Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 manfaat kesihatan brisk walking

    6 manfaat kesihatan brisk walking

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 5, 2023Updated:July 18, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HANYA dengan berjalan cergas, anda boleh menurunkan berat badan, meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah. - GAMBAR HIASAN/DRAZEN ZIGIC (Freepik)

    AKTIVITI berjalan cergas (brisk walking) merupakan senaman ringan yang mudah untuk dilakukan, baik dari segi lokasi, masa atau intensiti.

    Ia cocok untuk mereka yang pekerjaannya tidak melibatkan banyak pergerakan. Untuk mengelakkan gaya hidup sedentari, jadikan berjalan sebagai senaman.

    Walaupun aktivitinya ringan (boleh juga ditingkatkan menjadi sederhana), banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini.

    Merujuk Healthline, Relevan senaraikan enam manfaat kesihatan aktiviti berjalan cergas.

    • Mengurangkan berat badan

    Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja.

    Pengurangan kalori (baik melalui pembakaran atau pengurangan pengambilan) juga boleh menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Melalui aktiviti berjalan cergas dan senaman lain, anda boleh mengekalkan otot pejal ketika berat badan semakin menurun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?

    Berjalan cergas juga merupakan aktiviti senaman aerobik yang boleh membantu mengurangkan lemak perut. Menurut Healthline, bukan sahaja lemak bawah kulit (subkutaneus) yang dapat dikurangkan, malah juga lemak tersembunyi dalam abdomen (visera).

    Malah, senaman seperti berjalan cergas juga didapati meningkatkan kesihatan mental dengan cara menaikkan mood. Ini juga membuatkan anda lebih konsisten berjalan seterusnya membantu menurunkan berat badan dengan lebih baik.

    • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

    Ada kajian mendapati, berjalan cergas sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. 

    Malah, senaman kardio yang berterusan juga membantu menurunkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) – yang turut dikenali sebagai kolesterol jahat – dalam darah.

    INFOGRAFIK OLEH RELEVAN
    • Merendahkan tekanan darah

    Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang banyak dihidapi rakyat Malaysia. Antara punca penyakit ini ialah gaya hidup yang tidak aktif.

    Senaman jalan cergas yang berterusan membantu anda merendahkan tekanan darah. 

    • Merendahkan kadar gula dalam darah

    Dengan berjalan cergas, anda juga boleh meningkatkan kepekaan insulin. Kepekaan insulin membantu sel dalam otot menggunakan insulin untuk menyerap glukos menjadi tenaga, baik sebelum atau selepas senaman.

    • Menambah baik kesihatan mental

    Aktiviti berjalan cergas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah mental. 

    Kajian mendapati, senaman seperti jalan cergas boleh meningkatkan keyakinan diri, membaiki tidur, membina kekuatan otak dan pelbagai lagi manfaat lain.

    • Membakar kalori

    Aktiviti senaman seperti berjalan cergas memang diketahui boleh membantu tubuh membakar kalori. Namun, bukan semua orang dapat membakar kalori pada kadar yang sama melalui senaman sebegini.

    Kadar pembakaran kalori setiap orang berbeza mengikut berat badan, umur, jantina, jumlah otot pejal, intensiti senaman dan tempoh senaman.

    Untuk membakar kalori yang lebih banyak, anda perlu berjalan dengan lebih pantas dan lebih lama.

    Jadual di bawah menunjukkan jumlah kalori yang dibakar berdasarkan berat badan dan kelajuan berjalan jika anda berjalan selama satu jam. 

    Berat/Kelajuan 4.8 km/j 5.6 km/j 6.4 km/j 7.2 km/j
    59 kg 195 224 295 372
    70 kg 232 267 352 443
    82 kg 270 311 409 515
    93 kg 307 354 465 586

    Anda sudah kenal aktiviti jalan cergas dan sudah tahu manfaatnya. Apa pula tip-tip berguna untuk berjalan cergas? Nantikan artikel seterusnya di Relevan. – RELEVAN

    Previous ArticleAdakah anda sudah celik kewangan? Perhatikan 7 ciri ini
    Next Article Awas! 4 makanan ini punca pening kepala

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.