Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 30 rakyat England bakal terima RM9,000 sebulan secara percuma

    30 rakyat England bakal terima RM9,000 sebulan secara percuma

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBANYAK 30 peserta akan menerima 1,600 pound sterling sebulan dalam program rintis UBI di England. - GAMBAR HIASAN/ALAUR RAHMAN (Pexels)

    BAYANGKAN kalau anda boleh menerima wang percuma sehingga hampir RM3,000 setiap bulan, tanpa perlu berbuat apa-apa. Adakah anda akan terus bekerja atau menikmati hidup dengan wang percuma itu?

    Itu antara persoalan yang cuba dirungkai penyelidik dari kumpulan pemikir, Autonomy melalui program rintis pendapatan asas sejagat (universal basic income – UBI) di England.

    Dalam program tersebut, 30 peserta akan diberikan pendapatan 1,600 pound sterling (RM9,152.60) sebulan selama dua tahun tanpa apa-apa syarat. Peserta itu akan berada dalam pemerhatian Autonomy selama dua tahun bagi memahami kesan program tersebut terhadap kehidupan mereka. 

    Program itu bertujuan memahami dan menguji keberkesanan UBI dalam meningkatkan keterjaminan kewangan buat orang ramai, lebih-lebih pada era ketidaktentuan ekonomi kini.

    Idea ini sudah lama dibincangkan. Idea asasnya boleh dijejak hingga abad ke-18 tetapi dalam beberapa tahun ini, semakin ramai yang mula mendesak pelaksanaannya. 

    Pada 2017, pakar sejarah dari Belanda, Rutger Bregman mencadangkan idea tersebut dalam syarahan Ted Talk. Sehingga hari ini, video tersebut telah mengumpul lebih empat juta tontonan.

    Pandemik Covid-19 juga memesatkan perbincangan berkenaan idea pendapatan asas rakyat yang ditanggung kerajaan, malah mendapat sokongan para bilionair seperti Mark Zuckerberg, Elon Musk dan Richard Branson.

    Bina asas

    Cuma, apa yang ingin dilakukan di England sedikit berbeza. Jumlah yang ingin diberikan adalah lebih tinggi berbanding apa yang difahami sebagai “pendapatan asas”. 

    Untuk konteks, gaji minimum di United Kingdom (UK) ialah 10.42 pound sterling (RM59.61) sejam, bersamaan kira-kira 833.60 pound sterling (RM4,768.51) sebulan. Pendapatan bulanan yang ditawarkan dalam program ini adalah hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding gaji minimum.

    “Jumlahnya besar. UBI biasanya meliputi keperluan asas seseorang tetapi kami mahu melihat apa kesan pemberian sekali gus tanpa syarat ini kepada kesihatan mental dan fizikal peserta, sama ada mereka memilih untuk bekerja atau tak,” kata Pengarah Autonomy, Will Stronge. 

    Menurut Stronge, keutamaan pihaknya adalah membina asas pembuktian dan libat urus awam untuk UBI supaya pelaksanaannya di peringkat kebangsaan kelak dipermudah.

    “Masyarakat kita akan memerlukan pendapatan asas dalam beberapa tahun kelak, melihat kepada huru-hara perubahan iklim, gangguan teknologi serta peralihan industri yang mendatang,” katanya.

    Buat perbandingan

    Program tersebut – yang akan dilaksanakan jika Autonomy berjaya mengumpul dana mencukupi – mengambil tempat di dua lokasi, iaitu pekan Jarrow di timur laut England dan Finchley Timur di London yang mempunyai kos sara hidup lebih tinggi.

    Selain 30 peserta yang akan menerima UBI, program itu juga akan melibatkan sekumpulan peserta lain yang tidak diberikan UBI. Pengalaman kelompok kawalan itu yang dipilih secara rawak dalam kalangan sukarelawan akan diteliti, juga selama dua tahun.

    Menurut Stronge, pihaknya percaya program tersebut akan menunjukkan hasil yang positif.

    “Semua bukti menunjukkan yang ia akan secara langsung menghapuskan kemiskinan dan memacu kesejahteraan berjuta manusia. Potensinya terlalu besar untuk tidak diendahkan.

    “Dengan beberapa dekad ini dijangka penuh dengan kejutan ekonomi disebabkan perubahan iklim dan bentuk automasi baharu, pendapatan asas akan berperanan penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article7 makanan ini buat perut lebih kenyang, bantu kuruskan badan
    Next Article Alternatif tenaga solar di Malaysia, lebih jimat wang

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.