Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Ramadan #2: Persoalan-persoalan tentang solat sunat tarawih

    5 Soalan Ramadan #2: Persoalan-persoalan tentang solat sunat tarawih

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BULAN Ramadan merupakan bulan agung yang selalu dinanti-nantikan umat Islam. Ganjaran pahala yang ditawarkan sepanjang bulan tersebut ditunggu-tunggu Muslim yang beriman.

    Antara ibadah eksklusif Ramadan yang sering dinantikan umat Islam ialah solat tarawih. Hanya dalam bulan ini, umat Islam diberi peluang menunaikannya.

    Namun, masih ada persoalan yang belum jelas berkenaan hukum dan amalan berkaitan solat tarawih. Dalam 5 Soalan Ramadan Siri Ke-2 ini, Relevan merungkai lima persoalan berkenaan solat tarawih dengan merujuk  kepada Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    • Bolehkah membahagikan satu ayat al-Quran kepada beberapa bahagian untuk dibaca dalam rakaat solat tarawih?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-167, perbuatan membahagikan satu ayat yang panjang kepada beberapa bahagian untuk dibaca dalam rakaat solat tidak dilarang, asalkan ia memberi makna yang difahami.

    Namun, jelasnya, perbuatan tersebut bertentangan dengan perkara yang lebih utama dan lebih afdal (khilaf aula) iaitu menyempurnakan bacaan ayat tersebut dalam satu rakaat tanpa memotongnya. Ini kerana menyempurnakan bacaan ayat dalam satu rakaat lebih selamat dan berhati-hati dalam menjaga maknanya yang saling berkait.

    • Solat sunat ba’diyah Isyak dahulu atau terus solat sunat tarawih?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-143 menjelaskan, lebih baik jika ditunaikan dahulu solat sunat ba’diyah selepas Isyak sebelum menunaikan solat tarawih.

    Ini kerana solat sunat dua rakaat selepas Isyak tergolong dalam solat sunat rawatib muakkad yang sentiasa dilazimi Rasulullah SAW. Malah, Imam Al-Nawawi menyatakan, para ashab bersepakat bahawa solat sunat rawatib lebih afdal kerana ia lebih sering dilakukan berbanding solat tarawih.

    • Bolehkah solat sunat tarawih diqada?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-138, para ulama berbeza pendapat sama ada solat tarawih boleh diqadakan atau tidak.

    Pendapat paling sahih di sisi Mazhab Imam Abu Hanifah dan Mazhab Imam Ahmad ialah solat tarawih tidak diqadakan setelah keluar daripada waktunya, iaitu dengan masuknya waktu Subuh. Di sis Mazhab Imam Al-Syafie pula, disebutkan secara umum bagi mereka yang meninggalkan solat sunat pada waktunya, boleh diqadakan.

    Kesimpulan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat sunat tarawih boleh diqadakan apabila terlepas daripada waktunya. Ini kerana, pahala orang yang mendirikan solat tarawih sangat besar selain bulan Ramadan ialah bulan ibadat. Setiap ibadat yang tertinggal itu sangat rugi jika dibiarkan begitu saja.

    • Adakah memadai membaca doa iftitah di rakaat pertama solat tarawih?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-184, tidak memadai membaca doa iftitah pada rakaat pertama solat tarawih terawal sahaja. Sebaliknya, disunatkan untuk membaca doa tersebut pada setiap permulaan rakaat pertama bagi setiap dua rakaat solat tarawih yang dilakukan.

    Walaupun membaca doa iftitah merupakan perkara sunat namun ia amat digalakkan untuk mencapai kesempurnaan solat. Sheikh Muhammad Ali ‘Allan malah mengingatkan bahawa kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai ketika solat tarawih adalah meninggalkan do iftitah, tasbih dan perkara sunat yang lain. Ia dianggap sebagai bermudah-mudahan meninggalkan perkara sunat sedangkan perkara sunat itu membawa kepada kesempurnaan solat.

    • Apakah hukum solat tarawih dalam keadaan ada solat fardu yang perlu diqada?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-182 menjelaskan, seseorang perlu menggantikan solat-solat fardu yang perlu diqada sebelum melakukan ibadah sunat yang lain, termasuk solat tarawih. 

    Ini kerana ibadah yang wajib adalah lebih utama dan perlu diutamakan berbanding ibadah sunat lain. Solat fardu juga perlu digantikan dengan segera apabila teringat. Bahkan jika solat yang perlu diganti itu terlalu banyak, seseorang itu perlu memanfaatkan masa yang ada untuk menggantikan solat-solat tersebut sehingga selesai tanpa melakukan pekerjaan lain, kecuali yang penting sahaja. – RELEVAN

    5 Soalan Ramadan featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.