Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Diskaun 20% PTPTN, RM35 juta untuk internet dan tiga inisiatif lain untuk universiti

    Belanjawan 2023: Diskaun 20% PTPTN, RM35 juta untuk internet dan tiga inisiatif lain untuk universiti

    By Umi FatehahFebruary 24, 2023Updated:February 25, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Diskaun 20% PTPTN, RM35 juta untuk internet dan tiga inisiatif lain untuk universiti

    PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan budaya ilmu dan tradisi akliah iaitu ilmu yang berdasarkan akal atau dalil rasional seperti ilmu falsafah, matematik, fizik dan lain-lain.

    Justeru itu, bagi belanjawan tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima peruntukan sebanyak RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion dalam Bajet 2023 yang dibentangkan pada Oktober lalu.

    Berikut merupakan lima perkara berkaitan universiti dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

    1. Diskaun bayaran balik PTPTN

    Berkait tentang pinjaman pelajaran di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20 peratus. Diskaun ini akan dijalankan selama tiga bulan dan berkuatkuasa bermula 1 Mac 2023.

    2. Penangguhan bayaran balik PTPTN

    Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.

    3. Baik pulih infrastruktur

    Sebanyak RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan-peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di semua IPTA. 

    4. Meningkatkan kesalinghubungan internet

    Bagi menjamin keberkesanan pelajar IPTA dalam menuntut ilmu, sebanyak RM35 juta juga disediakan sebagai dana bagi meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

    5. Biasiswa pelajar ke luar negara

    Selain itu, bagi menggalakkan pelabur asing melakukan pelaburan dan beroperasi di Malaysia, kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa menuntut. Hal ini kerana, kita kekurangan bakat tempatan yang mampu menjadi tarikan pelabur asing. 

    Oleh itu, kerajaan akan meneruskan inisiatif pemberian biasiswa kepada lebih seribu pelajar setiap tahun untuk bidang kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar-pelajar ini juga dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat tersebut. – RELEVAN

     

    Belanjawan 2023 featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.