Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 5, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kubis goreng boleh mengundang kanser ? - GAMBAR HIASAN CHATGPT

    KUBIS goreng sering menjadi hidangan sampingan popular dalam sajian ayam gepuk. Gabungan rasa lemak dan rangup menjadikannya kegemaran ramai. Bagaimanapun, di sebalik keenakan tersebut timbul satu persoalan, adakah pengambilan kubis goreng boleh meningkatkan risiko kanser?

    Kubis merupakan sayuran berkhasiat

    Secara semula jadi, kubis ialah sayuran yang kaya dengan serat, vitamin C serta antioksidan yang berperanan menyokong kesihatan tubuh. Ia bukanlah makanan yang berbahaya apabila diambil dalam keadaan segar.

    Isu kesihatan hanya mula timbul apabila kubis dimasak melalui proses menggoreng pada suhu yang terlalu tinggi, terutamanya sehingga garing sehingga warna bertukar kehitaman.

    Pembentukan “acrylamide” akibat suhu tinggi

    Apabila makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein dimasak pada suhu tinggi, ia akan mengalami tindak balas kimia yang dikenali sebagai reaksi “Maillard”. Proses ini boleh menghasilkan sebatian kimia yang dinamakan “acrylamide” (bahan berisiko kepada kesihatan jika diambil secara kerap).

    Kajian menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan terhadap acrylamide, terutamanya dalam jangka masa panjang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kanser seperti kanser usus, payudara dan pankreas. Risiko ini lebih ketara apabila makanan bergoreng diambil secara kerap dan berterusan.

    Bahaya penggunaan minyak kitar semula

    Di sesetengah gerai atau restoran, minyak goreng sering digunakan berulang kali dan dipanaskan pada suhu tinggi bertukar warna gelap. Akibatnya, ia menghasilkan bahan kimia berbahaya seperti “aldehyde” (bahan kimia toksik yang terhasil daripada pemanasan minyak. Sebatian ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan menyumbang kepada risiko penyakit apabila diambil secara berterusan.

    Adakah kubis goreng boleh menyebabkan kanser ?

    Secara umumnya, pengambilan kubis goreng sekali-sekala tidak menyebabkan kanser secara langsung. Kanser biasanya berlaku akibat pengambilan makanan bergoreng secara kerap dalam jangka masa panjang. 

    Oleh itu, isu utama bukanlah tentang hidangan, tetapi kekerapan pengambilan makanan bergoreng serta kualiti penyediaannya.

    Cadangan pengambilan ayam gepuk dengan lebih selamat

    Bagi mengurangkan risiko kesihatan, beberapa langkah berikut boleh dipertimbangkan:

    • Elakkan makan bahagian makanan yang kelihatan hitam akibat hangit
    • Banyakkan makan sayur yang mentah dan tidak digoreng. Ulam-ulaman dapat meningkatkan pengambilan serat dan mengurangkan lemak.
    • Perhatikan kualiti minyak yang digunakan.
    • Kurangkan hidangan melibatkan makanan bergoreng -RELEVAN
    Previous Article8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    Next Article Punca bateri telefon sentiasa habis

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.