Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi Jun terendah sepanjang 2023, purata harga ayam melebihi harga siling

    Inflasi Jun terendah sepanjang 2023, purata harga ayam melebihi harga siling

    By Umi FatehahJuly 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INFLASI Jun terendah sepanjang 2023, purata harga ayam melebihi harga siling. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) mereda kepada 2.4 peratus, terendah dalam enam bulan pertama 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan inflasi di Malaysia didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel sebanyak 5.4 peratus dan makanan dan minuman bukan alkohol (4.7 peratus).

    Manakala kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah mencatatkan 2.3 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 2.7 peratus. 

    “Kenaikan inflasi pada Jun 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus), kesihatan (2.0 peratus) dan pendidikan (1.9 peratus). 

    “Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8 peratus dan 1.6 peratus. Ini diikuti oleh minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus) serta pakaian dan kasut (0.1 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP telah merekodkan peningkatan sederhana, iaitu sebanyak 4.7 peratus berbanding 5.9 peratus pada Mei lalu. 

    Komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan lebih rendah untuk empat bulan berturut-turut kepada 3.2 peratus pada Jun 2023 berbanding 4.3 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya. 

    “Komponen makanan di luar rumah mereda kepada 6.8 peratus berbanding 8.1 peratus yang direkodkan pada Mei 2023.

    “Kenaikan komponen makan di rumah didorong terutamanya oleh subkumpulan seperti susu, keju dan telur (6.0 peratus) dan beras, roti serta bijirin lain (5.3 peratus). 

    “Subkumpulan daging pula meningkat sebanyak 5.2 peratus. Manakala gula, jem, madu, coklat dan manisan sebanyak 3.6 peratus. Kedua-dua subkumpulan buah-buahan dan ikan serta makanan laut masing-masing meningkat sebanyak 2.9 peratus dan 1.6 peratus,” jelas Mohd. Uzir.

    Menurut kenyataan itu juga, sayur-sayuran serta minyak dan lemak masing-masing terus menurun kepada negatif 1.6 peratus dan negatif 0.9 peratus.

    Tambah Mohd. Uzir, subkumpulan daging yang merangkumi daging ayam, lembu, babi, kambing, kerbau dan itik mencatatkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus pada bulan Jun berbanding Mei dengan 7.8 peratus.

    “Ayam mereda 2.6 peratus berbanding 6.7 peratus pada bulan Mei 2023. 

    “Purata harga ayam standard di Semenanjung Malaysia meningkat sedikit kepada RM9.93 sekilogram pada Jun 2023 berbanding RM9.61 sekilogram pada bulan Jun 2022, lebih tinggi daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram. 

    “Purata harga ayam standard Malaysia meningkat kepada RM10.54 sekilogram berbanding RM10.02 sekilogram pada bulan Jun 2022. 

    “Peningkatan pada subkumpulan ini turut didorong oleh peningkatan daging babi (24.6 peratus) dan daging itik (6.7 peratus),” ujarnya lagi. 

    Selain itu, subkumpulan susu, keju dan telur mencatatkan peningkatan lebih rendah kepada 6.0 peratus pada Jun 2023 berbanding Mei 2023 dengan 6.5 peratus. Kelas perbelanjaan susu tepung dan keluaran susu lain yang menyumbang 51.4 peratus wajaran kepada subkumpulan ini, meningkat lebih perlahan kepada 6.2 peratus berbanding Mei 2023 (6.4 peratus).

    Namun begitu, susu tepung bayi dan telur ayam meningkat pada kadar lebih tinggi pada bulan Jun 2023. Masing-masing berada pada kadar 10.1 peratus dan 4.1 peratus. Subkumpulan beras, roti dan bijirin lain juga meningkat pada kadar perlahan iaitu sebanyak 5.3 peratus pada bulan Jun berbanding Mei (6.0 peratus). 

    “Ini antaranya disumbangkan oleh tepung gandum yang telah meningkat perlahan sebanyak 8.1 peratus berbanding peningkatan dua digit yang dicatatkan pada bulan Mei 2023 iaitu 15.3 peratus. 

    “Antara produk makanan berasaskan tepung yang telah mencatatkan peningkatan yang lebih rendah adalah mi basah dan roti putih,” jelas Mohd. Uzir.

    Sementara itu, subkumpulan minyak dan lemak terus mencatatkan penurunan bagi tiga bulan berturut-turut iaitu -0.9 peratus pada bulan Jun. Ini disumbangkan oleh harga runcit maksimum minyak masak kemasan botol yang dikekalkan bagi satu hingga lima kilogram sejak November 2022. 

    Jelas beliau lagi, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran merekodkan penurunan pada bulan Jun iaitu -1.6 peratus berbanding -1.1 peratus pada bulan Mei 2023. Manakala, perbandingan secara bulan ke bulan merekodkan peningkatan marginal kepada 0.1 peratus berbanding 0.7 peratus pada Mei 2023. 

    Keadaan cuaca yang lebih baik dan peningkatan pengeluaran tempatan menjadi punca penurunan harga sayur-sayuran. Pada asas bulanan, antara sayur-sayuran yang mencatatkan penurunan adalah bayam hijau, kangkung dan kailan. – RELEVAN

    DOSM featured inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.