Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Kapasiti kesihatan dioptimumkan

    Belanjawan 2023: Kapasiti kesihatan dioptimumkan

    By Zubaidah IbrahimFebruary 24, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEKTOR kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023.

    SEKTOR kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.

    Komponen utama peruntukan ini melibatkan keperluan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan guna habis termasuk peruntukan RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi.

    Berikut Relevan perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    1. Optimumkan kapasiti kesihatan

    Kapasiti kesihatan negara akan dioptimum dengan menyumber luar pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta.

    2. Skim Perubatan Madani

    Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan am swasta (GP) seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor.

    Sebanyak RM120 juta disediakan untuk Skim Perubatan Madani.

    3. Pengecualian cukai

    Kerajaan bercadang, hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan amaun perbelanjaan kebajikan.

    Para penderma juga akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus.

    4. Blok wanita dan kanak-kanak

    Bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka, kerajaan akan membina blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil yang menelan kos hampir RM700 juta.

    5. Menaik taraf hospital

    Kerajaan juga akan memulakan kerja awalan untuk menaik taraf sebanyak 26 buah hospital termasuk pembesaran Hospital Kuala Kangsar, Perak; Jelebu, Negeri Sembilan dan juga Hospital Pontian, Johor yang telah berusia hampir seabad.

    6. PEKA B40

    Bermula 2019, kerajaan telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) untuk menyediakan pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40.  

    Kerajaan menyediakan RM80 juta bagi memperkasa skim itu dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

    7. Perbelanjaan rawatan

    Mulai tahun taksiran 2023, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan akan dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

    Sebagai tambahan, skop pelepasan ini juga diluaskan meliputi kos pemulihan gangguan perkembangan saraf seperti autisme, sindrom Down dan masalah pembelajaran khusus.- RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2023: Bina 7 sekolah baharu, 50,000 komputer riba untuk pendidik
    Next Article Belanjawan 2023: Cukai orang kaya ditambah, kemiskinan tegar dihapus

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.