Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana telefon ‘mengintip’ perbualan dan tingkah laku anda untuk iklan?

    Bagaimana telefon ‘mengintip’ perbualan dan tingkah laku anda untuk iklan?

    By Umi FatehahMay 15, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana telefon ‘mengintip’ perbualan dan tingkah laku anda untuk iklan?. - GAMBAR HIASAN VIRALYFT/UNSPLASH

    PERNAHKAH anda berbual dengan rakan tentang mahu membeli kasut, beg tangan atau minyak wangi tertentu dan tiba-tiba, iklan yang keluar di skrin ketika melayari sosial media memaparkan item yang ingin dibeli?

    Jika ya, mungkin timbul beberapa persoalan sama ada telefon pintar anda sedang mendengar dan mengintip segala perbualan seharian. Mungkin juga anda cuba bersangka baik, mungkin ia hanya kebetulan?

    Bolehkah telefon mendengar?

    Sebenarnya, ia bukan kebetulan tetapi ia juga tidak bermakna telefon anda mengintip segala perbualan. Kemungkinan besar, anda sudah memberikan semua maklumat yang dibenarkan bagi membolehkan iklan yang ditayangkan sesuai dengan apa yang anda bualkan.

    Kebanyakan daripada kita kerap mendedahkan maklumat kepada pelbagai laman web dan aplikasi. Perkara ini berlaku secara tidak langsung apabila kita memberikan kebenaran tertentu seperti cookies bagi menjejak aktiviti sepanjang melayari internet.

    First-party cookies memberi kebenaran kepada laman web untuk mengingat butiran tertentu berkaitan interaksi kita di internet. Sebagai contoh, cookie log masuk menyimpan segala butiran supaya anda tidak perlu mengisi maklumat setiap kali mahu log masuk ke dalam laman web tersebut. 

    Walau bagaimanapun, third-party cookies dicipta oleh domain yang berada di luar laman web yang anda lawati. Pihak ketiga kebiasaannya daripada syarikat pemasaran yang bekerjasama dengan laman web atau aplikasi tersebut.

    Pihak ketiga itu kemudian akan menjadi hos memaparkan iklan dan memberi akses kepada data yang anda telah beri kebenaran melalui notifikasi pop-up. 

    Oleh itu, pengiklan mendapat gambaran tentang kehidupan anda termasuklah rutin, kehendak dan keperluan. Syarikat-syarikat ini sentiasa berusaha untuk mengukur populariti produk mereka dan bagaimana faktor ini berbeza berdasarkan umur, jantina, ketinggian, berat, pekerjaan dan hobi.

    Dengan mengelaskan dan mengelompokkan maklumat ini, pengiklan meningkatkan algoritma pengesyoran mereka menggunakan sistem pengesyor (recommender system) untuk menyasarkan iklan yang betul kepada pelanggan yang betul.

    Tugas-tugas komputer di belakang tabir

    Terdapat beberapa teknik pembelajaran mesin dalam kecerdasan buatan (AI) yang membantu sistem menapis dan menganalisis data seperti pengelompokan data, klasifikasi, perkaitan dan pembelajaran pengukuhan (RL).

    Ejen RL boleh melatih dirinya sendiri berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada interaksi pengguna sama seperti cara seorang kanak-kanak akan belajar untuk mengulangi perbuatan jika ia membawa kepada ganjaran.

    Dengan melihat atau menekan butang ‘suka’ pada sesuatu hantaran media sosial, anda menghantar isyarat ganjaran kepada ejen RL yang mengesahkan anda tertarik dengan hantaran itu atau mungkin berminat dengan orang yang menyiarkannya. 

    Rekomendasi iklan mungkin berdasarkan data lain juga, tetapi tidak terhad kepada:

    • Iklan lain yang anda klik melalui platform
    • Butiran peribadi yang anda berikan pada platform (seperti umur, alamat e-mel, jantina, lokasi dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses platform)
    • Maklumat yang dikongsi dengan platform oleh pengiklan atau rakan kongsi pemasaran lain 
    • Halaman atau group tertentu yang telah anda sertai atau menekan butang suka di platform

    Hak privasi

    Pembekal aplikasi sepatutnya mendedahkan terma dan syarat yang jelas kepada pengguna tentang cara mereka mengumpul, menyimpan dan menggunakan data. Pada era pendigitalan semakin canggih ini, pengguna perlu lebih berhati-hati memberi kebenaran kepada aplikasi dan laman web yang mereka gunakan.

    Jika ragu-ragu, berikan kebenaran mengikut keperluan. Sebagai contoh, adalah masuk akal untuk memberikan WhatsApp akses kepada kamera dan mikrofon kerana aplikasi itu tidak dapat berfungsi tanpa kebenaran ini. Namun, tidak semua aplikasi dan perkhidmatan akan meminta kebenaran untuk apa yang perlu sahaja.

    Tidak mahu diramal oleh pengiklan

    Terdapat beberapa cara mudah yang boleh diikuti untuk mengehadkan jumlah data yang dikongsi dalam talian. Langkah pertama ialah semak kebenaran aplikasi dalam telefon anda dengan kerap.

    Selain itu, fikir dua kali sebelum memberi kebenaran kepada aplikasi atau laman web. Jika boleh, elakkan menggunakan akaun media sosial anda untuk menyambung atau log masuk ke tapak dan perkhidmatan lain. Dalam kebanyakan kes, terdapat pilihan untuk mendaftar melalui e-mel, malah boleh menjadi e-mel palsu.

    Sebaik sahaja memulakan proses log masuk, perlu diingatkan bahawa anda hanya perlu beberapa maklumat yang diperlukan sahaja. 

    Jika anda sensitif tentang privasi, mungkin pertimbangkan untuk memasang rangkaian peribadi maya (VPN) pada peranti. Ini akan menutup alamat IP dan merahsiakan aktiviti dalam talian. – RELEVAN

    Previous ArticleYouTube tidak lagi membenarkan anda menggunakan penyekat iklan
    Next Article 10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.