SEJURUS sahaja tamat pengajian, ramai di antara kita mahu terus mula bekerja untuk mencari wang bagi menampung kehidupan. Hidup sebagai orang dewasa bermakna perlu menjadi lebih bertanggungjawab dan sudah perlu menanggung pelbagai komitmen. Umum mengetahui kepentingan bekerja. Tetapi, bagaimana jika pekerjaan yang dilakukan itu membuatkan hidup lebih tertekan kerana tanggungjawab dan beban kerja? Jika ditanya apakah pekerjaan yang paling tidak bahagia di dunia, pekerjaan apakah yang terlintas di fikiran anda? Sekiranya anda memikirkan pekerjaan jawatan peringkat permulaan atau pekerjaan bergaji rendah sebagai pekerjaan yang paling tidak bahagia, fikirkan semula. Menurut kajian yang dilakukan selama 85 tahun oleh Universiti Harvard, pekerjaan…
Umi Fatehah
SETELAH seharian menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan, kita pasti akan tertunggu-tunggu azan Maghrib berkumandang untuk menikmati juadah berbuka puasa. Namun begitu, perasan atau tidak, kebiasaannya kaum perempuan sahaja yang bertungkus lumus melakukan persiapan untuk berbuka puasa. Begitu juga dengan waktu sahur, mereka juga yang perlu bangun lebih awal daripada ahli keluarga yang lain untuk menyiapkan juadah bersahur. Bermula daripada membeli bahan masakan, memasak, menghidang dan membasuh pinggan, kebanyakannya ibu atau adik beradik perempuan sahaja yang buat. Ramai antara kita yang berasa lesu dan kurang bermaya kerana berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ada juga yang hanya tidur…
BERKAIT dengan musim persekolahan pula, pasti banyak yang perlu dibeli seperti baju sekolah, buku dan perkakas sekolah yang lain. Jadi, bagi ibu bapa yang runsing merancang perbelanjaan persekolahan dan perayaan kali ini, penulis buku Bergaji & Pokai, Suraya Zainudin menasihatkan untuk teliti semula bajet dan susun mengikut kepentingan. “Seharusnya pendidikan diutamakan dan kemudian barulah perbelanjaan untuk musim perayaan. Katakan bajet ada RM5,000 untuk dibelanjakan bagi keperluan persekolahan dan musim perayaan. “Dahulukan dan asingkan sejumlah wang pembelian berkaitan sekolah. Katakan ada baki sebanyak RM2,000, gunakan baki itu untuk raya atau apa-apa pembayaran yang penting seperti bil dan sebagainya,” tegasnya. Jelas Suraya…
PENGGUNA platform media sosial pasti pernah melihat ciapan berkaitan kewangan yang dikongsikan oleh individu ini. Suraya atau nama lengkapnya, Suraya Zainuddin banyak berkongsikan tip-tip berkenaan kewangan, khususnya perancangan kewangan peribadi di Twitter. Dia merupakan seorang pencipta kandungan. Menurut Suraya, dia sudah berkecimpung dalam penciptaan kandungan sejak 2015 lagi, bermula dengan penghasilan blognya, Ringgit Oh Ringgit yang asalnya bertujuan untuk mencari klien. Pada ketika itu, dia bekerja dalam bidang penulisan. Ada kalanya, Suraya membuat perkongsian berkaitan kewangan peribadinya sebagai suka-suka sahaja. Namun, lama-kelamaan ia mula dapat permintaan yang tinggi sehinggalah blognya sudah stabil dan mampu menjana pendapatan yang tinggi. Baru-baru ini…
SETIAP tahun, kita pasti menunggu ucapan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setiap Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha dengan penuh debaran. Tetapi, bagaimana tarikh mula berpuasa dan raya ditentukan? Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita melihat anak bulan untuk menentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan. “Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787) Hilal atau anak bulan merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang…
KECEWA dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat? Sebenarnya, ramai yang mengalami masalah ini terutamanya apabila gaji yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding jangkaan gaji atau gaji bagi pekerjaan yang lepas. Walaupun pihak perekrut telah memaklumkan bahawa perundingan yang ditawarkan ketika temu duga tidak diterima, anda masih boleh mencuba. Bagi menjawab soalan sama ada dibolehkan atau tidak untuk melakukan perundingan selepas surat tawaran diterima, ada kemungkinan ia dibolehkan tetapi mungkin sedikit mencabar. Selain itu, tidak semua syarikat bersikap terbuka untuk melakukan rundingan selepas surat tawaran dikeluarkan. Sebaik sahaja anda menerima tawaran itu, kemungkinan untuk perundingan itu berjaya mungkin tidak tinggi dan…
TIDAK lama lagi Ramadan bakal tiba, pasti ramai yang sudah mula merancang menu dan membeli barangan keperluan dapur untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga. Seperti yang kita tahu, kini urusan pembelian sudah tidak lagi bergantung pada wang tunai semata-mata. Kita bebas memilih untuk melakukan bayaran melalui kad debit, kad kredit atau imbasan kod Quick Response (QR). Jika telefon pintar yang dimiliki mempunyai kemudahan transmisi Near Field Communication (NFC), anda juga boleh melakukan pembayaran menggunakan Samsung Pay dan Apple Pay. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kedai yang mengenakan syarat seperti hanya menerima bayaran kad jika anda berbelanja melebihi jumlah tertentu. Terdapat juga…
SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan artikel cara menulis dan contoh terbaik resume serta cover letter buat rujukan pemburu kerja. Kebiasaannya, selepas resume dan cover letter atau surat pengiring diterima, anda akan dipanggil ke temu duga kerja. Ketika proses temu duga pula, majikan akan bertanyakan beberapa soalan bagi menilai kelayakan anda untuk bekerja dengan mereka. Menurut beberapa jurulatih kerjaya, deskripsi kerja yang ditawarkan adalah soalan bocor temu duga. Namun, dalam banyak-banyak soalan, ada kemungkinan majikan akan bertanya soalan apakah kelemahan anda? Agak sukar bukan untuk menjawab soalan negatif ini tanpa memberi jawapan yang negatif? ARTIKEL BERKAITAN: Cara menulis dan contoh resume…
PERNAHKAH secara tiba-tiba anda terlihat bentuk yang kelihatan seperti titik hitam atau kelabu, sarang labah-labah, garisan berlekuk atau benang? Bentuk itu pula hilang apabila anda menggerakkan bola mata atau cuba untuk fokus melihatnya. Adakalanya, ia akan kelihatan lebih menyerlah apabila anda melihat arah yang cerah. Menurut Mayo Clinic, keadaan ini dinamakan sebagai eye floaters atau apungan mata. Ia biasanya tidak menjejaskan penglihatan anda. Namun jika tampil dengan saiz yang lebih besar, ia mungkin akan memalapkan penglihatan dalam pencahayaan yang berbeza. Apungan mata akan lebih kerap terjadi apabila kita meningkat usia. Dari masa ke masa, otak anda menyesuaikan diri dan tidak…
MENJELANG Ramadan yang bakal tiba sekitar penghujung bulan Mac, pasti ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk berpuasa pada tahun ini. Seperti yang kita tahu, menunaikan ibadah puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga. Justeru itu, sebagai seorang yang dilahirkan sebagai muslim, hendaklah kita berpuasa sepanjang bulan Ramadan melainkan ada masalah kesihatan atau asbab yang dibenarkan. Menurut Mufti Wilayah, berikut merupakan golongan yang dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Wanita yang datang haid atau nifas Wanita hamil atau menyusukan bayi Orang yang sakit sama ada mempunyai harapan untuk sembuh atau tidak Orang yang menjalani prosedur pembedahan Musafir Merujuk kepada…