Facebook Twitter
    Trending
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERSOALAN-persoalan mengenai berbuka puasa dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikel ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RAMADAN tiba lagi tahun ini. Selain mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran fizikal sepanjang sebulan berpuasa, kita juga digalakkan untuk menambah pengetahuan agama.

    Sehubungan itu, Relevan sekali lagi tampil dengan siri 5 Soalan Ramadan. Dalam siri ini, Relevan akan mengumpulkan soalan-soalan bersama jawapan yang dikemukakan dalam Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

    Dalam edisi keempat ini, Relevan akan kongsikan jawapan untuk persoalan-persoalan berkaitan iftar atau berbuka puasa.

    • Hukum menjemput orang bukan Islam berbuka puasa

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-87, amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi berapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah tanpa mengira agama dan bangsa.

    Malah, katanya, bulan Ramadan juga merupakan bulan yang baik untuk menyemai sikap bantu-membantu dan berkongsi kesenangan, terutamanya dengan mereka yang memerlukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 soalan Ramadan #1: Hukum mengumpat, gila sementara, puasa separuh hari, mencarut dan bayaran fitrah ibu tunggal  

    Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung berpandangan hukum menjemput orang bukan Islam berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam.

    Namun, jelasnya, adab dan nilai murni perlu dipelihara dalam majlis berbuka puasa tersebut dan keutamaan seeloknya diberikan kepada fakir miskin serta anak yatim, baik dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam.

    • Hukum tersalah waktu sahur dan berbuka

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-130, para ulama membahagikan hukum bagi situasi tersalah waktu sahur dan berbuka kepada dua bahagian.

    Pertama, haram hukumnya bagi orang yang berasa ragu-ragu masuk waktu berbuka untuk makan pada akhir waktu siang dengan keadaan dia berijtihad dan menyangka bahawa sudah masuk waktu malam.

    Ini kerana kaedah fiqh menyatakan bahawa asal hukum adalah berkekalan waktu siang.

    Kedua, harus hukumnya untuk meneruskan makan bagi orang yang berasa ragu-ragu bahawa waktu sahur telah tamat, berdasarkan ijtihadnya atau diberitahu oleh seorang yang adil.

    Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa asal hukum adalah berkekalannya waktu malam.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Ramadan #2: Persoalan-persoalan tentang solat sunat tarawih  

    Namun, jika selepas itu dia mendapati bahawa dia tersalah bersahur dengan makan dan minum selepas azan Subuh atau tersalah berbuka sebelum masuk waktu Maghrib, dalam keadaan dia yakin yang dia tersilap, maka puasanya batal dan ia perlu diqada.

    Kesimpulannya, bagi orang yang syak telah masuk waktu berbuka lalu dia makan, puasanya terbatal. Dia diharamkan untuk makan kecuali setelah yakin dan berijtihad bahawa waktu berbuka telah masuk.

    Bagi seseorang yang ragu-ragu telah tamat waktu sahur lalu meneruskan makan pula, puasanya tidak batal dan hukumnya harus.

    • Hukum melewatkan berbuka puasa

    Hukum bagi seseorang yang melewatkan berbuka puasa adalah makruh kerana ia berlawanan dengan sunnah Rasulullah SAW dan amalan para sahabat yang menyegerakan berbuka sebaik sahaja telah pasti terbenamnya matahari.

    Namun, menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-195,  jika seseorang itu tidak yakin atau hanya menyangka bahawa matahari sudah terbenam, maka tidak disunatkan segera berbuka sehingga sudah pasti baginya telah masuk waktu.

    Malah, jika seseorang sengaja melewatkan berbuka kerana merasakan perbuatan tersebut mengandungi fadilat tertentu, maka makruh juga hukumnya. Tiada ada sebarang fadilat terhadap perbuatan melewatkan berbuka.

    Berbeza jika seseorang melewatkan berbuka kerana keuzuran tertentu. Ia dibolehkan.

    • Adakah berniat untuk membatalkan puasa tanpa meneruskannya menyebabkan puasa terbatal?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-208, qaul muktamad dalam mazhab Syafie menetapkan, jika seseorang berniat untuk membatalkan puasa tetapi tidak meneruskan niatnya itu, puasanya tak terbatal.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Ramadan #3: Persoalan-persoalan tentang wanita dan keuzurannya

    Walaupun terdapat pendapat bahawa puasa boleh terbatal jika seseorang berniat untuk membatalkannya, Imam Nawawi telah mentarjih pandangan bahawa ia tidak terbatal sebagai pandangan yang muktamad dalam mazhab.

    • Bagi seorang muazin, perlu berbuka puasa atau azan terlebih dahulu?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-194, bagi meraikan maslahah umum iaitu orang ramai yang menunggu untuk berbuka, muazin perlulah mengumandangkan azan terlebih dahulu. Melainkan jika dia bersegera membuka puasa dengan sesuatu yang ringan seperti segelas air atau beberapa biji kurma.

    Namun, dalam situasi yang berbeza, contohnya dia berseorangan atau berada bersama seorang yang bermusafir, dia boleh berbuka dahulu. Dengan syarat diketahui bahawa kumpulan musafir tersebut akan berbuka puasa bersamanya meskipun dia tidak mengumandangkan azan lagi. – RELEVAN

    *Pandangan yang dicatatkan dalam artikel ini merupakan ringkasan. Untuk dalil yang lebih terperinci, pembaca dinasihatkan menekan hyperlink yang disediakan.

    Previous Article5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    Next Article 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    Artikel berkaitan

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Artikel Terkini

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.