Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami Belanjawanku: Data penting dan cara memanfaatkannya

    Memahami Belanjawanku: Data penting dan cara memanfaatkannya

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 14, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENTERI Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (tengah) melancarkan buku dan aplikasi Belanjawanku pada Majlis Pelancaran Panduan dan Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP, Kwasa Damansara. Turut serta Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua kanan). - GAMBAR/AFIQ RAZALI (Utusan)

    BERCAKAP tentang pengurusan kewangan peribadi, hal yang selalu ditekankan oleh penasihat kewangan dan pakar-pakar ialah kepentingan mempunyai belanjawan peribadi dan simpanan mencukupi.

    Data daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 mendapati 76 peratus rakyat Malaysia mempunyai belanjawan tetapi tidak semua yang benar-benar mematuhi belanjawan tersebut.

    Selain itu, 84 peratus rakyat Malaysia juga mengakui bahawa mereka menyimpan secara tetap hanya untuk jangka pendek sahaja. Malah, lazimnya, wang simpanan itu akan dikeluarkan pada hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian.

    Ini antara data yang dipetik Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dalam ucapannya sempena pelancaran buku panduan dan aplikasi Belanjawanku pada 13 Jun.

    Belanjawanku yang dibangunkan secara bersama oleh KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) adalah antara usaha untuk memetakan perbelanjaan bulanan yang wajar untuk rakyat Malaysia mengikut status dan tanggungan masing-masing.

    Walaupun berfungsi sebagai panduan (bukan jumlah muktamad untuk setiap individu), ia cukup untuk menjadi penunjuk dan penanda aras yang boleh membantu masyarakat merancang kewangan sendiri selain membantu kerajaan menangani isu kos sara hidup, kesetaraan kuasa beli dan membasmi kemiskinan.

    Alor Setar terendah

    Belanjawanku menganggarkan jumlah pendapatan bulanan yang diperlukan individu bujang, berkahwin, ibu/bapa tunggal atau warga emas untuk menjalani kehidupan yang wajar di lokasi-lokasi tertentu.

    Mula dibangunkan pada 2019 untuk penduduk Lembah Kelang, Panduan Belanjawanku untuk 2022/2023 diperluas kepada 11 lagi bandar utama di seluruh negara. Ini memberikan gambaran yang lebih jelas untuk keseluruhan negara, berbanding kajian yang lebih tertumpu ke Lembah Kelang sebelum ini.

    Menurut Panduan Belanjawanku, kos sara hidup tertinggi adalah di Lembah Kelang manakala yang terendah di Alor Setar, Kedah. 

    Anggaran belanjawan bulanan untuk individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam (isi rumah dengan kos terendah) di Lembah Kelang adalah sebanyak RM1,930 sementara untuk pasangan berkahwin dengan dua orang anak (isi rumah dengan kos tertinggi) sebanyak RM6,890.

    Untuk Alor Setar pula, anggaran belanjawan bulanan untuk individu bujang pengguna pengangkutan awam adalah sebanyak RM1,530 manakala pasangan berkahwin dengan dua anak sebanyak RM5,430.

     

    PERBANDINGAN anggaran belanjawan bulanan setiap isi rumah mengikut bandar-bandar utama.

    Tidak muktamad

    Selepas Panduan Belanjawanku dilancarkan, ada kritikan dapat dilihat daripada pengguna media sosial. Antara dakwaan yang timbul, belanjawan tersebut tidak menggambarkan realiti sebenar di bandar-bandar yang dirujuk.

    Dalam dokumen Panduan Belanjawanku yang diterbitkan KWSP, telah dinyatakan secara jelas bahawa Belanjawanku merupakan garis panduan perbelanjaan untuk pengguna merancang kewangan mengikut peringkat kehidupan serta kesesuaian perbelanjaan mereka.

    Malah, peringatan turut diberikan bahawa buku panduan tersebut bukan muktamad, cuma ia boleh digunakan untuk membantu pengguna merancang kewangan dan mengenal pasti perbelanjaan penting.

    Dalam dokumen sama, turut dinyatakan bahawa Belanjawanku tidak seharusnya dilihat sebagai piawaian untuk apa yang perlu dibelanjakan.

    Menurut KWSP dan SWRC, terdapat tiga cara Belanjawanku boleh membantu pengguna, iaitu:

    • Membantu perancangan belanjawan diri dan keluarga
    • Menyusun atur tanggungan hutang
    • Meningkatkan kesiapsiagaan kewangan untuk perkara luar jangka

    Belanjawanku juga boleh dimanfaatkan melalui langkah-langkah berikut:

    1. Pilih bandar tempat kediaman anda
    2. Pilih kategori isi rumah anda
    3. Semak anggaran belanjawan mengikut kategori
    4. Gunakan anggaran belanjawan sebagai garis panduan untuk perbelanjaan bulanan
    5. Rujuk anggaran belanjawan bagi kategori lain untuk perancangan kewangan masa depan

    Aplikasi Belanjawanku

    Anggaran belanjawan bulanan Belanjawanku dibuat berdasarkan beberapa andaian asas dan kategori perbelanjaan.

    Sebagai contoh, pengiraan kos tempat tinggal untuk individu bujang adalah berdasarkan nilai sewaan satu bilik. Untuk pasangan berkahwin pula, kos tempat tinggal dikira berdasarkan pembayaran gadai janji atau nilai sewa sebuah rumah (mana yang lebih rendah).

    ANGGARAN belanjawan bulanan individu bujang pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang.

    Anggaran itu juga mengandaikan semua orang mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan dan pendidikan awam serta mempunyai tahap kesihatan yang baik. Semua orang juga diandaikan mempunyai pemikiran rasional dan boleh membuat keputusan yang baik.

    Melalui anggaran yang dibuat, pengguna boleh menilai keperluan perbelanjaan sendiri mengikut panduan yang telah disediakan. 

    Di sini hadirnya fungsi aplikasi Belanjawanku yang dibangunkan KWSP. Pengguna boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk menjejak dan memantau perbelanjaan.

    Malah, untuk lebih keanjalan, pengguna boleh memilih untuk menggunakan panduan Belanjawanku atau kaedah peraturan umum (rule of thumb) untuk memantau perbelanjaan bulanan mereka.

    Belanjawanku merupakan usaha penting untuk meningkatkan kecelikan kewangan dalam kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja menyediakan panduan asas untuk membina belanjawan, malah membantu pengguna membuat anggaran perbelanjaan bulanan mereka.

    Jika usaha ini disambut baik, tahap kecelikan kewangan masyarakat boleh dipertingkat dan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan juga dipermudah. – RELEVAN

    Previous ArticleBenih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 2)
    Next Article Permudahkan jalan dari niat ke wasiat

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.