dan majikan sama-sama menyumbang. Bagaimanapun, majikan akan lakukan perkara berikut: Menolak caruman pekerja…

Read More

MELAMBATKAN waktu makan atau kerap berlapar menjadi kebiasaan kepada ramai individu terutama yang sibuk bekerja atau pelajar universiti yang sibuk menyiapkan tugasan.  Bagaimanapun, tabiat ini memberi lebih banyak kesan negatif kepada tubuh badan dan kesejahteraan mental jika berterusan. Menurut Eating Well, berikut merupakan akibat daripada melambatkan makanan.  Emosi tidak stabil Apabila badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama, ia menyebabkan paras gula dalam darah menurun. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak hormon stres. Akibatnya, individu sering rasa resah, cemas dan sukar mengawal emosi. Jika tabiat sentiasa berlapar sukar dibendung, ia boleh menjejaskan kesihatan mental untuk tahun mendatang. Mudah…

Read More