SEMALAM mencatatkan sebanyak 204 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 224 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,015 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 254 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,995,838 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,220 kes dengan 8,907 kes atau 96.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 304 kes atau 3.3% pesakit dirawat di hospital, 3 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 6 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN