Facebook Twitter
    Trending
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 cara melangsaikan hutang rumah dengan lebih cepat

    4 cara melangsaikan hutang rumah dengan lebih cepat

    By Umi FatehahFebruary 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP daripada kita pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Tetapi, apabila sudah memiliki rumah, banyak pula tanggungjawabnya. 

    Seperti yang dikongsikan Relevan sebelum ini, pemilik rumah menggalas tugas dan beban yang besar, lebih-lebih lagi melibatkan kewangan.

    Walaupun memiliki rumah sendiri boleh menjadi sebuah pencapaian penting dan membanggakan, ia juga menandakan permulaan kepada perjalanan yang panjang bagi anda membayar semula pinjaman rumah.

    Ada yang berpendapat bahawa pinjaman yang diambil untuk hartanah dengan asas yang betul boleh dianggap sebagai hutang baik, ada juga mahu bebas daripada belenggu hutang secepat mungkin. 

    Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang ingin melangsaikan hutang rumah dengan cepat, teruskan membaca kupasan Relevan seperti yang dikongsikan oleh iProperty.

    1. Biaya semula, pendekkan tempoh pinjaman

    Bertukar kepada pinjaman gadai janji dalam jangka yang lebih pendek boleh memberi pelbagai faedah. Sebagai contoh, jika anda mempunyai pinjaman RM600,000 pada kadar faedah 4.5% setahun, ansuran bulanan untuk pinjaman 20 tahun adalah kira-kira RM3,800. 

    Sebaliknya ansuran bulanan untuk pinjaman 25 tahun adalah kira-kira RM3,350. Penjimatan dalam pembayaran faedah mencecah hampir RM100,000.

    Walau bagaimanapun, sebelum anda menukar pelan pinjaman, pastikan anda mampu menanggung bayaran bulanan yang lebih tinggi.

    1. Buat bayaran tambahan dalam jumlah yang kecil

    Anda boleh membayar tambahan setiap bulan atau tahun untuk mengurangkan kadar faedah dan dapat membayar jumlah gadai janji lebih awal. Semak semula dengan pihak bank yang anda pilih berkaitan terma dan syarat gadai janji sebelum membuat pembayaran tambahan.

    Sesetengah jenis gadai janji (pinjaman separa fleksibel atau fleksibel sepenuhnya) membenarkan anda membayar lebih daripada ansuran bulanan yang dinyatakan. 

    Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pinjaman separa fleksibel atau fleksibel sepenuhnya kadangkala boleh menawarkan kadar faedah yang kurang kompetitif.

    1. Pembayaran semula dalam jumlah yang besar kepada prinsipal

    Jika anda mempunyai wang simpanan yang banyak dan kukuh seperti melebihi RM100,000, pemilik rumah digalakkan untuk membuat bayaran penuh sekali gus bagi menjimatkan pembayaran faedah dan memendekkan tempoh pinjaman.

    1. Pengeluaran KWSP

    Anda boleh mengeluarkan daripada wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk mengurangkan atau menjelaskan baki pinjaman perumahan. 

    Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum mengeluarkan wang daripada akaun tersebut. Syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Berumur bawah 55 tahun
    • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 KWSP
    • Membeli atau membina rumah kediaman pertama atau kedua*
    • Pinjaman perumahan tertunggak dengan penyedia pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
    • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran

    *Rumah kediaman mengikut KWSP – banglo, rumah teres, berkembar, pangsapuri, kondominium, pangsapuri studio, pangsapuri servis, rumah bandar, SOHO atau lot kedai dengan unit kediaman di Malaysia. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025
    Artikel Terkini

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.