Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kemahiran yang diperlukan majikan di Malaysia pada 2023

    5 kemahiran yang diperlukan majikan di Malaysia pada 2023

    By Umi FatehahFebruary 21, 2023Updated:February 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBANYAKAN negara di seluruh dunia termasuk Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi yang ketara pada awal 2020 akibat wabak Covid-19.

    Menurut kajian Ipsos, kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan penduduk negara yang terdiri daripada kira-kira 31.95 juta orang kehilangan pekerjaan sejak virus itu melanda negara. Manakala 74 peratus rakyat Malaysia mengalami peningkatan tekanan dan kebimbangan (anxiety) berkaitan keselamatan pekerjaan (job security). 

    Namun, selepas sahaja negara kembali pulih dari sudut ekonomi, sebilangan besar rakyat sudah mula mencari pekerjaan bagi menampung wang simpanan yang digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan. 

    Bagi anda yang sedang mencari kerja, perkara utama yang perlu diketahui ialah kemahiran apakah yang mendapat permintaan tinggi bagi memenuhi sektor pekerjaan dalam negara.

    Menurut GrabJobs.co, berikut merupakan lima kemahiran yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia bagi tahun 2023.

    1. Pengurusan projek

    Malaysia sedang mengalami pertumbuhan yang ketara dalam sektor pekerjaan. Lebih-lebih lagi apabila hampir kesemua negara besar mempunyai misi untuk membaiki permasalahan yang berlaku sepanjang PKP diperkenalkan. 

    Perkara ini termasuk peluang pekerjaan yang lebih tinggi dibuka semula, khususnya dalam bidang perniagaan.

    Setiap projek perniagaan memerlukan tenaga kerja iaitu staf-staf. Justeru, terus nantikan penawaran pekerjaan bagi pengurusan projek yang kukuh. Bidang kerja ini juga dijangka akan kekal mempunyai permintaan tinggi untuk masa hadapan.

    Beri perhatian kepada subkemahiran yang diperlukan oleh calon dalam bidang pengurusan projek seperti kemahiran komunikasi, organisasi dan kebolehsuaian (adaptability).

    Industri bersesuaian: Kerajaan, pemasaran dan peruncitan atau pemborongan.

    Jawatan berkaitan: Pengurus projek, pengurus risiko (risk manager) dan pengarah perolehan (procurement director).

    2. Bahasa

    Keperluan untuk meluaskan pasaran eksport dalam Asia dan luar Asia telah meningkat. Banyak syarikat, khususnya syarikat yang lebih kecil di Malaysia telah menggunakan penterjemah mahir dan pakar linguistik untuk meluaskan platform komunikasi mereka ke serata dunia. 

    Oleh itu, syarikat-syarikat ini memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa. 

    Mereka juga memerlukan kemahiran ini untuk membuat transkrip daripada bahasa asing seperti Inggeris, Perancis, Jerman dan sebagainya kepada bahasa Melayu atau bahasa yang dikehendaki.

    Industri berkaitan: Undang-undang, pemasaran, perakaunan, pendidikan dan penerbitan.

    Jawatan bersesuaian: Jurubahasa, pakar komunikasi dan penterjemah.

    3. Pembangunan Web (Web Development)

    Teknologi akan sentiasa berkembang seiring dengan pengedaran zaman. Maka, tidak hairanlah calon yang mempunyai kemahiran pembangunan web peringkat tinggi mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia. 

    Keupayaan untuk mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan (programming languages) adalah penting bagi sesiapa yang inginkan kemajuan dalam kerjaya selangkah lebih jauh. 

    Jika anda mempunyai kemahiran menulis kod Hypertext Markup Language (HTML), Cascading Style Sheets (CSS) dan Java, maka anda sudah pun menjadi salah satu calon yang dikehendaki majikan.

    Industri berkaitan: Teknologi maklumat, farmaseutikal, kewangan dan pemasaran kreatif.

    Jawatan bersesuaian: Pereka UX/UI, pakar Search Engine Optimization (SEO), penulis HTML/CSS, pakar pengurusan kandungan (content management specialist).

    4. Reka Bentuk Kreatif

    Seperti yang kita tahu, di persekitaran jalan raya, bangunan dan di mana-mana sahaja terdapat papan iklan yang terpampang besar.

    Oleh itu, banyak syarikat di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, menyesuaikan kerja pengiklanan kepada digital dan mel terus dengan harapan dapat mencapai semua pembeli secara dalam talian dan di rumah. 

    Kelebihan bagi pekerjaan jenis ini ialah kebanyakan daripada mereka bekerja di rumah. Justeru, anda tidak akan terikat dengan waktu pejabat.

    Di samping itu, mereka juga memerlukan pereka kreatif dan pengarah seni dengan kemahiran Adobe Photoshop dan Illustrator yang tinggi bagi mengisi kuota tersebut.

    Industri berkaitan: Pengiklanan, penerbitan dan pendidikan.

    Jawatan bersesuaian: Pengarah seni, pereka grafik, artis penghasilan (production artist) dan copywriter.

    5. Penjualan

    Meskipun kemahiran dalam bidang penjualan sering dibandingkan dengan kemahiran bahasa, kebolehan jualan yang berkesan adalah tidak ternilai apabila bekerja merentasi pasaran luar Asia. Kemahiran ini juga pasti akan sentiasa dalam permintaan yang tinggi sehingga dekad yang akan datang. 

    Tidak seperti industri lain, penawaran dan permintaan meningkat semasa PKP diperkenalkan di Malaysia. Mengetahui cara memanfaatkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan adalah set kemahiran penting dalam perniagaan.

    Industri berkaitan: Peruncitan, borong, hospitaliti dan e-Dagang

    Jawatan bersesuaian: Pengurus rantaian bekalan, pengarah jualan dan pengurus jualan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.