Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    By Umi FatehahFebruary 4, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tabiat pagi yang merosakkan otak. - GAMBAR HIASAN AMEL UZUNOVIC/PEXELS

    RAMAI menyangka rutin waktu pagi hanyalah bangun, hilangkan rasa mamai dengan mencapai telefon, bersiap dan terus memulakan hari. 

    Namun bidang neurosains menyatakan 60 hingga 90 minit pertama selepas bangun tidur ialah fasa kritikal yang menentukan tahap fokus, emosi dan tenaga mental sepanjang hari.

    Tanpa diketahui, ramai mengamalkan tabiat yang bercanggah dengan cara otak berfungsi secara semula jadi. Akibatnya, sebelum jam 9 pagi lagi kita berasa serabut, sukar menumpukan perhatian atau cepat tertekan. 

    Dr. Patricia Schmidt, pakar psikologi dan neurosains menjelaskan bagaimana lima tabiat pagi yang kelihatan kecil ini sebenarnya memberi kesan besar terhadap prestasi otak serta apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

    1. Terus capai telefon sebaik sahaja bangun

    Siapa sahaja yang tidak mencapai telefon sejurus bangun tidur? Majoriti individu akan memeriksa telefon dalam tempoh beberapa minit selepas membuka mata sama ada untuk melihat notifikasi, media sosial atau mesej kerja.

    Dalam 30 hingga 45 minit pertama selepas bangun, tubuh mengalami proses yang dipanggil Cortisol Awakening Response, peningkatan semula jadi hormon kortisol yang membantu badan bersedia menghadapi hari baharu.

    Menurut Schmidt, jika anda terus terdedah kepada kandungan yang mencetuskan tekanan (berita negatif, mesej kerja mendesak, perbandingan media sosial), lonjakan kortisol boleh menjadi berlebihan. Ia mengganggu sistem persediaan semula jadi tubuh dan membuatkan anda berasa cemas atau tertekan lebih awal daripada sepatutnya.

    Tunggu sekurang-kurangnya 45 minit sebelum memeriksa telefon. Beri ruang kepada tubuh untuk bangun secara semula jadi tanpa rangsangan luar yang berlebihan.

    1. Tidak mendapatkan cahaya matahari pagi

    Gaya hidup moden menyebabkan ramai lebih banyak berada di dalam bangunan berbanding di luar. Akibatnya, pendedahan kepada cahaya semula jadi pada waktu pagi semakin berkurangan.

    Cahaya ialah faktor paling kuat yang mempengaruhi jam biologi tubuh. Apabila cahaya memasuki mata, ia merangsang bahagian otak yang dikenali sebagai suprachiasmatic nucleus (SCN) iaitu pusat kawalan ritma harian badan.

    Pendedahan cahaya pagi membantu:

    • Mengoptimumkan lonjakan kortisol yang sihat
    • Menekan hormon melatonin (hormon tidur) pada waktu pagi supaya badan lebih segar
    • Menyokong penghasilan serotonin yang berkait rapat dengan mood dan ketenangan
    • Memperbaiki kualiti tidur pada malam berikutnya

    Tanpa cahaya pagi yang mencukupi, seseorang boleh berasa lesu sepanjang hari dan mengalami gangguan tidur.

    Dedahkan mata kepada cahaya matahari dalam 30 minit pertama selepas bangun. Elakkan memakai cermin mata gelap dan jangan melihat terus ke arah matahari.

    1. Terus melakukan kerja berat yang memerlukan fokus mendalam

    Ada yang beranggapan pagi ialah waktu paling produktif lalu terus memulakan tugasan kompleks sebaik sahaja bangun.

    Namun, otak sebenarnya masih berada dalam keadaan sleep inertia – fasa peralihan di mana fungsi kognitif dan keupayaan membuat keputusan belum sepenuhnya pulih.

    Dalam keadaan ini, minda lebih sesuai untuk aktiviti ringan atau kreatif, bukan kerja yang memerlukan tumpuan mendalam. Tubuh memerlukan masa untuk melalui proses biologi semula jadi sebelum benar-benar bersedia untuk fokus intensif.

    Berikan masa untuk badan dan otak bangun sepenuhnya. Sokong proses ini dengan cahaya pagi, elak menggunakan telefon dan lakukan sedikit pergerakan ringan seperti regangan atau berjalan.

    1. Mengambil sarapan tinggi gula

    Roti dengan jem, bijirin manis atau minuman bergula sering menjadi pilihan mudah pada waktu pagi.

    Sarapan tinggi gula menyebabkan lonjakan mendadak paras glukosa dalam darah, diikuti penurunan ketara beberapa jam kemudian. Ketidakstabilan ini memberi kesan kepada otak kerana glukosa ialah sumber tenaga utamanya.

    Hasilnya? Anda mungkin berasa bertenaga seketika, kemudian lesu, sukar fokus dan cepat lapar.

    Utamakan pengambilan protein. Sarapan yang mengandungi sekitar 25-35 gram protein membantu menstabilkan tenaga, meningkatkan fokus dan mengawal selera makan sepanjang hari.

    1. Tidak minum air sejurus bangun tidur

    Ramai tidak sedar bahawa tubuh berada dalam keadaan sedikit dehidrasi pada waktu pagi selepas berjam-jam tanpa pengambilan cecair.

    Otak dan badan sebahagian besarnya terdiri daripada air. Dehidrasi boleh menjejaskan mood, tumpuan dan prestasi kognitif.

    Minum sekitar 250-350 ml air sebaik sahaja bangun. Letakkan botol atau gelas air di tepi katil supaya mudah dicapai. – RELEVAN

    Previous Article4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    Next Article 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.