Umi Fatehah

SETIAP kali musim perayaan, statistik kemalangan sering meningkat. Ramai yang memandu jarak jauh dalam keadaan penat, kurang tidur atau tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Selain faktor memandu laju dan keletihan, mengantuk sebenarnya antara penyumbang utama kemalangan. Ramai pemandu merasakan mereka masih boleh tahan walaupun mata sudah berat dan fokus semakin hilang. Hakikatnya, memandu dalam keadaan mengantuk boleh memberi kesan hampir sama seperti memandu dalam keadaan mabuk. Tindak balas menjadi perlahan, pertimbangan terganggu dan risiko terbabas meningkat. Jadi, apakah langkah yang benar-benar berkesan untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu? 1. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi Langkah paling asas tetapi paling…

Read More

JUMLAH kes tuberkulosis (tibi) di Malaysia menunjukkan peningkatan pada awal tahun ini. Setakat 7 Februari 2026, sebanyak 2,571 kes telah direkodkan dengan kadar insiden 7.5 bagi setiap 100,000 penduduk. Angka ini meningkat hampir 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Peningkatan kes ini menimbulkan persoalan penting. Apakah sebenarnya simptom Tibi dan bagaimana ia menyerang tubuh? Apa itu batuk tibi? Menurut Mayo Clinic, tuberkulosis (TB) ialah penyakit serius yang lazimnya menyerang paru-paru namun ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh lain. Walaupun boleh dirawat dengan antibiotik, sesetengah rangkaian bakteria kini menunjukkan rintangan terhadap ubat tertentu, menjadikan rawatan lebih mencabar. Tibi lebih…

Read More

‌RAMAI orang mengejar gaji tinggi tetapi akhirnya terperangkap dalam rutin kerja yang meletihkan emosi dan mental. Hakikatnya, kerja yang baik bukan sekadar tentang angka pada slip gaji. Ia berkaitan keseimbangan hidup, kawalan masa dan tahap tekanan harian. Menurut Coursera, 10 kerjaya yang dikategorikan sebagai bergaji tinggi dan relatif rendah tekanan bagi tahun 2026. 1. Saintis data Gaji median tahunan: AS$112,590 (kira-kira RM530,000) Saintis data mengumpul, menganalisis dan mentafsir data untuk mengenal pasti corak serta menyelesaikan masalah. Mereka menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk membuat ramalan serta membantu organisasi membuat keputusan berasaskan data. Peranan ini dianggap kurang tekanan kerana kebanyakannya bekerja…

Read More

PERANCANGAN persaraan adalah salah satu aspek kewangan yang paling penting tetapi sering diabaikan oleh ramai rakyat Malaysia terutama orang muda yang beranggapan persaraan masih jauh.  Namun, realitinya kos hidup semakin tinggi menyebabkan jumlah simpanan yang diperlukan untuk bersara dengan selesa turut meningkat. Jadi, berapa sebenarnya duit yang perlu dicapai sebelum bersara di Malaysia? Garis panduan simpanan KWSP (Framework RIA) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Retirement Income Adequacy (RIA) Framework untuk membantu pencarum merancang simpanan persaraan mereka. Rangka ini menetapkan tiga tahap simpanan berdasarkan tahap kehidupan selepas bersara yang diinginkan: Simpanan asas Sekurang-kurangnya RM390,000 pada umur 60. Cukup untuk…

Read More

SEJAK di bangku sekolah, ramai yang percaya manusia hanya mempunyai empat jenis darah: A, B, AB dan O. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada satu lagi jenis darah yang sangat jarang tak pernah didengari langsung? Jenis darah yang jarang dirujuk ini dikenali sebagai fenotip Bombay. Ia bukan sekadar variasi kecil tetapi satu fenomena genetik yang unik dan penting dalam dunia transfusi darah. Baru-baru ini, kisah individu yang mempunyai darah jenis Bombay (Positif) menarik perhatian, menunjukkan bahawa di Malaysia ada yang memiliki darah jenis jarang ditemii ini. Menurut laporan sebuah akhbar, Izzaleey Ramli, 49, bapa kepada empat anak, berkongsi beliau mengetahui…

Read More

RAMAI menganggap kereta sebagai ruang simpanan tambahan. Ada yang meninggalkan payung, dokumen kerja malah pakaian tambahan untuk situasi kecemasan.  Hakikatnya, suhu dalam kereta yang diparkir terutama di negara beriklim panas seperti Malaysia boleh meningkat dengan sangat tinggi dalam masa singkat.  Walaupun di bawah teduhan, suhu dalaman boleh mencecah lebih 60°C. Haba terperangkap ini bukan sahaja merosakkan barangan malah boleh mengundang risiko keselamatan. Berikut antara barangan yang sepatutnya tidak disimpan dalam kereta, walaupun hanya untuk seketika. Powerbank dan peranti berbateri lithium Powerbank, telefon, vape, kamera dan apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium-ion sangat sensitif terhadap haba. Suhu tinggi boleh menyebabkan bateri…

Read More

BELAKANGAN ini, harga emas dilaporkan meningkat sehingga hampir RM700 segram, antara paras tertinggi pernah direkodkan sejarah logam berharga itu. Lonjakan itu berlaku ketika kos sara hidup masih tinggi sekali gus memberi kesan berbeza kepada pasangan muda yang bakal berkahwin dan individu yang sudah lama menyimpan emas. Kenaikan harga emas menimbulkan persoalan sama ada ini masa paling sesuai untuk membeli atau perlu menunggu harga turun? Apa faktor naik turun harga emas? Pakar kewangan, Afyan Mat Rawi berkata, kenaikan harga emas ketika ini lebih banyak dipacu faktor global berbanding faktor domestik. “Kenaikan harga emas hari ini lebih banyak dipacu oleh ketidaktentuan ekonomi…

Read More

PERKEMBANGAN automasi dan kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah cara industri beroperasi dan pasaran kerja. Ada pekerjaan yang semakin kurang permintaan tetapi pada masa sama, muncul pula peluang baharu yang tidak pernah wujud sedekad lalu. Menurut Power To Fly, era perubahan ini menuntut satu perkara utama – kemampuan untuk menyesuaikan diri. Pekerjaan yang dahulunya menjadi tulang belakang ekonomi kini berdepan risiko digantikan oleh sistem automatik dan proses yang lebih efisien. Perubahan ini boleh terasa menakutkan terutamanya apabila masa depan kelihatan samar. Namun, ketakutan bukanlah strategi. Apa yang lebih penting ialah bersedia dan membina kemahiran yang relevan dengan landskap baharu dunia pekerjaan.…

Read More

RAMAI menyangka rutin waktu pagi hanyalah bangun, hilangkan rasa mamai dengan mencapai telefon, bersiap dan terus memulakan hari.  Namun bidang neurosains menyatakan 60 hingga 90 minit pertama selepas bangun tidur ialah fasa kritikal yang menentukan tahap fokus, emosi dan tenaga mental sepanjang hari. Tanpa diketahui, ramai mengamalkan tabiat yang bercanggah dengan cara otak berfungsi secara semula jadi. Akibatnya, sebelum jam 9 pagi lagi kita berasa serabut, sukar menumpukan perhatian atau cepat tertekan.  Dr. Patricia Schmidt, pakar psikologi dan neurosains menjelaskan bagaimana lima tabiat pagi yang kelihatan kecil ini sebenarnya memberi kesan besar terhadap prestasi otak serta apa yang boleh dilakukan…

Read More

WANITA selalunya menjadi individu yang paling banyak memberi. Kita menjaga keluarga, urusan kerja, penuhi tanggungjawab sosial dan dalam masa sama cuba memenuhi jangkaan orang lain.  Namun dalam kesibukan itu, ada satu perkara yang sering tercicir – diri sendiri. Apabila bercakap tentang penjagaan diri, ramai membayangkan rawatan seperti facial, urutan badan, manicure dan pedicure atau mandian spa yang menenangkan. Namun, kebiasaannya setiap rawatan ini memerlukan kita berkunjung ke lokasi yang berasingan.  Bagi wanita muslimah, ada pula pertimbangan tambahan yang sering menjadi persoalan – adakah ruangnya tertutup? Adakah perawatnya semua wanita? Adakah privasi benar-benar terjaga? Ini adalah kebimbangan biasa yang jarang disebut…

Read More