Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rafizi konsisten, mahu hapus pengkelasan B40, M40, T20 bermula tahun hadapan

    Rafizi konsisten, mahu hapus pengkelasan B40, M40, T20 bermula tahun hadapan

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 14, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN akan menghapuskan pengkelasan pendapatan B40, M40 dan T20 untuk menentukan penerima bantuan bermula tahun hadapan. - GAMBAR UTUSAN

    KERAJAAN berhasrat menghapuskan pengkelasan pendapatan B40, M40 dan T20 bermula tahun hadapan.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penghapusan tersebut akan dilakukan secara berperingkat untuk meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan gaji.

    Kata beliau, perbincangan berkenaan simulasi, jenis bantuan dan penerimanya serta pendekatan yang digunakan telah berlangsung di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

    “Kita akan melaksanakan satu demi satu bantuan sosial yang disepadu berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

    “Ia mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 14 Jun.

    Menurut Rafizi, beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu. Ia termasuk dasar-dasar berkaitan bantuan atau subsidi untuk rakyat.

    “Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian rintis sebelum memutuskan tahap pendapatan yang layak diberikan bantuan,” katanya.

    Konsisten

    Inisiatif tersebut selari dengan gesaan Rafizi sebelum menganggotai kerajaan, yang menegaskan pemberian bantuan atau subsidi perlu berasaskan pendapatan boleh belanja rakyat, bukan pendapatan isi rumah semata-mata.

    Kata beliau pada Julai 2022, walaupun  kaedah menentukan penerima subsidi dan bantuan kebajikan berdasarkan pengkelasan B40, M40 dan T20 ringkas dan cepat, ia mempunyai beberapa kelemahan utama.

    “Misalnya, sebuah isi rumah yang mempunyai dua penerima pendapatan yang dikategorikan sebagai B40 dan mempunyai seorang anak, tinggal di kawasan separa bandar.

    “(Mereka) sudah tentu mempunyai pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi berbanding satu lagi isi rumah yang mempunyai seorang penerima pendapatan yang dikategorikan sebagai M40, mempunyai lima orang anak dan tinggal di kawasan bandar besar,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

    Lebih adil

    Kata Rafizi ketika itu, pendekatan pemberian bantuan dan subsidi berdasarkan pengkelasan pendapatan isi rumah dengan titik pemisah yang mutlak (contoh: RM4,850 – B40, RM4,851 – M40) perlu dimansuhkan.

    Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu memperkenalkan pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja dengan mengambil kira pendapatan, kos perbelanjaan dan jumlah tanggungan setiap isi rumah.

    Isu pengkelasan pendapatan baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila kerajaan memulakan pendekatan cukai dan pemberian bantuan yang lebih progresif – cukai terhadap orang kaya ditambah dalam Belanjawan 2023 manakala bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah ditingkatkan.

    Tindakan itu mengundang kritikan kerana pengkelasan pendapatan yang diguna pakai selama ini didakwa tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi rakyat. – RELEVAN

    Previous ArticlePermudahkan jalan dari niat ke wasiat
    Next Article Jaga gigi untuk jaga diri

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.