Facebook Twitter
    Trending
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025
    • Kewangan

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Silaj alternatif makanan ternakan, jimat kos

    Silaj alternatif makanan ternakan, jimat kos

    By February 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENULARAN wabak Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada penternak ruminan apabila harga dedak dan pelet semakin meningkat di pasaran dan mereka terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.

    Selain kenaikan harga logistik, pengaruh pasaran luar dan krisis Rusia-Ukraine turut menyumbang kepada kenaikan harga bekalan bahan mentah untuk membuat makanan ternakan yang sering diimport.

    Sehubungan itu, perkara ini menggusarkan perasaan pengguna kerana terkesan dengan kekurangan bekalan makanan seperti daging.

    Lantas, pemberian rumput napier atau rumput gajah dalam bentuk silaj merupakan alternatif makanan kepada ternakan ruminan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan – Relevan

    Silaj merupakan makanan Trenaman ruminan yang terhasil melalui proses pemeraman atau penapaian rumput napier dalam keadaan kedap udara yang boleh disimpan lama dan dijadikan sebagai stok bekalan makanan.

    KEPERLUAN rumput napier dalam penghasilan silaj juga menjamin sekuriti makanan dan membuka satu lagi industri tanaman baharu.

    Menurut Pakar Sains Pastura, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Dr. Shokri Jusoh, silaj yang dibuat dengan sempurna dan dalam keadaan bermutu boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang tanpa kemerosotan kandungan nutriennya.

    “Silaj ini boleh disimpan dalam tempoh yang lama bahkan bertahun mengikut cara penyimpanan yang betul dan perkara paling penting ialah bekas penyimpanan rumput tersebut perlu kedap udara.

     “Tempoh pemeraman ini perlu dilakukan selama dua minggu sebelum diberikan kepada ternakan.

    “Pun begitu, penternak boleh memberinya lebih awal daripada tempoh tersebut, namun ia perlu dihabiskan dalam tempoh dua hari sekiranya silaj telah dibuka bagi mengelakkan kerosakan,” katanya.

    Tambah beliau, penghasilan silaj ini membantu para penternak atau pengusaha rumput napier melakukan pemotongan rumput mengikut had umur tuaian.

    “Kadang-kadang pengeluaran rumput ini lebih daripada yang diperlukan. Jika kita tidak tuai dalam masa sebulan setengah ia akan menjadi lebih keras dan tua bahkan kandungan nutrien juga semakin menurun.

    “Tempoh lima hingga enam minggu merupakan umur rumput napier sesuai untuk dituai dan uniknya rumput jenis ini kita boleh potong secara berulang kali kerana ia akan tumbuh kembali selepas dipotong,” ujarnya lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British – Relevan

    Jelas beliau, silaj ini sering dibuat dalam skala yang besar oleh penternak haiwan ruminan negara yang bermusim sejuk ditambah pula musim salji yang merencatkan pertumbuhan rumput.

    PEMBERIAN rumput napier atau rumput gajah dalam bentuk silaj merupakan alternatif makanan kepada ternakan ruminan.

    Di Malaysia pula, kebiasannya hasil penyimpanan silaj ini akan memudahkan dan membantu penternak sewaktu bencana seperti musim banjir, kemarau mahupun musim perayaan.

    Proses penghasilannya juga mudah yang mana setelah rumput napier dikumpul dan dipotong, ia akan diracik atau dicincang menjadi lebih kecil menggunakan mesin pemotong kemudian disimpan dalam bekas penyimpanan.

    “Mesin perincih sangat diperlukan bagi memudahkan proses rumput untuk dipek di dalam plastik atau tong sebab kita perlu keluarkan sebanyak mungkin udara daripada bekas penyimpan.

    “Silaj ini juga boleh ditambah gula merah atau molasses yang akan meningkatkan kemanisan pada makanan ini serta menambah selera makan haiwan ternakan,” tuturnya. 

    Keperluan rumput napier dalam penghasilan silaj juga menjamin sekuriti makanan dan membuka satu lagi industri tanaman baharu.

    Pengusaha rumput napier yang mempunyai ilmu pembuatan silaj dapat membuka satu pasaran baharu dengan menjual silaj secara bungkusan kepada penternak di pasaran.

    “Kebiasaannya pengusaha rumput napier akan menjual silaj dalam bungkusan plastik 25 kilogram dengan harga RM10 hingga RM12.

    “Usaha ini dapat membantu penternak mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi bahkan mengurangkan kos makanan ternakan ruminan dan menambah jumlah pengeluaran bekalan daging,” katanya.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025
    Artikel Terkini

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.