Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nasi Daging Dulang Berasap: Resipi keluarga, rahsia bangkit semula

    Nasi Daging Dulang Berasap: Resipi keluarga, rahsia bangkit semula

    By Umi FatehahMarch 14, 2025Updated:March 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Nasi Daging Dulang Berasap: Resipi keluarga, rahsia bangkit semula

    DALAM kejatuhan perniagaannya, Amiruz menyedari bahawa ego adalah musuh terbesar. Jika mahu bangkit semula, beliau perlu merendahkan diri dan belajar daripada mereka yang sudah berjaya.

    Tanpa menghiraukan gaji atau keselesaan, Muhammad Amiruz mencari pengalaman dalam industri F&B dan memahami selok-belok perniagaan dari pengurusan staf hingga membina pelanggan setia.

    Dari situ, semangatnya kembali menyala. Dengan ilmu dan strategi yang lebih matang, beliau bertekad untuk membina semula perniagaannya dengan lebih kukuh.

    Setiap sen gajinya dihabiskan untuk menimba ilmu, bukan untuk memenuhi keperluan semata-mata tetapi sebagai bekalan untuk masa depan. Baginya, ilmu adalah aset paling berharga yang tidak akan susut nilai. 

    “Ketika itu saya berjaya faham satu perkara penting iaitu modal perniagaan bukan duit semata-mata. Sebenarnya, modal paling penting adalah ilmu.

    “Sebelum ini, saya fikir modal bermaksud duit untuk beli barang-barang dan sewa kedai. Tetapi saya silap, rupa-rupanya ilmu lebih mahal daripada modal kewangan. 

    “Saya terpaksa ‘membayar’ harga kebodohan atas kesilapan sendiri tetapi itulah pelajaran paling berharga dalam hidup saya,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pahitnya jatuh, manisnya bangkit semula

    Kini, Amiruz tidak lagi takut untuk jatuh. Baginya, kegagalan bukan pengakhiran tetapi batu loncatan untuk bangkit lebih tinggi. 

    Dia mula menghadiri kelas perniagaan, mencari ilmu dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah berjaya. Setiap pertemuan membuka matanya tentang strategi dan cabaran sebenar dalam dunia perniagaan. 

    Dengan hati yang lebih terbuka, dia belajar dari kesilapan lalu dan melangkah dengan lebih yakin. Dari seorang lelaki yang hampir kehilangan segalanya, Amiruz kini bangkit dengan lebih kuat kerana dia tahu, jatuh itu pasti tetapi bangkit itu pilihan.

    Kelahiran Nasi Dagang Dulang Berasap

    Nasi Daging Dulang Berasap bukan sekadar hidangan tetapi titik perubahan dalam hidup Muhammad Amiruz dan keluarganya. Dalam mencari rezeki, mereka sedar satu perkara iaitu kalau mahu terus bertahan, kita perlu lakukan sesuatu yang benar-benar bermakna.

    Inspirasi dan resipi datang datang secara tiba-tiba ketika mereka anak-beranak sedang berborak santai. 

    Salah seorang adiknya, Nur Asyikin Amini yang baru pulang dari Australia berkongsi pengalaman memasak nasi palau Pakistan ketika bekerja sebagai pembantu cef. Manakala ibu mereka pula memang pakar dalam memasak nasi daging Melayu. Dari sekadar berbual di dapur, tercetus idea untuk menggabungkan kedua-dua resipi ini. 

    “Kami cuba olah ikut cita rasa sendiri. Tak sangka, hasilnya luar biasa,” katanya.

    Saya menulis tentang Muhammad Amiruz dalam kolum Ikon Kerjaya ini bukan kerana dia memiliki empayar perniagaan yang gah atau keuntungan puluhan ribu tetapi kisah perjuangannya adalah bukti bahawa kejayaan bukan sekadar soal angka. 

    Sebaliknya, ia tentang keberanian untuk terus melangkah walaupun jatuh berkali-kali tersadung ujian kehidupan. Bagi saya, inilah erti sebenar seorang usahawan.

    featured ikon kerjaya kerjaya nasi daging dulang berasap usahawan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.