Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Seimbangkan akademik dan sukan, lahirkan anak yang lebih cemerlang

    Seimbangkan akademik dan sukan, lahirkan anak yang lebih cemerlang

    By Umi FatehahSeptember 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TANGGAPAN negatif tentang sukan akan menjejaskan kecemerlangan akademik perlu diubah. - Gambar Omar Ram/Unsplash

    DALAM proses mendidik dan membesarkan anak-anak, kebanyakan ibu bapa lebih menekankan akademik sebagai cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 

    Jarang sekali seseorang bercakap tentang sukan dan akademik dalam nafas yang sama kerana takut akan memberi kesan buruk kepada reputasi dan masa depan anak-anak.

    Walaupun mempunyai anak yang berkecenderungan akademik adalah satu kebanggaan bagi ibu bapa, perkara sama jarang berlaku bagi anak yang berbakat dalam bidang sukan. 

    Terdapat tanggapan negatif bahawa sukan menghalang dedikasi kanak-kanak terhadap akademik. Ada juga merasakan bahawa menumpukan terlalu banyak masa untuk sukan akan memberi kesan negatif kepada prestasi akademik.

    Menurut Forbes, sebenarnya sukan bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan. Sukan juga menyumbang kepada pengajaran hidup seperti disiplin, tanggungjawab, keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan.

    Salah seorang bapa yang berjaya melahirkan anak-anak cemerlang dalam akademik dan sukan, Fairul Othman berkongsi beberapa tip untuk panduan ibu bapa lain.

    “Kunci paling penting untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dalam pelajaran dan sukan ialah disiplin dan ketegasan. 

    “Saya mengambil inisiatif dengan membuat jadual untuk memastikan anak-anak boleh meneruskan minat mereka terhadap sukan, tetapi dalam masa yang sama masih mementingkan kecemerlangan akademik,” kata bapa kepada lima orang cahaya mata itu.

    Setiap pagi, anak-anak Fairul akan ke sekolah seperti biasa. Tamat sahaja sesi persekolahan, mereka akan menghadiri kelas pengajian dan fardu ain (KAFA) untuk menimba ilmu agama. Di sebelah petang pula menjalani latihan bola sepak.

    Seiring dengan cogan kata badan cergas, otak cerdas, Fairul percaya anak-anak yang aktif bersukan akan turut menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik. 

    Hasil didikan Fairul, dua anak lelakinya iaitu Adam Mustaqim, 12 dan Arash Rizqi, 9, aktif bermain bola sepak sehingga ke peringkat kebangsaan serta cemerlang dalam akademik. 

    Mereka menerima Anugerah Cemerlang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Ikon Murid Bulanan di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Kedua-dua anak kelahiran negeri Pulau Pinang itu mula menunjukkan minat kepada bola sepak yang mendalam sejak kecil lagi.

    “Ibu bapa perlu memberi dorongan terhadap minat anak-anak. Sekiranya kita memaksa mereka, ia hanya akan membuat anak-anak tertekan dan tidak dapat pendedahan yang cukup tentang kehidupan,” tambahnya.

    Dorongan dan sokongan ibu bapa terhadap minat anak juga akan memberi impak positif kepada perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan emosi mereka.

    Selain itu, perancangan kehidupan anak yang teliti juga penting. Disebabkan Adam Mustaqim mula menceburi bidang bola sepak agak lewat, Fairul memberi lebih penekanan dalam akademik dan mempunyai perancangan untuk menghantarnya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

    Manakala untuk Arash Rizqi pula, Fairul bercadang untuk menghantarnya ke sekolah sukan seperti Akademi Mokhtar Dahari yang telah melahirkan pemain bola sepak handalan negara seperti Luqman Hakim Shamsudin.

    Justeru, tanggapan negatif tentang sukan akan menjejaskan kecemerlangan akademik perlu diubah. Sebaliknya, dengan didikan dan disiplin akan membantu anak-anak untuk berjaya dalam kedua-dua bidang ini. – RELEVAN

     

    featured pendidikan sukan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.