Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Agresif tangani gangguan seksual, galak wanita kembali bekerja

    Belanjawan 2023: Agresif tangani gangguan seksual, galak wanita kembali bekerja

    By Umi FatehahFebruary 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Agresif tangani gangguan seksual, galak wanita kembali bekerja

    BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebutkan beberapa inisiatif bagi membantu kaum wanita dan ibu-ibu.

    Berikut, Relevan senaraikan peruntukan bagi 7 insentif yang disediakan khusus buat golongan wanita.

    1. Penyiasatan kes-kes melibatkan wanita dan kanak-kanak yang lebih agresif 

    Oleh kerana permasalahan melibatkan wanita dan kanak-kanak dilihat masih membimbangkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

    Sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khas sebagai usaha membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mencari pelaku.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2023: 19 inisiatif Belanjawan 2023 tentang cukai

    1. Menyokong perniagaan mikro oleh golongan wanita dan belia

    Di bawah ikhtiar kedua iaitu memenuhi keperluan ekonomi rakyat, kerajaan akan menyediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun bagi membantu usahawan mikro dan penjaja kecil. 

    Peruntukan yang diberikan ialah sebanyak RM1.7 bilion. Ini juga termasuk RM300 juta yang dikhaskan bagi menyokong perniagaan mikro yang diusahakan oleh golongan wanita dan belia.

    1. Perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan khidmat sokongan yang lebih komprehensif kepada kanak-kanak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2023: Cukai orang kaya ditambah, kemiskinan tegar dihapus

    1. Galakan untuk wanita kembali bekerja

    Kerajaan dikatakan cakna dengan kebimbangan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak. 

    Tidak dapat dinafikan kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi membebankan sehinggakan ada wanita yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak.

    1. Pemberian manfaat kepada wanita yang kembali bekerja selepas bersalin

    Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan kepada pekerja. 

    Dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini dan melibatkan dana keseluruhan sebanyak RM290 juta setahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2023: Diskaun 20% PTPTN, RM35 juta untuk internet dan tiga inisiatif lain untuk universiti

    1. Penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat dan pemberian elaun jagaan

    Kerajaan menyeru majikan memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab dalam menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat. Kerajaan juga dikatakan akan terus memudahkan cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi.

    Kerajaan juga akan melanjutkan pemberian insentif cukai sedia bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat. Jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan bagi mewajibkan penyediaan kemudahan sebagai sokongan kepada ibu yang bekerja.

    1. Pembinaan blok khas wanita di hospital

    Bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka, kerajaan akan membina blok khas wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil dengan kos hampir RM700 juta. – RELEVAN

    Previous Article304 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    Next Article Belanjawan 2023: Wujudkan pekerjaan bernilai tinggi, galak pekerja gig carum KWSP

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.