Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Bina 7 sekolah baharu, 50,000 komputer riba untuk pendidik

    Belanjawan 2023: Bina 7 sekolah baharu, 50,000 komputer riba untuk pendidik

    By Umi FatehahFebruary 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2023: Bina 7 sekolah baharu, 50,000 komputer riba untuk pendidik

    PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan beliau.

    Kerajaan memperuntukkan RM388.1 bilion dalam Belanjawan 2023. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM372.3 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan kerajaan terdahulu,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober tahun lalu.

    Merujuk kepada ucapan perdana menteri, Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion bagi tahun 2022. 

    Sejumlah RM2.3 bilion disediakan bagi memastikan penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran yang terbaik di semua sekolah buat anak-anak.

    Sehubungan dengan itu, berikut Relevan himpunkan perbelanjaan berkaitan sekolah termasuk kebajikan para pelajar dan guru-guru.

    1. Pembinaan infrastruktur

    Sebanyak tujuh buah sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta termasuk Sekolah Kebangsaan Paya Dusun di Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Denai Alam di Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu di Sabah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong di Sarawak.

    Terkait hal yang sama, dengan tujuan memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan Tabika Kemas termasuk 13 projek baharu. 

    1. Menaik taraf infrastruktur

    Peruntukan sebanyak RM920 juta diberikan untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif. Khususnya sekolah-sekolah yang terletak di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas bagi memastikan kesegeraan.

    Tambahan lagi, sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas juga akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU). 

    Dewan terbuka juga akan dibina bagi menyediakan keselesaan untuk pelajar-pelajar sekolah berhimpun.

    1. Penyelenggaraan infrastruktur

    RM900 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. 

    Kerja-kerja penyelenggaraan ini termasuk pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur.

    Untuk mempercepat pelaksanaan projek penyelenggaraan, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000. Selain itu, perolehan secara cabut undi juga ditingkatkan kepada RM200,000 berbanding RM100,000.

    1. Kebajikan pelajar

    Bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta tahun ini yang memanfaatkan seramai 700,000 murid.

    Sebagai tambahan, peruntukan untuk Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan ditingkatkan daripada RM89 juta kepada RM108 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 240,000 murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Pemantauan akan dijalankan ke atas penyedia makanan bagi memastikan makanan yang disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat.

    1. Kebajikan guru

    Peranan guru adalah penting dalam mendidik dan memanusiakan anak-anak. 

    Selari dengan arus pemodenan, keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital. Justeru, kerajaan akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 komputer riba.

    1. RM20 juta untuk program gotong-royong

    Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia. 

    1. Galakan program sukan, kebudayaan dan kesenian

    Pentadbiran ini akan menumpukan kepada program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum. Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti dengan memastikan penglibatan belia dan semua jenis sekolah secara silang budaya. Sebanyak RM20 juta disediakan bagi program tersebut. – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2023: Diskaun 20% PTPTN, RM35 juta untuk internet dan tiga inisiatif lain untuk universiti
    Next Article Belanjawan 2023: Kapasiti kesihatan dioptimumkan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.