Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    By Umi FatehahFebruary 1, 2023Updated:February 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    SEBELUM ini, Relevan kongsikan sebuah artikel yang membincangkan tentang isu kanak-kanak yang berumur 13 tahun terlalu awal untuk menggunakan media sosial. Hal ini kerana, menurut Pakar Bedah Am Amerika Syarikat (AS), ia akan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

    Dalam perkongsian kali ini, Relevan menghuraikan kesan negatif penggunaan gajet terhadap akademik kanak-kanak seperti yang dikongsikan oleh CNN.

    Menurut sebuah kajian, jika ibu bapa terus membiarkan anak-anak bermain tablet dan menonton televisyen, ia mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik serta kesejahteraan emosi anak-anak di kemudian hari.

    Jika ibu bapa terus membiarkan anak-anak bermain tablet dan menonton televisyen, ia mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik serta kesejahteraan emosi anak-anak. – ILUSTRASI OLEH HASSAN SHAH

    Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Pediatrics, penyelidik mendapati bahawa peningkatan penggunaan masa skrin (screen time) semasa anak-anak masih kecil dikaitkan dengan kemahiran fungsi eksekutif (executive functioning skills) yang lebih lemah apabila kanak-kanak itu berumur 9 tahun.

    Seperti yang diterangkan oleh  Harvard University Center dalam bidang pembangunan kanak-kanak, kemahiran fungsi eksekutif ialah proses mental yang membolehkan kita merancang, menumpukan perhatian, mengingati arahan dan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang sama dengan baik.

    Menurut kajian itu juga, kemahiran fungsi eksekutif itu penting untuk kognisi peringkat tinggi seperti keseimbangan emosi, pembelajaran, pencapaian akademik dan kesihatan mental. 

    Seorang Penolong Profesor Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Johns Hopkins University School of Medicine, Dr. Joyce Harrison berkongsi bahawa kemahiran fungsi eksekutif ini mempengaruhi kejayaan dari segi sosial, akademik, profesional dan dalam cara kita menjaga diri sendiri. 

    Justeru itu, kemahiran ini sangat penting dan perlu dipelajari oleh kanak-kanak dari peringkat awal.

    Apakah yang diperlukan dalam proses tumbesaran anak-anak?

    Menurut AAP, ketika anak-anak masih bayi, tempoh membesarkan anak perlu diisi dengan pelbagai jenis pembelajaran. Tetapi, anak-anak tidak dapat belajar kemahiran yang diperlukan sepenuhnya jika ibu bapa membiarkan anak mereka bermain tablet atau telefon pintar. 

    Seperti apa yang dikatakan oleh Harrison, tidak ada yang dapat menggantikan interaksi bersama orang dewasa, pemodelan dan pengajaran termasuklah penggunaan gajet.

    “Secara amnya, bayi mengalami kesukaran untuk mentafsir maklumat yang dibentangkan dalam bentuk dua dimensi seperti yang kita lihat pada skrin. Mereka juga masih belum mampu untuk membezakan fantasi daripada realiti,” kata Chiappini.

    “Bayi dan kanak-kanak juga merupakan pelajar sosial. Ini bermakna, mereka akan mendapat manfaat yang maksimum daripada interaksi dengan orang lain sama ada dengan orang lebih dewasa atau kanak-kanak sebaya mereka. 

    “Perkara ini sukar untuk dicapai dengan hanya menonton skrin,” ujar Chiappini. 

    Chapini juga menambah apabila bercakap tentang emosi, bayi dan kanak-kanak boleh belajar daripada penjaga mereka apabila mereka menunjukkan kawalan diri atau membantu melabelkan emosi dan menunjukkan ekspresi yang sesuai.

    “Sebagai contoh, anda boleh memberi pilihan kepada anak kecil tentang perkara yang boleh mereka lakukan apabila mereka marah, seperti berehat atau menggunakan teknik pernafasan yang betul dan bukannya tingkah laku yang tidak sesuai seperti memukul,” kata Harrison.

    Bagaimana ibu bapa boleh menguruskan anak tanpa menggunakan gajet sebagai umpan?

    Apabila ditanya kepada ibu bapa, rata-rata ramai yang memberikan anak mereka bermain gajet untuk memberi ruang kepada ibu bapa menyelesaikan urusan. 

    Sebagai contoh, membiarkan mereka menonton televisyen atau tablet berjam-jam lamanya sementara ibu bapa mengemas rumah, melipat baju atau menghadiri mesyuarat secara dalam talian.

    Namun, Harrison menegaskan, bagi kanak-kanak yang masih kecil, mungkin lebih baik tidak menggunakan gajet sebagai aktiviti masa lapang. 

    Sebaliknya, cuba libatkan anak dalam kerja-kerja rumah atau apa-apa aktiviti bermanfaat yang lain. Beri anak kecil anda beberapa pakaian untuk dilipat bersama anda semasa anda cuba melipat pakaian. 

    “Atau, pastikan bayi anda selamat dalam kedudukan di mana anda boleh membuat hubungan mata dan berinteraksi dengan kerap semasa anda melakukan tugas. 

    “Bagi kanak-kanak prasekolah yang sudah besar, jimatkan masa skrin untuk digunakan secara strategik atau dalam situasi kecemasan.

    “Sebagai contoh, satu jam masa skrin mereka boleh digunakan pada masa-masa genting seperti mempunyai mesyuarat video penting untuk dihadiri,” kata Harrison. – RELEVAN

    Previous ArticlePertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    Next Article Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.