Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Permudahkan jalan dari niat ke wasiat

    Permudahkan jalan dari niat ke wasiat

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MOHAMED Rafique (kiri) bersama Ahmad Shareza ketika pelancaran EzyWasiat. - GAMBAR IHSAN MAYBANK

    PROSES yang rumit, kos yang tinggi dan akses yang sukar. Ini mungkin menjadi alasan untuk beberapa pihak mengabaikan kepentingan penulisan wasiat.

    Ini menyebabkan banyak harta dan aset sukar diagihkan selepas kematian pemiliknya, apabila perancangan dan pewarisan harta tidak diberikan keutamaan.

    Menyedari masalah itu, Maybank Islamic Berhad mengambil inisiatif untuk mempermudah urusan penulisan wasiat menerusi penggunaan teknologi digital dan terkini. 

    Bagi membolehkan pelanggannya merancang dan menyediakan wasiat dengan lebih cekap dan teratur serta selaras dengan syariah dan undang-undang faraid, syarikat perbankan itu melancarkan perkhidmatan penulisan wasiat secara digital, EzyWasiat.

    Platform digital tersebut dibangunkan mengikut model unik yang mana pelanggan akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh syariah atau pengurus hubungan yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat.

    “Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul dan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat mereka boleh disempurnakan dalam masa 30 minit sahaja,” kata syarikat itu dalam kenyataan pada 14 Jun.

    Mudahkan urusan

    Menurut Maybank Islamic, tujuan utama EzyWasiat adalah untuk memberikan kelapangan minda dalam pengurusan harta dan memastikan harta tersebut diuruskan dengan betul setelah pemergian individu.

    Katanya, produk itu disasarkan kepada umat Islam dan tidak hanya terhad kepada mereka yang sudah lama berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang disebabkan kesukaran untuk melaksanakannya.

    Untuk menyediakan kemudahan tersebut, Maybank Islamic telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat teknologi kewangan, CreateWills Sdn. Bhd. serta menggabungkan nasihat sokongan dan pegawai perhubungan pelanggan Maybank Islamic yang berdedikasi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi bank itu untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas.

    “Kami kekal komited untuk menerajui perbankan patuh syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia. Berbekalkan jalinan perkongsian pintar, kami berada pada kedudukan yang strategik untuk membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya.

    “Selain memenuhi janji kami terhadap kelestarian kewangan Islam, kami juga berusaha mendigitalkan produk-produk kami dalam menawarkan penyelesaian kepada para pelanggan, maka tercetusnya kerjasama dengan CreateWills,” katanya.

    Niat-Wasiat

    Ketua Pengurusan Kekayaan dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman pula berkata, syarikatnya berhasrat memperkasakan pelanggan untuk merancang masa hadapan mereka secara berkesan di samping memastikan niat mereka untuk mematuhi keperluan Islam dapat dipenuhi dengan mudah.

    “Dengan EzyWasiat, umat Islam dapat memanfaatkan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk mereka yang menitikberatkan keperluan syarak dan perancangan masa hadapan demi orang tersayang.

    “Dalam erti kata lain, kami membantu anda untuk merealisasikan perancangan harta ‘dari niat ke wasiat’,” katanya.

    Menurut Ahmad Shareza, dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan struktur harga berpatutan, pihaknya ingin memastikan agar tiada sesiapa yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi.

    “Malah, EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubah suai dari masa ke masa,” jelasnya.

    Maklumat lanjut tentang EzyWasiat, termasuk integrasi faraid dalam pengurusan harta boleh diperolehi di sini. – RELEVAN

    Previous ArticleMemahami Belanjawanku: Data penting dan cara memanfaatkannya
    Next Article Rafizi konsisten, mahu hapus pengkelasan B40, M40, T20 bermula tahun hadapan

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.