Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 tanda kebimbangan kewangan

    6 tanda kebimbangan kewangan

    By Umi FatehahJune 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APAKAH tanda-tanda kebimbangan kewangan? - GAMBAR HIASAN MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan kongsikan apakah maksud kebimbangan kewangan. Kebimbangan kewangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah sama ada anda golongan T20 mahupun B40. Jika difikir-fikirkan semula, hampir mustahil tidak ada manusia yang bimbangkan tentang duit.

    Kali ini, Relevan memperincikan lagi tanda-tanda anda mempunyai kebimbangan kewangan. Perhatikan sekiranya anda mempunyai simptom kebimbangan kewangan seperti di bawah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu kebimbangan kewangan?

    Berbelanja secara berlebihan

    Berbelanja secara berlebihan. – GAMBAR HIASAN TIM DOUGLAS/PEXELS

    Pasti ada yang berfikir bahawa kebimbangan wang akan menyebabkan anda perlu menjimatkan wang, tetapi ada juga yang membeli-belah untuk memberikan kelegaan sementara daripada kebimbangan wang. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?

    Ia menjadi kitaran yang membinasakan di mana anda terus berbelanja untuk mendapatkan kelegaan tetapi hakikatnya akan menyebabkan punca kepada masalah yang lebih besar.

    Kecelaruan tabiat mengumpul

    Kecelaruan tabiat mengumpul (hoarding disorder). – GAMBAR HIASAN WIKIPEDIA

    Perbelanjaan yang berlebihan boleh menyebabkan kecelaruan tabiat mengumpul. Ia berkaitan dengan tabiat berbelanja berlebihan bagi mendapatkan keselesaan melalui barangan material untuk melegakan kebimbangan daripada cabaran wang. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak buang barang di rumah? Anda mungkin mempunyai kecelaruan tabiat mengumpul

    Sebagai contoh, anda gemar mengumpul minyak wangi mewah. Jadi anda bertindak untuk membeli dan mengumpul minyak wangi mewah untuk berasa selesa.

    Terlalu takut berbelanja

    Terlalu takut berbelanja. – GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/UNSPLASH

    Sisi lain paling ketara daripada kebimbangan kewangan ialah sikap berjimat cermat yang melampau. Penjimatan yang obsesif boleh menghalang anda daripada menikmati percutian, enggan membaiki kerosakan di rumah atau tidak mahu mendapatkan rawatan kesihatan yang diperlukan. 

    Orang yang terlalu bekerja keras atau workaholic untuk mendapatkan lebih banyak wang juga mungkin mengalami kebimbangan jenis ini. 

    Selain itu, mereka yang fobia untuk berbelanja ini mungkin menyesal melakukan beberapa perbelanjaan atau cara pengurusan wang yang kurang berhemah pada masa lampau.

    Kewangan tidak terkawal

    Kewangan tidak terkawal. – GAMBAR HIASAN LIZA SUMMER/PEXELS

    Orang yang mempunyai kebimbangan kewangan selalunya tidak selesa mengumpul kekayaan. Ini boleh menyebabkan anda sukar membuat belanjawan dengan bijak atau mengutamakan perbelanjaan isi rumah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada perancangan persaraan.

    Kemurungan

    Kemurungan. – GAMBAR HIASAN MEDIA MULIA

    Perasaan tertekan tentang dunia di sekeliling anda boleh berpunca daripada gangguan kebimbangan kewangan.

    Tingkah laku obsesif

    Tingkah laku obsesif menyemak baki akaun. – GAMBAR HIASAN NICK PAMPOUKIDIS/UNSPLASH

    Kebimbangan wang boleh menyebabkan tingkah laku obsesif juga, seperti ketidakupayaan untuk tidur atau terus menyemak baki akaun bank.

    Jika anda mempunyai beberapa simptom kebimbangan kewangan, jangan risau, ada cara untuk mengatasinya. Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut? Nantikan perkongsian berkaitan cara mengatasi kebimbangan kewangan di relevan.com.my. 

    Previous ArticleRumah tidak lagi selamat untuk anak-anak?
    Next Article Rakyat Malaysia kini berpeluang bekerja di Tesla

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.