Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 soalan Ramadan #1: Hukum mengumpat, gila sementara, puasa separuh hari, mencarut dan bayaran fitrah ibu tunggal

    5 soalan Ramadan #1: Hukum mengumpat, gila sementara, puasa separuh hari, mencarut dan bayaran fitrah ibu tunggal

    By April 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    WALAUPUN Ramadan disambut meriah setiap tahun, masih ada beberapa kekeliruan berkaitan hukum dan adab ketika berpuasa bagi penganut agama Islam. Sehubungan itu, Relevan membawakan segmen khas untuk anda bagi menjelaskan kekeliruan-kekeliruan berkenaan ibadat puasa.

    Untuk siri pertama, Relevan  menjawab persoalan berkenaan hukum mengumpat, hilang kewarasan, puasa separuh hari, mencarut dalam media sosial dan tanggungjawab ibu tunggal membayar zakat fitrah. 

    • Bolehkah perbuatan mengumpat, bercakap keji dan mencela seseorang membatalkan puasa?

    Menurut Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-190, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengumpat dan berkata keji tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan puasa. Namun, katanya, ia boleh mengurangkan dan membatalkan pahala puasa, termasuk mengakibatkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia.

    Ini kerana mengumpat merupakan perkara yang dilarang dan diharamkan syarak sama ada di bulan puasa atau di bulan-bulan lain.

    Walaupun terdapat hadis Riwayat al-Dailami yang menceritakan tentang mengumpat boleh membatalkan puasa, hadis itu dijelaskan sebagai batil dan tidak boleh menjadi hujah dan sandaran oleh Imam al-Nawawi. 

    • Adakah puasa orang yang gila dalam tempoh sementara dikira batal?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-188, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mencatatkan,  status puasa orang yang gila dalam tempoh yang singkat di siang hari bulan Ramadan atau bulan lain adalah batal. Ini kerana, orang yang hilang kewarasan, walaupun sementara, telah terangkat kewajipan berpuasanya.

    Kesimpulan itu dibuat selepas mengambil kira hadis riwayat Abu Daud yang menyenaraikan tiga golongan yang tidak tercatat dosa pahalanya, termasuk orang yang gila. Lebih spesifik lagi, Syeikh Hasan Ahmad Al-Kaf dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah berkata, antara syarat sah puasa ialah berakal dan seseorang itu terbatal puasanya apabila gila walaupun hanya sebentar.

    • Adakah kanak-kanak mendapat pahala puasa apabila berpuasa separuh hari?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-187 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum puasa bagi kanak-kanak di bulan Ramadan mengikut kemampuan mereka adalah sunat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Malah, ibu bapa atau penjaga juga mendapat pahala apabila mendidik mereka untuk berpuasa.

    Kanak-kanak sebelum mencapai umur baligh tidak diwajibkan berpuasa. Ini bermakna mereka tidak berdosa jika meninggalkan puasa dan puasa tersebut tak perlu diqada. Walau bagaimanapun, Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan, ibu bapa dan penjaga hendaklah menyuruh anak-anak lelaki atau perempuan berpuasa setelah mencapai umur tujuh tahun dan mumaiyiz, mengikut kemampuan mereka.

    • Apa hukum mencarut dalam media sosial ketika berpuasa?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-186 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, tidak batal puasa seseorang yang mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti berbohong, mengumpat, mencarut, perkataan lucah dan seumpamanya, baik di alam maya mahupun nyata.

    Namun begitu, perbuatan tersebut boleh menghilangkan pahala puasa dan tidak tercapai maksud puasa dalam erti kata sebenar. Ini kerana, dalam bulan Ramadan, kita bukan sekadar dituntut menahan diri daripada makan dan minum, malah perlu juga menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.

    • Siapa yang bertanggungjawab membayar zakat fitrah untuk ibu tunggal yang kematian suami?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-185, isteri yang kematian suami dan mencukupi segala syarat yang ditetapkan iaitu berkemampuan dan memiliki lebihan harta untuk diri setelah terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan hendaklah menunaikan zakat fitrah untuk dirinya sendiri.

    Walau bagaimanapun, saudara lelakinya boleh menunaikan zakat fitrah untuk dirinya dengan syarat mendapat keizinannya terlebih dahulu.

    Kewajipan menunaikan zakat fitrah atas dirinya sendiri untuk seorang isteri yang kematian suami adalah kerana zakat fitrah merupakan ibadah badaniah, iaitu ibadah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Muslim. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.