Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sayangi dirimu, hentikan overthinking dengan 5 tip mudah ini

    Sayangi dirimu, hentikan overthinking dengan 5 tip mudah ini

    By Umi FatehahJuly 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERASAAN ragu dan risau ini adakalanya melelahkan. - GAMBAR HIASAN ANDREW NEEL/PEXELS

    KERAGUAN dengan masa depan, diri sendiri dan apa sahaja yang terjadi di sekeliling anda adalah perasaan yang dialami hampir semua orang.

    Perasaan ragu dan risau ini adakalanya melelahkan, tetapi kita tidak boleh elak daripada memikirkan perkara tersebut. Ini kerana, sebagai manusia kita mempunyai rasa untuk mengawal setiap situasi mengikut kehendak diri sendiri. 

    Walhal, kita tahu bahawa setiap perkara yang diinginkan dalam kehidupan tidak semestinya akan berlaku. Namun, dengan izin tuhan, mungkin apa yang diimpikan dan diusahakan bakal tercapai.

    Apabila berada dalam situasi yang meragukan dan terlalu risaukan sesuatu, kita pasti akan fikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan atau mengawal perasaan ini. Justeru, Relevan kongsikan beberapa petua untuk anda semua.

    1. Beri ruang dan masa untuk diri sendiri

    Setiap daripada kita mengalami keraguan dan kerisauan tentang banyak perkara dan dengan cara yang berbeza. Ketika berada dalam situasi ini, berikan ruang dan masa untuk anda proses dan hayati emosi tersebut. 

    Sama ada anda mengalami keraguan, kebimbangan atau tekanan, pesan pada diri bahawa perasaan ini adalah normal dan semuanya akan menjadi baik-baik saja.

    Kadang-kadang, kita akan cuba melawan perasaan ini kerana tidak ada siapa yang sukakan emosi negatif. Tetapi, jika anda cuba menidakkan perasaan sendiri, ia mungkin akan menyebabkan perasaan tersebut semakin besar dan kuat sehingga mengganggu rutin harian lain. 

    1. Terima kenyataan dan bersyukur

    ‘Terima’ dalam konteks ini bermakna kita perlu sedar bahawa kehidupan penuh dengan teka-teki dan apa sahaja yang kita inginkan belum tentu akan menjadi kenyataan.

    ‘Terima’ juga bermakna diri kita sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza dengan orang lain. Kita hanyalah manusia. Setiap jalan kehidupan sudah ditentukan oleh tuhan dan apa sahaja yang diatur pasti ada hikmahnya.

    Apabila kita lebih menerima dan faham tentang apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan, pasti kehidupan tidaklah terlalu berat dan membebankan. 

    1. Hidup untuk hari ini

    Tiada siapa yang boleh meramal masa depan. Tiada siapa juga yang tahu apa akan berlaku. Selain itu, kita juga tidak boleh mengawal apa yang orang lain rasa, fikir atau cara mereka berkelakuan dan kita tidak boleh mengawal apa cabaran hidup yang perlu dihadapi.

    Daripada kita menggunakan masa yang ada dengan merenung, risau dan meragukan masa hadapan serta apa orang fikir tentang kita, lebih baik tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik hari ini supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. 

    1. Belajar daripada kesilapan

    Pengalaman pada masa lalu terutamanya yang negatif dan sukar sebenarnya banyak mengajar kita. 

    Dalam situasi penuh cabaran itu mungkin kita rasa ia sukar untuk diterima dan dihadapi. Tetapi jika sesi refleksi dilakukan, sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil supaya kita dapat lakukan yang lebih baik pada masa hadapan. 

    Mungkin dahulu kita fikirkan diri sendiri lemah. Tetapi jika dilihat kembali, kita sebenarnya berdaya tahan kerana mampu mengatasi cabaran tersebut. Jangan biarkan kesilapan yang berlaku hanya sebagai kesilapan. Jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita lakukan yang lebih baik demi masa hadapan.

    1. Lakukan rutin penjagaan diri

    Ketika berada dalam situasi di mana kita diselubungi dengan perasaan negatif, apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mood ialah dengan melakukan rutin penjagaan diri (self-care). 

    Aktiviti apa yang boleh dilakukan itu terpulang kepada diri masing-masing. Ada yang menulis, membaca, menonton filem atau bersiar-siar.  Lakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan aura positif. – RELEVAN

    Previous ArticleJom suri rumah bebaskan tekanan dengan 7 tip ini
    Next Article 5 inti utama pengurusan kewangan peribadi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.